Pages

Monday, September 30, 2013

Bersama Chef Hanieliza


Assalamualaikum dan salam Isnin semua... Semoga semuanya ceria dan sihat2 selalu... Hari ini k.gee cuma nak kongsikan catatan pengalaman k.gee dan famili bersama chef Hanieliza sempena Pesta Buku Islam yang berlangsung di Kuantan Parade dari 27 hingga 6 Oktober 2013.  K.gee sempat mengabadikan memori kenangan bersama chef yang menjadi idola k.gee selama ini... anak k.gee si eQa pon tak sabar-sabar nak ke sana... suka dia tengok demo masak chef kak Liza...



Demo masak Kak Liza dengan 3 resipi istimewa dari Buku 1 Hari 1 Resipi edisi terbaru iaitu Pasembor, Rendang Ayam Asam dan Puding Sekelip Mata... semuanya best-best...! habis saje kak Liza demo memasak, semua penonton terus serbu ke pentas untuk mendapatkan masakan air tangan kak Liza tu... mujur dapat... kalau tidak sah k.gee tarik Kak Liza balik rumah demo sekali lagi... heee  


Waa...! terbaek la pasembor ni... kata encik hb yang tidak melepaskan peluang beratur untuk mendapatkan masakan Kak Liza... nanti boleh cuba buat ni di rumah yer ma... tambah hb lagi.... InsyaAllah, k.gee memang akan mencuba resipi Kak Liza ni... memang best!!


La la la la la.... k.gee juga sempat berposing bersama Kak Ummi HSH yang merupakan jiran kampung sebelah...hehehe.... seronoknya dapat bertemu chef-chef idola...


Ok... seminggu ini mungkin dapor gee-hut gantung periuk la yer sebab tuan dapor akan out station ke Ekspo Produk Halal di Seri Kembangan, Selangor.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari di SINI.... dan kepada yang berminat untuk mendapatkan produk-produk halal dan bertemu selebriti dan chef2 idola, jom kita ke sana....

Friday, September 27, 2013

Kek bertingkek-tingkek....


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum… Sedikit perkongsian ilmu di pagi Jumaat yang barakah ini...
 
"Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim)."
 
Justeru marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.
 
Petikan daripada blog IslamItuIndah...
 



Pagi Jumaat yang indah dan nyaman ini mari kita layan kek bertingkek-tingkek atau kek masam manis atau kek gambir atau kek velvet atau kek hawflakes... wo!wo! woooo.... banyaknya nama.... apapun kek ini memang sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga...



KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Rujukan : Sabar Dubai, Shima FP

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

•5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
•225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
•220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
•1 sk rata baking powder*
•1 sb ovalette
•150 ml susu cair
•1/2 sk garam
•100 ml minyak jagung/masak
•1 sk esen vanilla
•pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka ~ saba pakai warna2 pelangi
•secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen
 
 

Cara-cara

1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

5.***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



Makan sekali pasti nak lagi...
sedaaapp....♥

Thursday, September 26, 2013

Kacang panjang fresh


Alahai... berpeluh-peluh dahi nampaknya.... baru balik berkebun ke...? Rajinnya bercucuk tanam di tengah hutan batu yer... ? Maklumlah...sejak dua menjak harga perol dan barang-barang serba naik ni, kenalah berjimat cermat sikit... sekurang-kurangnya sayur mayur tak perlu beli di pasaraaya lagi... petik saje yang segar bugar dari ladang tepi rumah tu... fresh dan berkhasiat... ye tak Mek Nor Secubit Garam...? mek yg sangat rajin berkebun sayur di halaman rumahnya... hamboiii... makin menjadi-jadi tumbuhan di kebun dia... semalam siap tayang buah lemon made ini Malaysia lagi... syabas Nor! 


Encik hb k.gee pon rajin juga berkebun sayur... katanya nak keluarkan peluh sambil berbudi pada tanah... Inilah hasilnya kacang panjang dari kebun hb... macam2 menu k.gee masak dari kacang panjang ni... mak k.gee petik yang muda dan jadikan ulam cicah sambal belacan... k.gee tak sukakan ulam jadi k.gee masak lemak kacang panjang dengan udang... sedap... bertambah2 makan nasi... 




