Tetiba k.gee teringat lagu klasik zaman kanak-kanak dulu...
Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.
Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek....
Cuti sekolah tak berapa lama lagi kan...? Jom kita bawa anak2 balik ke kampung berjumpa datuk dan nenek mereka... dan jangan lupa bawakan ole-ole sekali yer... apa kata sesekali kita buatkan kuih tradisi India ini untuk kudapan di kampung nanti... Jom vadai...!!
VADAI
Sumber : My Kuali
bahan2:
250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng
Cara:
rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)
satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulang yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan dan garing.
Selamat bercuti dan Happy Deepavali....