Pages

Tuesday, February 28, 2012

Puding sagu...layan 5 rencah 5 rasa


Assalamualaikum wmt. wbt... Cuaca di luar sana sangat panas... Masa k.gee bawa eQa ke klinik semalam, penuh klinik dengan orang sakit... hampir sejam menunggu giliran... eQa demam dan serangan tonsil yg agak kronik... 2 hari lagi akan menjalani pembedahan... kami terpaksa menunggu sehingga bilik/wad available... full house... mudahan2 pembedahan dapat dijalankan segera dan eQa cepat  sembuh... semoga Allah permudahkan semua urusan...  


Sambil k.gee 'sponging' eQa yg demam, sempat juga melayan 5 rencah 5 rasa... santai jer tengok  Chef Sherson Lian memasak... main campak2 tapi hidangan sangat menarik... antara menu yg menawan hati k.gee adalah Puding Sagu ni... minta tolong hb temankan eQa k.gee terus godek2 puding yg simple ni... orang kata puding ini sesuai untuk tekak orang demam...sejuk jer..  (tekak orang tak demam lagi sesuai kan... weheee..)


Sebenarnya k.gee tak sempat salin resepi Chef Sherson, so resipi ini k.gee olah sendiri ikut citarasa k.gee dan stok bahan2 yang ada. di dapor. Kalau sudi jom kita semak resipinya...


PUDING SAGU
Cetusan Idea : 5 rencah  5 rasa

Bahan (puding sagu) :

2 cawan sagu biji mata ikan
3 cawan air

Bahan (Kuah) :
3 cawan santan pekat
Secubit garam
Daun pandan

Bahan (Air gula) :
1 cawan gula melaka
2 sudu gula

Cara-cara:

Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, kental dan warna bertukar lutsinar. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.

Didihkan gula merah bersama 2 sudu gula pasir sehingga gula hancur dan pekat. Sejukkan.

Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan tambahkan secubit garam dan sehelai daun pandan.  Sentiasa kacau sehingga mendidih. Sejukkan.

Bila nak makan, tuangkan santan ke atas puding sagu dan curahkan air gula di atasnya...


ermmm... petang2 yg panas begini sesuai benarlah pekena puding kan...
syioookk....

Monday, February 27, 2012

Pahit pahit sedap...


Salam Isnin semua..... ada yg Monday blues ke? biasalah tu... selepas 2 hari berehat di rumah hari ini kita mulakan tugas semula....  selamat bertugas yer... kepada yg bertugas sepenuh masa di rumah, laksanakan lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan bijaksana... mudah2an mendapat keberkatan dr Yang Maha Esa...

Dua hari k.gee tidak bersiaran.... "round the world...wehhh" ... ahaks.... dari Kuantan ke Temerloh, Pekan dan Beserah.... melawat anak2.... sempat berkelah di kem PLKN bersama Along... jamu nasi ARab... selera tengok Along makan.... maklumlah makan nasi kawah biasanya tak sesedap masakan ibu, kann...? hehehe... tinggal 3 minggu lagi... Along sudah tidak sabar nak menamatkan latihan khidmat negaranya.... rindu kawan2 katanya...


Oklah hari ini k.gee nak kongsikan resepi makan tengahari semalam.... menu pahit tapi sedap....

PERIA MASAK LEMAK SOTONG

Bahan-bahan

1 biji peria yang dibersihkan dan dibuang biji dan potong kecil
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 labu bawang besar saiz sederhana
200gm sotong sederhana besar - dibersihkan dan potong kecil
1 cawan santan pekat
garam secup rasa
1 keping asam keping
1 cawan air

Cara-cara membuat:

1.Kisar/tumbuk lumat cili, kunyit hidup dan bawang besar.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama peria, sotong, santan, air, asam dan garam.
3. Masak sehingga mendidih.

Friday, February 24, 2012

Aura aRoRa... tak mahu ketinggalan


Salam Jumaat dan salam penuh kenikmatan... syukur alhamdulillah masih diberi nafas untuk menatap dan membelai wajah2 insan tersayang... semoga kita dikurniakan keluarga yg bahagia keluarga yg harmoni... baiti jannati...


