Pages

Monday, September 22, 2014

Kuih Seri muka


Hamboiiiii... berseri-seri muka pagi ini... al maklumlah anak dara sudah naik pelamin... melirik senyuman lebar sampai ke telinga... walaupun badan penat, lenguh sana sini dan rumah tonggang langgang macam tongkang pecah namun dalam hati tetap ada taman... taman bunga berwarna warni... seronok dan bangga dapat menantu... sedih dan terharu pun bercampur baur... terharu melihat ramai tetamu datang bertandang dan sedih bila anak bakal meninggalkan kita... Begitulah lumrah kehidupan... kan?


Baiklah... itu kisah orang kenduri kahwin.. Tahniah lah yer... ! k.gee pun tidak mahu kalah mahu 'berseri' juga... tapi kuih seri muka laa.. bukan seri dapat menantu... hehehe... Kuih seri muka yang lemak berkrim ini memang kuih kegemaran k.gee... hari-hari makan pun tak pernah jemu... Jom layan resipinya...    



KUEH SERIMUKA LAPIS

Resipi : Chef hanieliza
Ubahsuai : gee-hut


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]

3 cawan santan cair

1 s/k garam


Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit (k.gee tak masak)

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/4 cawan tepung kastad (k.gee ganti t.jagung)

1/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan jagung cream

sedikit garam



Lapisan Atas... gaulkan semua

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan jus pandan

1/4 tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad (ganti t.jagung)

1/4 cawan gula

sedikit garam



Cara

1. Masukkan pulut dalam loyang dan kukuskan.

2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.

3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]

4. Masakkan anggaran 15 minit.

5. BIla dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.

6. Bila dah masak, sejukkan baru dipotongkan dan hidang.

 

Sambil masak sambil senyum... baru muka beseri-seri...
kaan...!

12 comments:

  1. K Gee, kita pun suka kuih seri muka, lagi2 ada jagung... Nak tanya sikit, yang ni, kGee gunakan loyang ukuran apa eh..... Nanti nak cuba. Tq.

    ReplyDelete
  2. Faeez > k.gee guna loyang 8 inci... k.gee tak suka tebal sangat sebab susah nak potong... kalau suka tebal boleh guna loyang kecil sikit...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Gee,

    Lama tak makan seri muka.. menyelerakan nampak!

    ReplyDelete
  4. saya pun sama suka dgn kuih serimuka ni... aduii.. terliur dibuatnya tau..

    ReplyDelete
  5. Aduh.. tergoda sudah tengok kuih seri muka Gee yg sungguh berseri-seri.. sodap ada jagung tu :)

    ReplyDelete
  6. Special ni sebab ada tambahan jagung.

    ReplyDelete
  7. Assalam gee,
    wah suspense kejap kita ingat betullah gee baru dapat menantu..hehe..serimuka pun favourite kita juga ni gee..dah lama tak buat..tertelan air liur kita tau...:)

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Gee. tahniah dapat menantu. Bila lah turn Along pula ni....hehee. Nak tumpang seri gee lah kot baru dapat menantu ni...

    ReplyDelete
  9. Tahniah dpt menantu...kuih ni mmg sedap...klu buat seloyang mmg asyik mengadap je...pastu angin..hihiii

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Gee..

    kuih feberet yana sekeluarga jgk nii.. tp yg ni spesel skit sbb tmbah jagung krim.. mst lg sedappp

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak gee bertambah ahli keluarga ..
    Berseri-seri ha tgk seri muka (y)
    Pagi-pagi mmg tak sah tak beli seri muka utk anak .. Kalau tak dia protes taknak pergi taska .. Hilang seri muka ibu dia hihihi.. Hope dpt buat sendiri la nanti asyik membeli saja hihihi

    ReplyDelete