Banyak khasiat kacang panjang sebenarnya... terutama dalam mencegah dan melawan penyakit serta juga memiliki sifat antikanser.... dan yang menariknya kacang panjang berkhasiat untuk keindahan payudara wanita.... wow... check it out..!!   

MASAK LEMAK KACANG PANJANG

Bahan bahan:

Kacang panjang
Udang
cili padi
Kunyit hidup
Bawang merah
Garam
Santan
Asam keping

Tumbuk cili padi, kunyit hidup, bawang dengan sedikit garam hingga hancur.  Petua orang tua-tua, masukkan garam supaya tidak terpercik ke mata bila ditumbuk... Masukkan bhan tadi ke dalam periuk dan tambahkan santan.  Masak dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan kacang panjang diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan sedikit lagi garam dan asam keping.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat menjamu selera...! 


Jom... bismillah....


Wednesday, September 25, 2013

Karipap


"2 singgit.... 2 singgit...!!! mari...mari.... mari beli karipap panas.... karipap sedap mak saya.... makan satu pasti nak lagi... tak percaya? nah...! ambik semua.... "


hahaha.... suami k.gee sangat meminati watak Mail dalam cerita Upin dan Ipin.... dailog Mail selalunya selamba jer.... k.gee pulak sukakan watak Mei Mei dengan dialognya "saya suka...saya suka...!"... terhibur kan.... walaupun hanya cerita kartun tapi sangat banyak pengajaran di situ...



Ops! menu petang ini sebenarnya tiada kena mengena dengan kartun Upin dan Ipin yer... ini bukan karipap si Mail budak singgit tu tapi karipap dari dapor gee-hut tau....  sambil bersantai-santai di petang hari sambil menikmati kuih karipap rangup dan kopi-o kaw... pergh!! Layannnnn.....


RESEPI KARIPAP

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
4 ketul isi ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili mesin
Sedikit garam dan gula
Minyak
Daun sup, daun bawang

Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup n daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.

Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.


Sudi-sudikan lah....

Cheese tart baru belajar...


Sebenarnya sudah lama k.gee teringin nk mencuba cheese tart ini... bila terasa nak makan k.gee selalu tempah dengan rakan di pejabat... memang sedap rasanya terutama yang ada filling blueberry fav k.gee... yum yum...! weekend baru ini k.gee pon cubalah menggodek cheese tart dengan inti blueberry.... apalagi..! selongkar dapor Masam Manis lah sebab ada resepi dan 'step-by-step' sekali... boleh tengok di SINI... hehehe.... terima kasih Ita...    


Tapi..... kenapa cheese tart k.gee tu tak kembong macam sifu Ita buat...? tak comel langsung!! aduhai.... anak murid banyak main ni... hehehe... tangan anak murid dah keras kematu gamaknya.... hantam la labuuuuu.... "... lepas ni cuba lagi yer, kata hb memujuk isterinya sambil satu persatu tart masuk mulutnya... muah...muah...sayang hb....



Jom semak resepinya... Minta izin yer Ita cnp resipinya di sini pula... nanti nak buat lagi yg kembong punya... hehehe

CHEESE TART
Rujukan : Masam Manis


Cara buat Shell atau crust :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

1.Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

2.Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!

3.Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.

Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.


Memang yummy!! sedaaappp....

Monday, September 23, 2013

Pulut inti... pulih semangat



Syukur alhamdulillah.... masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk mengecapi nikmat hidup di muka bumi ini setelah beberapa hari diuji dengan sedikit kesakitan... Subhanallah... Allah beri sedikit ujian tapi dibayar dengan seribu kenikmatan... begitulah kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya.... moga Allah lapangkan hati kita.... apa jua yang ditakdirkan, adalah yang terbaik buat kita...


