Pages

Wednesday, March 20, 2013

Selera kampung


Assalamualaikum... sedang buat apa tu? garu garu kepala nampaknya ? tak tahu nak masak apa yer ? Alahai... kesiannya... itulah masalah orang perempuan kan... setiap hari kena fikir nak masak apa, nak buat kuih apa, nak beli apa... selera pulak berubah-ubah setiap hari.. lain orang lain pulak citarasanya... kadang2 buntu fikiran dibuatnya...


K.gee bernasib baik sikit sebab emak tinggal bersama k.gee.... jadi bab2 memasak ni tak ada masalah besar sangat... kalau k.gee tak ada idea nak memasak tanya saje pada emak... biasanya emak dengan selera kampungnya lah... air tangan emak gerenti best... dan yang paling paling best lagi emak yang memasak kita tahu makan jer... hehehe.... sayang emak! 


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Bahan-bahan


1 biji jantung pisang besar
1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)

Bahan kisar/tumbuk
*5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi...)
*1 labu bawang besar
*segengam ikan bilis
*seketul kunyit hidup

sebatang serai & secarik daun kunyit
1 keping asam gelugor  
garam secukup rasa

Cara-cara

Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Celur sekejap dan toskan airnya.
Masukkan jantung pisang yang dicelur, santan cair dan bahan2 tumbuk tadi dan serai ke dalam periuk. Jerang di atas api sambil dikacau.

Bila hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit, garam dan asam keping.  Kacau supaya tidak berketul.

Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas...   

Buah tembikai di hujung tanjung
Masak sebiji di atas titi
kalau teringin nak makan jantung
sudi-sudikanlah ke dapor kak gee-hut ini...


10 comments:

  1. Ni yg best ni..klau dekat mau mintak sikit nk rasa..:-)

    ReplyDelete
  2. Ermmmm menyelerakan. Saya suka buat kerabu.

    ReplyDelete
  3. alamak kak sedap giler lauk ni....suka suka suka

    ReplyDelete
  4. sedapnya..
    psstt berkenan plk ngn mangkuk tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. Amboi kak gee...saje buat tayangan maut ari ni ye..nk kasi air liur ct melelh lah tuuuu...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer gee.. dah bersimpuh ni, tunggu org hidang nak tumpang ngap :)

    ReplyDelete
  7. Gee... bukan sebarangan hidangan ni Gee... naik saham ni hidangan kampung begini Gee! Sodap..sodap...sodap!!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Gee..nmpk sedap betul jantung pisang tuh..biasa yana bt kerabu jantung pisang xpnh msk lemak cani..sedapnya..tibe plak lapo hihii

    ReplyDelete
  9. Zila pun suka klu dibuat kerabu...klu msk lmak lg sdap kn..kak meh kasi sepiring...

    ReplyDelete
  10. salam k.gee
    wah sedapnye masakan kampung pastu mak yg masak. bestnyee k.gee duduk sama dgn mak

    ReplyDelete