Taraaaa... hari ini rumah k.gee berseri dihiasi dengan kek batik arora yg berwarna warni dan ceria ... walawehhh.... sampai juga hajat di hati untuk menikmati kek yang sangat sedap, lembut dan harum semerbak ini....  pergh!! k.gee memang tak mahu ketinggalan kalau bab2 menu yg menarik ni... memang selalu k.gee terlior tgk resipi dan tayangan perdana dr blogger memasak... kdg2 tu smpi terbeliak biji mata tengok hidangan mereka... dahlah hidangan nampak sedap dan menyelerakan, gambar dan presentation pon sangat cantek... jeles k.gee tau....


Puas juga k.gee fikir nak deko kek arora ni... tapi tangan tak berapa seni... ala kadar sajalah... Lagipun tercuri masa sampai lewat hantar eQa ke sekolah.... maaf yer cikgu... penangan arora! heeee.....


KEK BATIK ARORA

Resepi: De Nuanza
cnp dari dapor k.ummi

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

Cara-Cara:-

Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.

Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.

Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.

Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan ke dalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.

Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).

Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).


Terbaek ke...?

Thursday, February 23, 2012

Muffin marble choc rice


Salam Khamis dan salam ceria selalu dan salam kaler maler... hehehe... minggu ini mood main kaler maler yer... aura kek arora masih membara di dalam jiwa.... tunggguuuuu.....!!!!

Tak tahulah apa nak jadi dengan k.gee ni, setiap hari terlior dengan menu hidangan chef2 blogger yg enak dan sedap mata memandang... lepas satu satu masuk list...dh bertimbun... semalam tengok muffin ini di dapor Ayu Singapore, terlior juga.... balik2 rumah eQa pulak request muffin coklat untuk bawa bekal ke sekolah... apalagi!! terus godek2 muffin Ayu yg sedap ini... yes!! memang sedap.... Terima kasih sesangat kpd Ayu yg angkut resipi dari Puan Rohaya, terima kasih juga kepada badariahabdrahman dan Kak Am Seroja Kitchen... memang berbaloi!! Mari kita semak resipinya yuk....

MUFFIN MARBLE CHOC RICE
(sumber : Ayu Singapore)

Bahannya

100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste chocolate(sorry just edited).
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing

memang compom sedap dan mulus... kawan2 eQa siap nak order lagi...

cubalah....

Wednesday, February 22, 2012

Nyamankan tekak...


Salam Rabu semua... nampaknya demam kek batik arora semakin serius.... sudah berjangkit2 dari dapor ke dapor... kalau ikutkan hati ini memang meronta2 nak membuatnya.... tapi apakn daya... minggu ini anak sedang menjalani peperiksaan so aktiviti membaking agak slow sikit... maklumlah kena pantau anak membuat ulangkaji.... sebagai ibu bapa itulah tanggungjawab kita kepada anak2... selain daripada menyediakan makan minum dan kelengkapan harian, belaian kasih sayang amat penting sebagai  juadah rohani kepada mereka... sentiasalah kita berdoa semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah.... amin...


Mari kita ke dapor pulak... hari ini juadah penyaman tekak... agar-agar dwi rasa dari dapor k.gee.... sebenarnya ini menu biasa2 saja... agar-agar nenas digandingkan dengan agar2 prune... buatnya pon mudah...




AGAR-AGAR DWI RASA

Bahan-bahan ( Bahagian Atas)


1 tin nenas kiub bersama sirapnya
1 liter air
1/2 cawan gula
1 paket agar ( 10 gm )

Cara-cara 1.Agar-agar dimasak dengan air dan gula sehingga hancur. 2.Masukkan nenas kiub bersaam sirapnya.  3. Biarkan mendidih dan tuang ke dalam acuan dan sejukkan.  4.  Bila sudah beku lorek2kan permukaan atasnya.

Bahan-bahan ( Bahagian bawah)


1 paket agar ( 10 gm )
1 tin susu cair
1 liter air
2 biji telor
20 biji prune tanpa biji (kisar)
1 cawan gula

Cara-cara 1.Agar-agar dimasak dengan air dan gula sehingga hancur. 2.Sementara itu blendkan susu cair, telor dan buah prune sehingga hancur dan masukkan ke masukan ke dalam agar2 tadi.  3. Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan. 4. Tuang ke dalam acuan agar2 nenas tadi dan sejukkan.
 

nyum..nyum...


