Pages

Friday, November 23, 2012

Masak lemak emak


Salam Jumaat dan salam ceria semua... Hari ini cuaca agak sejuk dek hujan yang masih turun sejak dari malam tadi... berat jer nak meninggalkan selimut dan bantal... kalaulah hari ini cuti gerenti masih bergulung dalam selimut lagi nih... sejuk2 begini memang sedap layan mimpi mimipi indah, kan... ?  


Masak lemak belimbing ini lauk makan tengahari semalam... buka tudung saji tengok ada lauk kampung ni... wow! terus ambil pinggan dan bantai makan nasi sepuasnya... siap hirup kuahnya lagi... sedapnyaaaa.... air tangan emak lah katakan... terbaekkk!!



MASAK LEMAK BELIMBING

Bahan2:

1 mangkuk belimbing buluh
1 ekor ikan kembung sederhana besar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
5-10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 btg serai
1 inci kunyit hidup
Garam secukupnya

Tumbuk atau kisar cili padi, kunyit hidup dan bwg merah.  Masukkan ke dalam periuk bersama ikan dan santan.  Tambahkan serai yg diketuk.  Biarkan mendidih sambil dikacau perlahan2.  bila dah mendidih masukkan belimbing buluh dan garam, kacau rata dan terus padamkan api. 


Belimbing buluh kat rumah emak di kampung... lebat betul buahnya... kalau rajin boleh buat sambal hitam Pahang nih... nak?! Jom ikut k.gee balik kampung...

5 comments:

  1. Ya Allah... banyaknya... lebatnya belimbing! kecurrrrr.... air tangan emak memang tiada tandingannya Gee.. masakan ibu adalah yang terbaik di dunia!

    ReplyDelete
  2. Salam kak gee.. wah!seronoknya duk kat kat kampung ye. masakan emak mmg terbaek!

    ReplyDelete
  3. Hi
    I am Sue here and would like to invite you to join in the Maggi Blogger's Contest in their " Good To Great Campaign ". Details of the contest can be found from my blog here http://www.cookingmomster.com/?p=3748

    Do drop me if you require further details.

    ReplyDelete
  4. Kak Gee susahnya nak cari buah belimbing ni di Tg Malim..kecur giler air liur mieza!

    ReplyDelete
  5. mmg seronokkn kak balik kg..kdg smgu tu mcm xcukup aje duk sna..hihi..
    masakan mak mmg tbaekkk..bleh jadi rindu dgn masakan mak kalau lama xmrasa..

    ReplyDelete