Ya Allah jadikan permulaan hari ini penuh kebaikan... pertengahannya membawa kejayaan... dan akhirannya suatu keberuntungan... Ya Allah Jadikan awalnya rahmat... pertengahannya nikmat dan penghujungnya penuh berkat..
Amin Ya Allah
Assalamualaikum... hari ini k.gee bersiaran langsung dari Pusat Transformasi Bandar Kuantan (UTC). Hari ini giliran k.gee bertugas di sini. Sambil2 menunggu pelanggan di kaunter, sempat curi-curi masuk dapor gee-hut sekejap... hehehe
" UTC menjadi pusat sehenti untuk penduduk Bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta. Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ia dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu. Antara agensi yang terdapat di UTC termasuklah PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara serta Majlis Perbandaran. Ini adalah satu kemudahan terbaru untuk rakyat membuat urusan tanpa perlu menghadapi masalah lagi dengan kesesakan jalanraya dan sebagainya."
Ok... jom ke dapor gee-hut pulak... ada kek zebra tau... kek ini k.gee buat atas permintaan anak dara k.gee si eQa untuk bawa bekal ke sekolah semalam... katanya teacher nak bawa berjalan ke Telok Chempedak semasa subjek Jawi untuk mengenali alam semulajadi... so murid-murid disarankan membawa bekalan makanan... eQa bawa bekal separuh saje yang separuh lagi emaknya bawa bekal ke UTC... sambil duduk sambil ngap kek zebra... gebu, lembut dan sedaaapp...!!
KEK ZEBRA
Resipi : Ma Salykitchen
200gm tepung gandum
13 sudu makan gula
6 biji telur
1 sudu baking powder
1 gelas minyak masak (150 ml)
1 sudu kecil ovalet
2 sudu makan susu tepung
Cara:
Gaul kesemua bahan d atas kecuali minyak masak.
Gaul adunan sampai menjadi putih dan gebu.
Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
Bagi adunan kepada 2 bahagian
1. Coklat
2. Biasa
Masukkan adunan ke dalam acunan berselang seling sampai habis.
Bakar pada suhu 160 selama 1 jam/sampai masak.
Jom zebra...
Cantik belang belang tu kak...
ReplyDeleteberbelang sungguh keknya...
ReplyDelete:)
sedappnya tengok kek tu...
ReplyDeleteNmpk cantik la kak gee. .gebu jew..
ReplyDeleteSalam perkenalan.
ReplyDeleteNampak sedap la kek tu...
Cantiknya marble dia, oh hat ni guna minyak ye, boleh try lah nanti
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesgt cantik kek zebra ni..npk gebu sekali..
wah..ternganga mulut kejap lihat kecantikkkan kek ni..hihi..apapun, memang cantik belangnya.
ReplyDeleteOooo...ada kat UTC ek, kalau tau akak gi serbu kaunter tadi...hehehe, cantik belang2nya...ala2 rimau...oopsss! ^___^
ReplyDeleteSalam Kak Gee,
ReplyDeleteCanti kejadian kek zebra ni..corak pun beralun dan gebu
Dulu2 akak rasa pernah buat kek ni. Kiranya kek org baru start minat memasak (kakpb ler) senang dan sedap kan?
ReplyDeleteSalam kak gee.. wah! senang je resepi.. mcm resepi apam la kak.. nnti nk try lah ^^
ReplyDelete