Friday, December 26, 2014

Gulai nangka muda...


Syukur alhamdulillah... 12 hari berkonvoi meninggalkan Malaysia akhirnya semalam sampai ke tanahair dengan selamatnya... rindu rumah, rindu Malaysia, rindu lauk pauk kampung yang tak ditemui sepanjang melancong ke negara orang... k.gee rindu masakan Melayu... hampir 2 minggu asyik mengadap tomyam, somtam dan nasi komok saje... rindu masak lemak cili api... !!



Bak kata Cik Mat Gebu, musim tengkujuh begini agak tak sesuai nak tayang menu dan segala bagai makanan terutama sebagai menghormati keadaan mangsa banjir di Negeri Pantai Timur yang agak kritikal...kami hanya seorang blogger tidak bertujuan menyinggung mana-mana pihak... kami memahami keadaan mangsa dan bersimpati atas apa yang berlaku... Maafkan kami...




GULAI NANGKA MUDA


Bahan-bahan :

½ ekor ayam – bersihkan dan potong kecil
100 gm nangka muda – bersihkan dan celur seketika dan tos
1 mangkuk santan
1 batang serai – dititik
1 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
garam dan gula
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar/tumbuk

10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
½ inci lengkuas

Cara penyediaannya :-

1-panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak..

2- masukkan ayam, kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan empuk... masukkan juga serai dan sedikit air jika perlu.

3-biarkan sebati dulu dlm 5 minit... kemudian masukkan nangka celur tadi beserta santan, daun kunyit, garam, gula dan asam keping secukup rasa.

4-kacau sehingga mendidih dan masukkan kerisek.

5- kacau lagi dan apabila kuahnya sudah nampak terbit minyaknya dan agak pekat bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.



Wallah... baru puas hati dapat layan selera melayu...
eeerk... alhamdulillah

Tuesday, December 9, 2014

Cuti-cuti Melaka
















Seronoknya bercuti di Melaka sampai terlupa nak snap gambar menu popular asam pedas dan coconut shake... tahun depan la nampaknya...

Monday, November 24, 2014

Donut gebu Noorsha Adam


Siapa nak donut gebus angkat tangan...!! 1, 2, 3, 4, 5... wah..!! ramainya peminat donut yea...  ini donut gebus gebas cik kak Noorsha Adam yang comel lote orangnya... Noorsha memang pakar bab masak memasak ni... bukan sahaja donut, kek, roti dan paling terror buat takoyaki..!! bersusun pelanggan oder takoyaki dia... terlajak laris ko...!! k.gee selalu skodeng blog dan fb Noorsha dan selalu angkut resipi dia... haa! donut munger ini hasil dari resipi Noorsha lah.... memang superb... memang berbaloi...!! Terima kasih Sha...


Bila tiba musim cuti sekolah, memang harus bersedia dengan stok makanan di rumah... al maklumlah anak-anak bila bercuti dan berkumpul ramai-ramai memang acap kali perut lapar... k.gee buatkan donut resipi dari Noorsha dengan niat nak frozenkan dan boleh makan 2.3 kali... tapi rupa-rupanya satu adunan tu sekali hadap saja sudah licin... waaa.. !! manyak cidap donut cik Sha...puji anak-anak... k.gee kongsikan resepi donut Sha di sini yer... lain kali boleh buat lagi...        


DONUT
Resipi : Noorsha Adam

400 gm tepung roti
100 gm tepung kentang
50 gm susu tepung
50 gm gula
20 gm butter
20 gm shortening
2 biji kuning telur B
260 gm air sejuk
1/2 sb yis
1 st baking powder
1 st softner
1 st garam

Cara :

1. jika uli guna mixer :
masukkan semua bahan dalam mixer uli hingga licin. masukkan garam dan uli lagi hingga elstik.

2. Jika uli guna bread maker :
masukkan semua bahan dan tekan setting dough... letak garam jauh sikit dari yis

3. Jika uli guna tangan :
masukkan bahan kering dulu dan gaul rata... kemudian diikuti bahan basah... uli hingga licin... masukkan garam dan uli lagi hingga licin dan elastik

4. perap hingga naik 2 kali ganda

5. canai doh 1 cm tebal dan terap dengan donut cutter... nak bentukkan manual pun boleh...

6. Biarkan doh naik sekali ganda lagi... kemudian baru gorengdengan api sederhana hingga kekuningan




Selamat mencuba..!


 

Wednesday, November 19, 2014

Pajeri nenas


Salam pagi Rabu... cuaca redup pagi ini... mungkin matahari malas nak bangun gamaknya... sama macam tuan rumah yang terlewat bangun... terlajak tidur ko...!!! maklumlah... cuaca yang sejuk sejuk begini memang sedap berlingkar atas tilam peluk bantal sambil tarik selimut kan... hehe  


Sudah lah malas perut pulak lapar memanjang... haisy! Jom kita layan pajeri nenas untuk lunch hari ini... sedap tau makan bersama nasi hangat dan ikan masin atau ikan gelama jeruk... fuhh!! mabelesnya...


