Masakan opor memang terkenal di Pahang dan begitu sinonim dengan hidangan istimewa di istana dan kerabat diRaja. Opor enak dimakan bersama ketupat, lemang, nasi putih, nasi kuning, nasi minyak ataupun nasi bryani. Menurut seorang pengusaha rempah opor di Pekan, Pahang ramuan opor terdiri daripada campuran lebih 100 jenis rempah ratus dan herba terpilih. Dulu, opor menjadi hidangan istimewa menjelang musim perayaan atau kenduri kendara sahaja. Kini, opor sudah boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Menu opor Pahang k.gee hari ini menggunakan rempah opor Ubai Saji iaitu rempah opor dari syarikat Ubai Saji Enterprise iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan halal di Negeri Pahang. Mudah dan ringkas menggunakan rempah opor ini, anda hanya perlu rebuskan daging dan tambahkan rempah opor bersama santan, asam, garam dan kerisik jika perlu. Bahan-bahan rempah yang lain sudah lengkap dalam sepaket rempah opor Ubai Saji.... memang sedap dan berbaloi-baloi...! cubalah.... (hehehe...tolong promo produk usahawan...)
OPOR PAHANG
1 kg daging
1 paket rempah opor ‘Ubai Saji’(bancuh dengan secawan air)
1 sudu kerisik
1 mangkuk santan
Asam keping
Sedikit minyak menumis
Garam dan gula secukupnya
Cara :
1) Daging dipotong kecil dan rebus sehingga lembut.
2) Bancuh Rempah Opor Ubai Saji dengan secawan air.
3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan rempah opor. Gaul rata.
4) Tambahkan santan, sedikit air, garam, gula dan asam keping.
5) Biarkan sehingga mendidih dan tambahkan pula kerisik.
6) Masak sehingga kuahnya pekat.
7) Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat dan sebagainya.
K.gee gandingkan opor dengan pulut kuning... besssst tau... !!