Pages

Tuesday, January 10, 2012

Mari sarapan kuih cara


Tetiba semalam tercetus idea nak mencara pulak.... apalagi terus set alarm pukul 4 pagi... ye lah, acuannya satu saja so kenalah awal sikit kalau tidak lewat pulak ke opis nanti... kuih cara memang mudah cuma leceh sebab mengambil masa panjang... inipun kak gee bancuh 2 cawan tepung saja... cukup untuk sarapan emak dan ayah di rumah dan tapaw untuk kekawan di opis... kawan2 opis memang seronok kalau dapat makan freee... heeee


Baik kuih cara manis atau kuih cara berlauk... dua2 kuih fav kak gee dan hb... satu pinggan tu sekali hadap jer... satu persatu kena ngap! tak sedar seminit dah licin...   Kuih cara ini kak gee buat guna santan sawit... beli di pasaraya semalam... santan sawit ini k.gee kenali masa di Pameran HALFEST ituhari... rasanya lebih kurang santan kelapa juga dan mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah, tidak meningkatkan kadar kolesterol, tidak menjejaskan jantung dan sudah pasti baik untuk kesihatan.  Maklumlah, bila sudah berusia ini kesihatan kena jaga juga, so sambil makan sambil jaga kesihatan, tak gitu...?




KUIH CARA BERLAUK

Bahan-Bahan:

½ kg tepung gandum
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
1 cawan santan
½ liter air
2 biji telur
2 tangkai cilI merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
4 sudu besar minyak masak

Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Mula2 sedaiakn intinya dulu. Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.



sebelum ngap... baca bismillah dulu yer...
kan CT...


7 comments:

  1. ouch..kuih feberet ai la ni...bagi byk mana pun leh selamat dikerjakan..;)

    ReplyDelete
  2. salam kak gee...bestnya kalau org bg kuih cara berlauk ni...aummmm

    ReplyDelete
  3. chah >
    ops...dah licin laaa... nx time yer... heeee

    Liza >
    alaa liza...member2 opis k.gee ni macam naga... sekali buka bekas tak dan seminit dah licin...

    ReplyDelete
  4. suka kuih cara berlauk ni...lama tak mkn ni teringin la pula:)

    ReplyDelete