Pages

Friday, June 7, 2013

Sup ikan merah


Salam Jumaat semua... Moga hari ini hari yang lebih baik dari hari semalam... Mari kita mulakan hari ini dengan hati yang syukur dan ceria serta fikiran yang baik-baik kerana kebahagiaan dan ketenangan ada dalam setiap kesyukuran. 

"Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Amin."



Hari ini menu ringkas lagi... sup ikan merah...ala-ala lauk orang demam... demam rinduuuu gitew... hehehe


SUP IKAN MERAH

1 ekor ikan merah - bersaiz sederhana ( dicuci bersih dan dikerat )

1 bungkus sup bunjut
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1 liter air
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Bahan hiasan :

Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Caranya :-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia yang ditumbuk kasar.  Masukkan ikan merah, sup bunjut dan kacau rata.  Tambahkan air dan garam.  Biarkan sehingga mendidih.  Jika suka boleh tambahkan tomato dan batang celeri dan sebagainya.   Sesuaikan rasanya dan tutup api.  Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 


Sudi-sudikan lah...


11 comments:

  1. my pebret..here i come kak gee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum gee... sedap tengok sup tu...

    ReplyDelete
  3. nyumm!! tun kalau ikan merah mmg akan wat sup. sedap.. pastu kepala dia simpan wat kari.

    ReplyDelete
  4. Ala2 Demam2 eh? tp selera tekak raja juger tuh..hehe... Amin ya eabbal a lamin...tq for sharing kak gee

    ReplyDelete
  5. ikan merah mmg sesuai buat sup kan kak gee..zila suka hirup kuah tue...dapnyaa..

    ReplyDelete
  6. sedapnyer gee.. lama tak msk ikan merah.. mmg sedap dibuat sup mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Sup ikan merah yang mengancam...sesuai utk i dan juga pdyg tengah on diet...

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum..
    Ikan merah mmg la fav utk wat sup..sedap.. pernah cuba masak lemak cili padi tak? Best jugak tau!

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak..baik utk diet..hehe

    ReplyDelete