"Petai...petai... satu ikat lima ringgit je kak..." laung si penjual petai di pasar malam... tiba-tiba k.gee teringat sambal petai cili padi mak mertua... mak mertua k.gee kalau bab menyambal guna cili padi ni memang terror... sambal bilis, sambal bunga kantan, sambal tempoyak semuanya pedas berapi guna cili padi... mak mertua k.gee masak sambal petai tak buang kulit... dia cuma kikis sedikit kulit luar tu dan hiris nipis-nipis... lepas itu bersihkan dan goreng sekejap... dan yang paling penting cili padi mesti banyak... pergh! bertimbun k.gee makan tak sedar diri... 2,3 pinggan ok!
Selepas makan sambal petai, pastikan cuci mulut dan bilik air bersih-bersih yer sebab maklumlah petai akan meninggalkan bau yang semerbak 'harum'.... hehehe
SAMBAL PETAI
3 papan petai (kikis kulit luarnya dan hiris
15-20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji bawang besar - kisar bersama cili padi
100 gram ikan bilis
Asam keping
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Kikis sedikit kulit petai dan hiris nipis. Kemudian cuci dan goreng agak-agak layu. ketepikan.
2.Cili padi, bawang dan belacan dikisar hingga lumat.
3. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu. Kalau nak blender pun boleh tapi pastikan tidak hancur sangat.
4. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar serta ikan bilis tumbuk tadi. Tambah sedikit air. kacau-kacaukan.
5. Masukkan petai tadi dan biarkan pekat sedikit.
6. Masukkan garam, gula, asam keping dan bawang hiris.
7. Masak sehingga kering sedikit.
8. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas.... kalau nak cicah cekodok atau lempeng biarkan berkuah sedikit.
Sambal petai berapi, ikan goreng, ulam timun dan nasi bertimbun...
sedaaappp....
Assalamualaikum gee cer pos kt Uj sepiring...huhu
ReplyDeletehr hee kak gee wlupun busuk tu yg org cari kn.
ReplyDeleteHi Gee,
ReplyDeleteI telan air liur!
busuk2 pun ni la sayur yg blh cuci buah pinggang kite kan? hehehe
ReplyDeletesedappp ecah sukeee lauk nih!