Alhamdulillah...sudah 7 Ramadhan rupanya... seminggu sudah kita lalui bulan penuh maghfirah ini... semoga diampunkan dosa2 kita semua...dosa2 kedua orang tua kita, anak2 kita, saudara mara kita, rakan2 kita, guru2 kita, jiran tetangga kita, para pemimpin kia dan seluruh umat Islam di mana jua berada...
Apa pula juadah yg dihidangkan untuk keluarga tersayang yer? Akak dan family menikmati soto ayam wif pegedil... hmmm...sungguh menyelerakan... walaupun letih sebab soto ni kena sediakan banyak aksesori tapi sangat puas hati kerana dapat memenuhi selera anak2... Anak yg sulong, Amirul memang sukakan pegedil, hampir sepinggan diratahnya balik dr terawih... Apapon sangat bangga dan terharu, sepanjang Ramadhan Amirul mengimamkn terawih di surau berhampiran... sejuk perut ibu mengandong...
Oklah, mari kita semak resipi soto dan pegedil yer...
SOTO AYAM
Bahan-bahannya :
2 bungkus ketupat segera direbus hingga masak
1 ekor ayam, dibelah empat direbus dan siat2 disinya
3 - 4 liter air
2 sudu besar serbuk rempah soto
2 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar :
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan untuk Sambal Kicap
20 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis
Bahan Hiasan
pegedil
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
suun dan kacang goreng
Cara-cara 1.Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk rempah soto, gaul hingga sebati., tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
2.Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
3.Cara menghidang - Potong ketupat dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, pegedil dan sambal kicap.
Assalamualaikum Gee,
ReplyDeleteakak mmng suka makan soto..terasa segar je bila makan, kena plk ada sambal kicap, mmng best....
salam kak gee. lama tak makan soto.. ni yang confuse ni nak masak apa ni. hih soto akak mengoda iman saya hari ini , rasa nak buat plak
ReplyDeletegee, kalau ada kuah soto belebih buat nasi gee. mengancam...
ReplyDeleteemm..suka gak soto, nak membuetnyer alahai.....kalau tak lengkap tak best
ReplyDeleteerm sedapnyer soto ayam..mmg peberet tu :)
ReplyDeletesuka sgt soto. belum ada berkesempatan nak buat..nampak sedap!
ReplyDeleteada soto kat cnie... diana lambat smpi.. huhuuu... ari tu pun x sempat nak BW lelama... tenet tenat.. huhuu...
ReplyDeleteakak.. sedapnya tgk soto yg akak buat tu.. rajin sungguh akak buat soto.... diana biasa beli jer... kalau buat sndiri mmg puas ati kan akak