PAJERI NENAS


Bahan bahan:

• 1 biji nenas (dibersihkan dan hiris kecil)

• 1 paket kecil rempah kari daging

• 2 sudu besar cili giling

• 1 sudu besar kerisik

• 1 keping kecil gula merah/gula melaka

• 200gm santan

• 2 batang serai

• rempah penumis – bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga


Bahan untuk di mesin :

• 100gm udang kering

• 1 inci lengkuas

• 2 biji bawang besar

• 5 ulas bawang putih

Cara cara:

1- masukkan minyak ke dalam kuali dan biar sehingga panas, tumis bahan menumis seperti bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga.

2- masukkan bahan yang di mesin + rempah kari + 1 gelas air + santan + kerisik + serai. Biarkan mendidih.

3- kemudian masukkan nenas yang sudah dicelur.

4- masukkan pula garam, gula dan asam keping secukup rasa dan biar sehingga sedikit pekat dan kering.

4- Siap dan boleh dihidang!!



Haha... jemputlah...


Monday, November 17, 2014

Salad telur @ Saji Disember


Laaa...menu banjir ke ni... ? hehehe... apa salahnya sesekali layan menu koboi begini... kan? Lagipun menu simple begini bukan sahaja mudah disediakan malahan sedap dinikmati dan juga berkhasiat tau... anda cuma perlu sediakan beberapa biji telur rebus, sayur-sayuran segar dan sos... cuma aturkan sahaja ikut gaya memasing dan curah sos kegemaran... siap untuk dinikmati... ! senang kan....



Tapi jangan tak tahu cik kak sekalian, menu koboi ini adakalanya dinaikkan tahta menjadi menu sajian raja sehari... ya tak tipu...! kalau hendakkan lebih menarik boleh guna telur puyuh dan gubah menjadi bentuk yg menarik... pergh! compem berselera kedua pengantin makan telur... tak gitu mak pengantin?


Nah...! kalau nakkan resipi salad telur koboi k.gee ini boleh dapatkan Majalah Saji keluaran bulan Disember 2014 yang bertemakan "Raikan Mempelai"... ada 10 menu simple k.gee antaranya gulai nangka muda, pajeri nenas, acar nenas, opor, kurma dan acar ikan masin pun ada... k.gee ucapkan berbanyak terima kasih kepada majalah Saji dan terima kasih tak terhingga kepada wartawan Ezanawaty yang tak jemu-jemu menawarkan k.gee berkongsi resipi untuk majalah mereka walaupun masakan k.gee hanya yg biasa-biasa saje.... bila tengok masakan keluar dalam majalah... wow! apalagi... kembang kuncup la lubang hidung kita.... hahaha... perasan glemer!!



Cop..cop... bukan gila glemer yer...
cuma suka-suka saje...suka masak suka makan
hehehe...


Friday, November 14, 2014

Tengkujuh sudah mai...


Nampaknya musim tengkujuh sudah tiba... hari ini sedari pagi hujan turun dan cuaca di luar sana pun agak suram dan gelap... menurut laporan keadaan cuaca di sini berada di tahap jingga dan kemungkinan akan berlaku air pasang pada malam ini... amaran banjir pun sudah mula dikeluarkan... jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah berlaku banjir berhati-hatilah... pastikan simpan dokumen penting ditempat yg selamat, kemas barang-barang rumah di tempat tinggi serta dengar arahan pihak berkuasa... pastikan keselamatan ahli keluarga ya...!


Pastikan juga ada stok makanan kering di rumah... jangan sampai licin terus... maklumlah bila musim hujan memang malas nak keluar rumah sedangkan perut pulak asyik meminta minta... lapar memanjang... lagipun kerap kali di musim begini para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan... paling kurang pun ada stok ikan bilis, sardin, telur, minyak masak, tepung, biskut dan gula... bila lapar senang nak godek... kan?  


BILIS GORENG HITAM MANIS

Bahan:

1 cawan ikan bilis - cuci besih dan tos

10-15 biji cili api - potong kecil

1 biji bawang besar – di hiris nipis

2 sudu besar kicap manis

minyak untuk menggoreng



Caranya:
1. panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak.

2. goreng ikan bilis sehingga garing. sentiasa dikcau supaya garing sekata.

3. kemudian masukkan bawang besar dan cili api yang dipotong kecil tadi. kacau.

4. masukkan pula kicap dan gaul rata.

5. angkat dan bolehlah dihidangkan.




Menu paling simple tapi tetap menyelerakan...


Thursday, November 13, 2014

Cucur jagung


Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati...

ingat tak biduanita Noor Kumalasari...? haaa... ini lirik lagu MATA dari Noor... tetiba teringat kan dia...


Itulah kan... mata ini pantang tengok benda yang menarik sikit... mulalah tergoda... kadang-kadang berangan pulak tu bila tengok orang tayang itu dan ini... bila nampak cantik dan menyelerakan mulalah... terlioq taww..!!! terliur pada makanan aja yer bukan benda lain... jangan salah tafsir pulak yer... cubit kang!!


