Makan nasi lemak di malam hari... ok juga kan... Dulu masa baru baru berpindah ke sini, terasa pelik makan nasi lemak waktu malam kerana ianya sinonim dengan menu sarapan pagi... Kini makin banyak kedai makan dan gerai-gerai nasi lemak di malam hari... ada juga kedai dan restoran ikan bakar yg menyediakan nasi lemak sementara menunggu ikan dan menu lainnya siap dimasak...Apapun makan nasi lemak panas-panas memang selera kan... tambahan ada ayam goreng dan sambal tumis yg sedap... ermmmm
NASI LEMAK
Bahan
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
3 ½ cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
Cara
1. Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.
Sambal Telur Puyuh
Bahan
15 biji telur puyuh - rebus dan kupas kulitnya kemudian goreng sekejap
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering (kisar)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit belacan
1 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis
1. Tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan air asam jawa
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan telur puyuh goreng ke dalam sambal, kacau rata.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan telur puyuh goreng ke dalam sambal, kacau rata.
5. Masukkan sedikit air, bawang besar hiris serta sedikit gula dan garam.
6. Masak hingga mendidih dan pekat kuahnya.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur .dsb
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur .dsb
Nasi lemak... nasi lemak... 2 singgit 2 singgit
1 comment:
Sedapnya Gee..
Murah pulak Gee jual..
2 singgit.. mana nak dpt skrg ni..
Di tmpt CH ni paling murah RM1.50 sen Gee..
Lama gak CH tak buat nasi lemak..
Tengok nasi lemak sambal burung puyuh Gee dah teringinlah pulak :D
Post a Comment