Wednesday, August 28, 2013

Kek span lemon kegemaran


Kek span memang kegemaran k.gee dan memang selalu buat... lemon pulak kegemaran encik hb... kedua-duanya memang selalu ada stok di rumah k.gee... hb paling gemar minum air lemon pudina madu panas... sedap tau k.gee pon suka... kek span lemon madu lagi sedap... hehehe...



 KEK SPAN LEMON MARBLE

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix
5 biji telur
80 ml air (tambah sedikit madu)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil air lemon
80 ml minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko - diayak
1 sudu kecil coklat emulco
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :

1. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung sponge came mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan jus lemon dan putar perlahan.

3. Masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan minyak jagung perlahan-lahan.

5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.

6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.
 


Taraaa.... dah siap untuk anda...!!
sudi-sudikanlah.....


10 comments:

Rohah said...

Gebunya...

hazila said...

Kita datang nak mengendeng kek span kak gee. Selamat hari raya dan Selamat Hari Merdeka buat kak gee sekeluarga.

Delima Zamrud said...

Gebu n sedap nengok nyer :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Gebusssss tengok kek tu.. teringin nak buat tapi takut tak jadi :)

Bbwana adienia said...

salam k.gee..

wah..menariknya kek span lemon tu..jarang2 orang buat..mesti sedap kan..

Bbwana adienia said...

salam k.gee..

wah..menariknya kek span lemon tu..jarang2 orang buat..mesti sedap kan..

Bbwana adienia said...

salam k.gee..

wah..menariknya kek span lemon tu..jarang2 orang buat..mesti sedap kan..

Bbwana adienia said...

salam k.gee..

wah..menariknya kek span lemon tu..jarang2 orang buat..mesti sedap kan..

tun_telani said...

tun pun skrg mmg hantu kek span.. minggu ni dh 2 kali wat kek span. hihi

Kak Nik Ja said...

tak pernah lah daku men'span'..kena terai jugak ni..gebus nampaknya!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015