Selamat petang dan salam siaran semua... hari ini k.ge bercuti dan sambil bersantai ni sempat lah k.gee berkemas rumah sikit... nasib baik cuaca redup jadi tidaklah terasa penat sangat... kalau tidak sure peluh berjurai2 turunnya... selesai berkemas barulah k.gee ke dapor dengan menu makan tenghaari ala kadar sahaja....sambal petai cameron highlands bersama ikan goreng dan celur sayur bendir muda... ringkas tapi menyelerakan... !!
Petai ini encik hubby beli swaktu singgah di cameron sekembalinya dari Gurun tempohari... buahnya nampak segar dan besar... memang sedap buat sambal yang pedas-pedas...k.gee masak dengan kulitnya sekali... kikis sikit kulit luarnya dan hiris nipis-nipis.. kemudian goreng sekejap baru ditumis dgn cili padi... sedap tau..! kata orang petai ada zat besi, vitamin dan juga boleh awet muda! haaa...itu yg best tu... nak muda? Jom petai.....
SAMBAL PETAI
Bahan:
Petai, cili padi, ikan bilis, bawang, garam, gula, asam keping dan sedikit belacan
* Tumbuk cili padi, belacan dan bawang. Ketepikan. Ikan bilis digoreng dan ketepikan. Petai yag dihiris bersama kulitnya digoreng dan ketepikan.
* Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi. Masukkan garam, sedikit gula dan asam keping. Biarkan sehingga garing dan naik baunya.... masukkan bilis dan petai goreng tadi...kacau rata.... dah siap....
Jemputlah awet muda....
Sedapnya sambal petai... jauh petai dtg ye cameron highland ;)
ReplyDeletealahai.. lama x mkn petai.. kt sini petai mahal betul..sepiring kecil pon dh 5-6inggit. kalau yg seikat tu 10inggit agaknyer.
ReplyDelete