Tuesday, February 21, 2012

Roti gaya piza


Salam semua... semalam tengok k.ummi tayang roti marble nutella yg tak berapa marble, hari ni k.gee pulak nak tayang roti piza yg tak berapa nak piza... rotinya lembut tapi tak berapa gebu... heeeee.... nak salahkan BM tak mungkin... nak salahkan tepung pon tak mungkin juga... barangkali tuan roti yg tak berapa nak ok...


Meroti ni pon sebab nak habiskan belen inti risoles ituhari... godek2 ikut resepi heart shape pide k.nor dan nieza... walaupun roti k.gee ni tak secun roti mereka tapi terima kasih kepada mereka berdua... sharing is caring kan... love uols...


Mari kita layan resipinya yuk....

HEART SHAPE PIDE WITH CAJUN

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor Secubit Garam

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.

Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.

Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.

Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.

Biarkan sehingga proses menguli selesai.

Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.

Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )

30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Inti boleh semak di sini yer...

Kalau sudi, cubit lah sorang sikit yer...


Monday, February 20, 2012

German cookies...versi derhaka


Salam Isnin dan salam ceria di pagi hari.... Mari kita mulakan hari ini dengan bismillah dan bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan... Jom kita naik kapal terbang pagi ini ke Jerman sekejap sambil cuci mata dan jamu selera....

Taraaaa...!!!! german cookies dari dapor orang melayu.... hehehe.... versi derhaka...
K.gee derhakakan german cookies dengan campuran perisa mocha dan warna coklat...
Ya amponnnn tuan punya resipi....


GERMAN COOKIES

Sumber  : Hasue

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mama guna majerin Planta)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (superfined/hong kong)
40 gram gula aising, diayak

KAEDAH PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).

4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
 

german cookies versi derhaka... hahahaha....

Saturday, February 18, 2012

Rissoles roti


Salam Sabtu semua.... mesti ramai yang ambil kesempatan bersantai2 dengan keluarga kan.... elok sangat lah tu... kadang2 kesibukan bekerja membuatkan kita leka dan kurang perhatian kepada keluarga dan anak... Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi.  Semoga kita tergolong di kalangan ibu bapa yg berjaya mendidik anak  menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik.  InsyaAllah....


Ok mari kita jengok ke dapor k.gee hari ini.  Menu sarapan k.gee resipi ala-ala indonesia iaitu risoles tapi k.gee ubahsuai sikit gunakan roti sebagai kulitnya dan ayam kisar Ayamas sebagai intinya.... ermmmm kira sesuailah dengan citarasa k.gee dan keluarga... resipi yang mudah, ringkas, berkhasiat dan sesuai untuk semua golongan... Mari kita semak resipinya....


RISOLES ROTI
Inspirasi dari : Halal Recipes dan Mawaddah
Ubahsuai ikut citarasa: Gee®

BAHAN KULIT

- 10 keping roti gardenia

BAHAN INTI

100 gm daging ayam kisar (k.gee guna jenama Ayamas)
1 batang karot - hiris nipis
1 cawan mixed vege
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar sos piza  (rempah piza + tomato puri)
2 camca besar minyak menumis
1 sudu cili kisar (cili boh)

BAHAN LAIN

1 biji telur, dipukul sedikit dengan garfu
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan ayam kisar, sos piza dan cili kisar, gaul sebati. Masukkan sayuran karot, mixed vege dan perasakan dengan garam dan gula.  Gaul rata dan angkat. Sejukkan.

2. UNTUK RISOLES :- Ambil sekeping roti, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih gulung). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel, hidangkan bersama sos cili.


 ♥  Jemput makan semua....♥

Friday, February 17, 2012

Layan sup ayam ringkas


Salam Jumaat yang penuh baraqah... dan salam takziah buat keluarga DJ Razak dr Radio IKIM yg telah kembali ke rahmatullah semalam akibat kemalangan jalanraya... semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba yg beriman.... alfatihah...


Hari ini k.gee sajikan sup ayam... sebenarnya ini juadah makan malam semalam... ringkas2 sahaja... layan sup ayam dengan sambal ikan bilis...  tapi lepas makan rasa berpeluh2 badan... terlebih lada hitam kot... biar cair sikit lemak dalam badan yg dah berkurun tu... heeee...


