K.gee masak pulut bersama rendang ayam sempena harijadi anak bongsu k.gee Nurin Afiqah pada 2 Februari baru-baru ini... sebenarnya tak rancang pun nak masak pulut dan rendang ni... plannya nak celebrate harijadi eQa di kedai Nasi Arab A-Edrus... tup...tup bangun pagi selongkar peti ais tengok ada banyak stok ayam dalam 2,3 bekas yang berasingan... selalunya bila masak lauk ayam bahagian yg banyak isi tu akan ditinggalkan dan disimpan... bila sudah beberapa kali buat begitu jadinya stok ayam bahagian isi bertimbun dalam peti ais... itulah yg k.gee godek-godek buat rendang...
Kali ini k.gee buat rendang ayam cili padi.... podeh wooo...!!! tapi k.gee lebihkan kerisik dan kuahnya supaya rasanya dapat diseimbangkan pedas dan manis-manis gitu... nasib baik tak berasap telinga... walaupun pedas tapi eQa makan bertambah-tambah... maklumlah pulut memang faveret dia... hari ini sekali lagi k.gee masak pulut untuk eQa tapaw ke sekolah nak celebrate birthday dengan kengkawan katanya... hmmmm....anak-anak punya pasal k.gee turutkan saje janji dia orang bahagia... kan...?!
PULUT TANAK RENDANG AYAM
1 kg pulut susu
Air secekupnya
Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, agak-agak sama paras dengan beras. Masak dengan api perlahan.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan :-
1/2 kg ayam yang telah dibersihkan
1 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi
1 senduk cili kisar
3cm kunyit hidup
2cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai yang dihiris halus-halus dan dikisar lumat
1 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit yang dihiris halus-halus
4 sudu kerisik
Garam dan serbuk perasa, secubit gula
Asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Kisar kunyit dan lengkuas sehingga lumat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia ke dalam mesin pengisar... Kisar sekali lagi.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan2 yang telah dikisar dan serai ke dalamnya Masukkan cili kisar sekali. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan tersebut. Kacau rata dan bairkan sehingga ayam kecut sedikit... Masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukupnya. masukkan juga asam keping. Kacau sehingga menggelegak.
5. Masukkan pula hirisan daun kunyit...
6. Setelah kuahnya agak pekat tutup api... Sedia untuk dihidangkan...
Sudi-sudikan lah menjamu mata yer... hehehe
Hahaha Memang menjamu Mata akak ni Gee hinggakan meleleh air liur dibuatnya.. tak boleh jadi ni... weekend nak buatlah ;)
ReplyDeleterasa mcm nk jilat gambo tu kak..rendang ayam mmg fav..tmbh ade pulut..lazattt
ReplyDeletesedapnya rendang ayam
ReplyDeleteterus teringat raya:)
aduh sedapnya...teringin nie..tengok gambaq ja pun dah terliur...my feberat
ReplyDeleteperghh.. terliurr.. dah lama tak makan ni
ReplyDeleteMasuk terus nampak rendang..hadoiyai terliur lah pulak...
ReplyDelete