Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah pencipta dan pemilik semesta alam yang memberi rezeki, menurunkan hujan, mengurniakan pelbagai nikmat kepada seluruh makhlukNya...
Masya Allah tabarakallah... rezeki pagi ini epal goreng dari luar negara... ahai... resipinya saje dari luar negara tapi buah epal k.gee beli di pasaraya dalam negara jer... hehehe... jangan marah yer senda gurau pepagi ni sambil melayan hati yang gundah gulana... sedikit ujian dari Allah... seharusnya kita bersabar dan redha....kaaaan...
Epal goreng ini enak dimakan panas-panas sebaik sahaja digoreng... macam makan pisang goreng panas... tetapi menurut Roza ia lebih unik... ini kali kedua k.gee mencubanya setelah kecur sebaik membaca buku "Aroma antara benua" nukilan Roza Roslan seorang penulis buku luar biasa yang asalnya seorang anak gadis biasa kini seorang penulis buku resipi yang sarat dengan ilmu keduniaan dan kerohanian.... Jika mahukan kelainan rasa, jemputlah mencuba resipi epal goreng ini... k.gee panjang-panjangkan resipinya di sini...
EPAL GORENG
Resipi Asal : Epal Goreng Snowdonia ~ Roza Roslan
Bahan-bahan:
5 biji epal hijau
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
1 biji telor
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
Minyak untuk meggoreng
Gula aising
Serbuk kayu manis
Cara2:
1.Buang empulur epal, basuh dan dihiris bulat-bulat. gaul dengan sedikit garam.
2.Masukkan tepong gandum,tepong jagung,gula dan garam ke dalam bekas adunan. Buat lobang ditengah2 tepung kemudian masukkan mentega cair dan telur. Curahkn susu sedikit demi sedikit.
3. Gaul adunan sehingga sebati dan tidak bergentel.
4. Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak panas. Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.
5. Toskan minyak. Sebelum menghidang, tabur gula aising dan serbuk kayu manis ke atas gorengan epal tadi.
6. Epal goreng enak dimakan bersama krim, jem atau madu.
Jom nikmati epal goreng bersama secawan teh-o panas
sambil tenang-tenangkan fikiran...
Nampak sedap tu jer... adik beradik pisang goreng lah tu Gee... cuma kat dorang pisang mahal... jadi buah epal murah... buat lah Epal goreng ni ye Gee :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedap ni..campur sikit ngan cinnamon powder kat tepung tu...ok tak gee?
ReplyDeletenampak garing dan sedap ni :)
ReplyDeletemkn dgn eskrim vanilla pun ngam ni...
ReplyDeletedah jadi cucur epal la plak. heheh
ReplyDelete