SUP AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
daun sup dan daun bawang secukupnya
4 camb minyak
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 cm halia - dikisar
1/2 camt lada hitam - ditumbuk
1 sup bunjut adabi
1 sudu rempah sup serbuk - bancuh dengan sedikit air
garam

Bahan2 sayur
2 biji kentang - dipotong kecil
1 batang karot - dipotong kecil
1 biji tomato

cara:

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah sup hingga wangi
2.  masukkan ayam dan gaul rata.
3.  masukkan air dan sup bunjut. 
4. renihkan hingga ayam empuk.
5.  masukkan garam dan bahan sayur dan biar mendidih.
6.  tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang di atasnya.



Thursday, February 16, 2012

Sekadarnya....


Selamat pagi Khamis semua... hari ini sajian ala kadar saje yer.... k.gee sibuk tak sempat nak sedia yg spesial punya.... inipun mak k.gee yg tolong bancuhkan... roti puri cicah dengan kari semalam daaaa....



ROTI PURI
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)

1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara-cara:

1.  satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
satukan tepung dan yis .. gaulkan
2.  no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
3.  tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
4.  perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
5.  canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
6.  siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...


Tapi kenapa roti puri k.gee ni tak kembong ek...? Silap bancuh kot...? Ooowww... k.gee terlupa tips yg izah bagi tu... "kena pandai main api..."

Jom sarapan....

Wednesday, February 15, 2012

Kuih bakar jagung


Sarapan apa yer pagi Rabu ini? Marilah join k.gee makan kuih bakar jagung... kuih tradisi yang senang menyediakannya... yang penting mesti ada jagung samada jagung fresh atau jagung manis dalam tin... k.gee ada jagung manis beli di Pasar Tani di Raub Ahad lepas... ada 7 tongkol, 2 tongkol k.gee dah rebus petang semalam dan 2 lagi k.gee buat cucur jagung... macam2 menu boleh dibuat dengan jagung ni kan...


K.gee dan famili memang suka makan jagung...  tak kiralah juadah apa, kuih bakar ke, kuih talam ke, bubur ke, cucur ke, puding ke, rebus ke, bakar ke... macam2 lah... janji rajin kan.... k.gee kalau bab membesarkan perut memang rajin.... heeeeeee

KUIH BAKAR JAGUNG

Bahan-bahan


2 tongkol jagung manis - k.gee rebus sekejap
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan air
3/4 cawan gula
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka

Cara-cara

Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
Asingkan jagung dr tongkolnya dan blend sebentar tidak perlu hancur sangat.
Tuangkan semua bahan ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing kulitnya.

Sudi-sudikanlah...

Tuesday, February 14, 2012

Lambaian desa


Assalamualaikum.... walau pun baru 2 hari tak bersiaran tapi terasa amat rindu pada teman2... uols rindu k.gee tak? heeee..... rindu di angin lalu kan.... semoga persahabatan di alam maya ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama umat Muhammad....
Sajian k.gee hari ini menu lambaian desa.... mungkin ramai yang tak tahu bahawasanya kulit rambai boleh dibuat lauk... jangan terkejut pulak yer... k.gee pon baru jer tahu... dulu pernah makan tapi tak pernah tanya resipinya... baru2 ni masa balik kampong sempat menuntut dengan MIL... jom k.gee sharekan resipi masak lemak kulit rambai....

MASAK LEMAK KULIT RAMBAI

Bahan:

1/2 kg kulit rambai
3 ulas cili padi
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 mangkuk santan
1 ekor ikan - rebus dan tumbuk
Garam dan asam keping

Cara :
1.  Kulit rambai dipotong kecil dan direbus.  Toskan.
2. Tumbuk lumat cilipadi, lengkuas, kunyit dan bawang. 
3.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama ikan yg ditumbuk.
4.  Tambahkan santan dan masak sehingga mendidih.
5.  Jangan lupa masukkan garam dan asam keping.
6.  Bila sudah mendidih dan kuahnya pekat, bolehlah diangkat. 


Kata orang tua2, buah rambai ini menandakan musim buah sudah hampir tamat. Ye la kot... 

Jom makan kulit rambai...