Salam semua... tak tahu kenapa tak boleh nak post comment... google ada problem kot... dah cuba 2,3 kali asyik keluar menu yg sama... adoyaiii.... huh..!! layan jering aje laaa....
Sambal Jering Semai
Bahan-bahan:)
300 gram cili padi ( ditumbuk lumat)
300 gram ikan bilis
4 ulas bawang merah (tumbuk bersama cili padi)
1 biji bawang besar (mayang bulat)
garam, gula
asam keping
minyak untuk menumis
Cara-cara 1.bersihkan jering semai dan hiris nipis 2.Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk. 3.Masukan jering, ikan bilis garam,gula serta asam keping. 4.tambahkan air dan masak hingga jering empuk 5. akhir sekali masukan bawang besar yang telah dimayang tadi. 5.kacau sehingga kuahnya sedikit kering dan bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan ikan pekasam....