Sebenarnya cucur ini asalnya cucur kentang yang menjadi fenomena baru-baru ini... memandangkan kentang ada seketul sahaja dan jagung manis ada 3 tongkol baki buat bubur 2,3 hari lepas, so k,gee adunkan keduanya dalam 1 mangkuk dan jadikan cucur jagung... aci kan... hehehe.  Jom kita semak resipinya...


CUCUR JAGUNG
Resipi CnP : Paty's Kitchen
Olah rasa : gee-hut

3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus


1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 tangkai daun kucai (k.gee tambah)

3 biji cili hijau dihiris nipis

3 sdb tepung jagung

3 sdb tepung gandum

sedikit garam dan lada sulah

1 biji telur ayam

Minyak secukup untuk menggoreng deep fry


Caranya :

Satukan kentang parut (dan jagung yg dihiris isinya), daun bawang, daun kucai, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris.


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata

Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan.

Sesuai dimakan bersama sos cili kegemaran. 



Jemput sarapan...
sudi-sudikanlah....

Wednesday, November 12, 2014

Kek Span Mocha


Sudah lama tidak membaking... bukan malas tapi tak seronok makan kek sorang-sorang...  ini gambar lama yang terperap dalam lappy... tetiba semalam ada pulak yang mengidam nak kek span macam ini untuk hari jadinya... tapi hendak perisa lemon dan mocha katanya... huhuhu... harap-harap malam ini ada 'angin' rajin buat kek...


Kek span ini paling mudah dan senang sangat menyediakannya... yang penting rajin...! sebabnya kek ini menggunakan tepung kek segera cuma perlu tambahkan air, minyak jagung dan telur... godek sampai kembang dan gebu dan kemudian bakar... siap!  Sudah banyak kali k.gee buat kek ini dengan pelbagaikan corak dan perisanya... kalau sudi boleh semak di SINI, SINI, SINI dan SINI...




KEK SPAN MOCHA


400 gm sponge cake mix
4 biji telur
80ml minyak jagung
80 ml air
Esen vanila
Mocha emulco

Cara-cara :

1. Sediakan acuan 8 inci.  Panaskan oven 180'c selama 15 minit.

2. Masukkan tepung sponge mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air, esen vanila dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana.

3. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan minyak sambil diputar dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit lagi. 
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu dicampur mocha emulco dan satu dibiarkan adunan asal.  Tuangkan ke dalam acuan mengikut corak yang digemari.  Kalau suka boleh taburkan chocolate rise di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.


Gebu gebasnya kek span ni... sedapnyaaa... nak..?
nah...!

Friday, November 7, 2014

Happy Anniversary


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! 
7 November 2014 hari Jumaat hari yg barakah... 22 Tahun usia perkahwinan kami....

Semoga Allah limpahkan cahaya kegembiraan, cahaya keampunan dunia dan akhirat, cahaya kebahagiaan, cahaya kasih sayang serta dikurniakan rezeki yang luas, kesihatan yang baik, akhlak yang mulia dan direzekikan anak-anak yg soleh dan solehah...


Semoga kami dapat sama-sama berpimpin tangan menuju ke Syurga yang abadi.

Amin Ya Allah...  



RESIPI BUBUR PULUT 
(Ala-ala bubur putih bubur merah)

1 cawan beras pulut

½ cawang gula merah

½ cawan gula

Sedikit garam

1 mangkuk santan

Cara :

Rebuskan beras pulut sehingga kembang. Masukkan santan, gula, gula merah dan secubit garam. Kalau suka kuahnya banyak, lebihkan santannya.  Kacau dan bila mendidih matikan api.  Hidangkan.


HAPPY ANNIVERSARY TO ME... !!





 

Wednesday, November 5, 2014

Kacang Rugget


Assalamualaikum dan salam rindu rinduan buat semua...
Aduuuuh mak aii... bila sampai hujung tahun beginilah keadaannya... sibuk sana sibuk sini... berkejar ke sana ke mari... program sana program sini... audit sana audit sini... haisy! mengalahkan PM tau...! masa inilah kesihatan badan sangat diperlukan... kalau badan tidak cukup fit boleh tumbang dibuatnya.... semoga Allah berikan kesihatan fizikal dan rohani yang baik agar dapat menyempurnakan tugas sebaiknya... Insyaallah 


Sekali tengok kacang rugget ini di dapor Masam Manis terus terbekenan... apalagi... terus godek-godek dan lupa sekejap kerja-kerja yang bertimbun di opis... sedap tau... tak percaya!? cuba dulu... baru tahu...  


KACANG RUGGET

Rujukan : Azlita masam manis/ Melley Mey's Kitchen
Resepi Oleh : Hasue

Bahan-bahan :

500gm kcg tanah

1 biji telur

1 1/2 inci halia

5 ulas bawang putih

2 cawan tepung beras

2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah

1 cawan air

2 biji cili merah / cili kering

gula secukup rasa

garam secukup rasa

Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.


Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili.  Ketepikan

Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.  Gaul semua bahan hingga rata.

tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna

Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi.  Gaul rata

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak

Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus

Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya.  Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.

* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.



Oh alangkah nikmatnya hidup di kala ini kalau dapat bersantai-santai merehatkan minda sambil menikmati hembusan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil melayan kacang rugget seketul demi seketul... kan?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015