Wednesday, August 21, 2013

Nasi minyak bidan terjun..


Ha ha ha... pepagi lagi sudah tayang nasi minyak bidan terjun... di musim-musim raya ni memang wajib standby bahan2 makanan dalam fridge tau... tak lah jadi bidan terjun macam k.gee ni... bila dapat call dari adik kata nak datang beraya kelam kabut dibuatnya... masa tu anak2 masih bercuti lagi jadi stok makanan cepat aje habisnya terutama ayam yang memang menjadi faveret mereka... nasib baik sehari sebelumnya hb beli lebih sikit ayam, bolehlah k..gee sediakan nasi minyak simple ini untuk tetamu...  


K.gee masak nasi minyak sekadarnya saje tak banyak bahan...  manakala acar buah ini pula  sumbangan sempena Majlis Khatam Al-Quran di pejabat semasa bulan Ramadhan baru-baru ini... boleh juga diregukan dengan nasi minyak tidaklah solo ajer dia kan....



NASI MINYAK

3 cawan beras basmathi
2 helai daun pandan
4 cawan air
1 sudu minyak sapi
1 sudu minyak masak
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu sunquick oren
Rempah penumis (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
Sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan minyak masak.  Masukkan rempah penumis dan bahan hiris dan tumis hingga wangi. 

2. Sementara itu, beras basmathi dicuci bersih dan toskan.  Kemudian masukkan ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sekejap. 

3. Masukkan air dan tuang kesemuanya ke dalam rice cooker. 
4. Masukkan garam dan sunquick dan masak seperti masak nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan bawang goreng dan kismis ayau apa-apa bahan yang digemari.

6. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah, papadam dan acar.


AYAM MASAK MERAH
Resipi : dapur Ibundo

Bahan-bahan

Satu ekor ayam yang siap dipotong, gaulkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam.
minyak untuk mengoreng ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
sedikit halia
1/2 tin kecil tomato puree
10 sudu besar cili kering yang sudah diblender.
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
garam dan gula secukup rasa.

Cara memasaknya:

Ayam yang sudah digaul dengan kunyit dan garam, digoreng 3/4 masak. Ketepikan.

Bawang besar, bawang kecil dan halia diblender.

Ambil sedikit minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dalam kuali. Tumis bahan yang sudah di blender. Masukkan cili. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili. Tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan tomato puree, garam, perasa dan 4 sudu besar air kacang peas. Bila sudah betul2 masak, masukkan ayam goreng tadi. Boleh ditambah sedikit air sekiranya kuah terlampau pekat. (anak2 k.gee memang suka kuah yg banyak).
Kemudian masukkan kacang peas. Kacau sebentar sahaja dan padamkan api.



Si adik manis berkebaya nyonya,
Cik Abang kacak berkain songket,
Rindunya pada teman2 blogger nun di sana,  
Kenapa sudah lama n3 tak ber update...

hehehe... Selamat Berpuasa Enam...


3 comments:

Asyifa Mustaffa said...

btul sangat2 kak.gee, time bulan syawal nie..stok lam fridge mmg kena ada..standby baik pnya..hehe..

nmpk sedap nasi tu...mkn ngan acar buah tu pun dah ok kat tekak sy...~hantu acar buah sbnrnya sy ni...:)

myda_ahmad said...

assalamualaikum....
samalah kita,bdk2 ada kt umah ,asyik nk kena msk jer...lelama stok pun abis...tambah stok nk kena tunggu ujung2 minggu lak tu...
suka betul tgk nasi minyak tu,lg2 ada ayam msk merah...

tun_telani said...

Walaupun menu bidan terjun, tetap nmpk sgt membuka selera.. mmg raya dh stand by penuh lauk pauk satu fridge tu. mmg x penah cukup. hihi

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015