Pages

Monday, June 10, 2013

Salam Syaaban 1434


Assalamualaikum....

Subhanallah... kita sudah melangkah ke bulan Syaaban.. bulan untuk mengejar kebajikan sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan... Moga kita diberi lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dirindui. InsyaAllah...  Kepada sahabat yang berpuasa sunat hari ini, tahniah dan semoga segala amalan mendapat keredaan Allah SWT hendaknya... amin!


Baiklah... kalau sudi bolehlah mencuba laksa kari dari dapor gee-hut ini untuk menu berbuka puasa petang nanti yer... Kalau nak jadikan menu di pagi raya pun boleh... Laksa ini adaptasi dari laksa Johor cuma diubahsuai sikit ikut citarasa k.gee dan keluarga... lagipun resepi laksa sebegini ada persamaan dengan laksa Pekan yang menjadi kegemaran orang di Kuantan ini... kuahnya hampir sama cuma laksa sahaja yang berlainan... laksa Pekan menggunakan laksa gandum berbanding laksa Johor menggunakan spaghetti... Apa pun rasanya hampir serupa... yang penting memenuhi selera sekeluarga, kan....


Hari ini k.gee tak ada idea nak berceloteh panjang... maklumlah masih keletihan selepas menghantar anak-anak pulang ke asrama semalam... Jom kita layan resepi laksa kari yuk....



LAKSA KARI versi gee-hut

Bahan - bahan

1 paket laksa basah
600 gm ikan selayang - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2-3 sudu rempah kari
1 1/2 mangkuk santan
2 sudu kerisik
4-5 keping asam gelugor
Air
Daun kesum
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering

Bahan iringan :-

Timun, Salad, Kacang Panjang, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris

Cara-caranya:

Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar dan rempah kari hingga wangi dan bangkit baunya. Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul rata dan curahkan santan serta sedikit air. Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor. Biarkan mendidih. Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari.



Selamat menjamu selera...

12 comments:

  1. Salam Kgee..dah terliur nie..hihihi..mohon ambil resepi nie ye..

    ReplyDelete
  2. telan air liur ni.. walawehhhh... meleleh betul tengok laksa ni... tahun depan baru leh makan laksa.. leh tengok je skrg ni..

    ReplyDelete
  3. kalau dapat semangkuk utk zila berbuka ptg ni kan best..kak, sudu tu cantik plak ada gambar kambing

    ReplyDelete
  4. Fav zila ne kari laksa..brtmbh2 klu mkn..

    ReplyDelete
  5. pandai gee mengolah resepi... nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  6. Assalam Gee, waduh dah lama betul tak makan laksa..tengok laksa gee ni kecuh pulak..
    rasa nak terkam aje gambar yg last tu..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah syukur masih sempat berada dlm bln syaaban ni kan
    insyaallah nk berpuasa he hee
    wah mengiurkan laksa kari k gee ni
    kita tak penah makan kari laksa tau

    ReplyDelete
  8. OHHH MYYY GODDD kak gee..this is my fav tau..mieza suka sgt2 dgn curry laksa..nak semangkuk kak..akak buat saya mengidam!

    ReplyDelete
  9. Gee, lenkali masak kuah lebih taaauu...akak pi beli spaghetti dgn ulam2 jer, blk kerja singgah rumah Gie amik kuah, boleh gitu?? Terliuurrr dah ni..

    ReplyDelete
  10. sedapnyer kak.... dah menjejes air liurrr.... adessssss

    ReplyDelete
  11. selalu mkn laksa..tp buat lom lg..nk try la nti..

    ReplyDelete