Pages

Friday, January 12, 2018

Ayam Kung Pao


Salam Jumaat...

Hujan masih turun berterusan...cuaca yang gelap dan sejuk begini kalau diikutkan hati, mahu rasanya berselimut lagi di atas katil... tapi apakan daya... seawal 6.30 pagi sudah keluar rumah menghantar anak ke sekolah... esok lusa mungkin tidak perlu seawal ini kerana eQa sudah mendapat tawaran masuk ke asrama... pasti mak dan ayah sunyi di rumah tanpa eQa, kakak dan abang2nya... semua anak2 sudah tinggal di asrama melanjutkan pelajaran... sayu pulak rasanya... 

Apapun... itulah kehidupan...

Baiklah... hari ini k.gee kongsikan resipi Ayam Kung Pao... hidangan yang ringkas, mudah dan menyelerakan... meratah pun sodap... 

AYAM KUNG PAO

Bahan-bahan:
400 gm ayam – potong kecil
2 sudu besar sos tiram
½ sudu teh lada sulah
1 sudu tepung jagung
100 gm kacang gajus
5-6 tangkai cili kering
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 biji lada capsicum
½ sudu teh minyak bijan
1 tangkai daun bawang
Garam
Minyak masak

Cara-cara :

Gaul ayam bersama tepung, sos tiram dan lada sulah.  Goreng seketika dan angkat.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan sos cili. Tambahkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan kacang gajus, capsicum dan daun bawang. Gaul rata. Sedia dinikmati.



No comments:

Post a Comment