Terasa rindu di hati... apa khabar anda di sana...? semoga semuanya sihat dan ceria belaka... seminggu tak bersiaran ni terasa kekok pula nak masukkan entri... serupa macam kak ummi HSH yang dapor mayanya dah lama senyap sunyi.... tup2x semalam sudah berasap semula.... kekok yer kak ummi? mari kita sama-sama meriahkan dapor maya kita semula sambil berkongsi idea, resepi dan pengalaman... jommm...!!!


Hari ini resepi mudah dari dapor gee-hut... pulut inti untuk pulihkan semangat berblogging yang semakin suam-suam kuku.... heeeee

PULUT INTI

2 cawan beras pulut direndam semalaman
1 cawan santan pekat
sedikit garam
2 helai daun pandan

Panaskan kukusan dan alas dengan daun pandan di bawahnya.  Kukus pulut selama 15-20 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi santan yang dicampur sedikit. Gaul pulut hingga sekata. Kemudian kukus semula pulut yang telah digaul dengan santan tadi selama 10 minit lagi. Angkat dan kacau sekata. Siap...


Inti kelapa :
2 cawan kelapa parut putih yang agak-agak muda
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan diikat
1 sudu besar tepung gandum
sedikit air

Masak dahulu gula merah dan gula putih dengan sedikit air sampai larut.Tapiskan air gula ini, masak bersama kelapa dan daun pandan. Agak kering masukkan tepung gandum... kacau sebati dan sejukkan.

Hidangkan pulut bersama inti.....untuk lebih harum bungkuskan pulut yang diletakkan intinya dengan daun pisang.......


Dah lama tak makan pulut inti, kan...
sudi-sudikan lah...


Tuesday, September 17, 2013

Selamat Hari Malaysia


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi Malaysia... semoga Malaysia terus maju, aman damai dan sejahtera selamanya serta dirahmati oleh Allah swt....    



Kebabom... kebabom...kebabommm....!!!  Layan kuih bom aje la yer... tuan rumah Selasa blues.... heeeee




KUIH BOM

Bahan A.

1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh garam
Air
Bijan secukupnya

INTI KELAPA

1 biji kelapa parut (seeloknya yang lembut)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Daun pandan
air

Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan.  kemudian tapis. 
Masukan kelapa parut ke dalam kuali dan curahkan air gula yang sudah dimasak tadi.  Kacau sehingga sebati dan pekat.  Biarkan sehingga kering sedikit.  Angkat dan sejukkan.

Bancuh bahan A (kecuali bijan) sehingga menjadi doh yang sebati dan uli sedikit sehingga lembut dan tidak melekat.  Buatkan bulat-bulat anggaran 30 gm setiap satu, leperkan masukan inti.  Bulat2kan lalu digolek ke atas bijan.  Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga keemasan.



Daaaa.... jumpa lagi esok yer....


Thursday, September 12, 2013

Kuih Lapis Ombre


Salam sejahtera dan salam sayang buat pengunjung dapor gee-hut... Hari ini tayangan amal kuih lapis ala-ala ombre yer... asalnya nak membaking kek ombre macam kat Dapor Ibundo tu... tapi bila encik hb komen kerap sangat buat kek sampai dah buncit perutnya dek kena dera perabihkan kek yang tertonggok atas meja... terus tak jadi membaking... merajuk sekejap... huhuhu...   
  

Tapi merajuk sekejap jer... ala-ala mengada gitu... ahai! sudahnya kek bertukar jadi kuih lapis ombre... encik hb tak marah kan..? hehehe... sayang awak! kebetulan ada stok tepung kacang hijau baki buat koleh kacang di bulan puasa hari tu... tak tahu nak buat masakan ape... k.gee olah-olahkan dengan tepung beras dan tepung gandum dan jadikan adunan kuih lapis... menjadi ke nih? suspen jer bimbang kuih jadi hampeh... tapi alhamdulillah.... bila sudah siap kuihnya.... wow...! heaven ko...!! memang sangat sedap! yahoo.... misi berjaya!     




KUIH LAPIS
Resepi : gee-hut

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang hijau 
1/2 cwn tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna ungu ( atau warna yang digemari )
1/2 camca teh esen ros atau keladi (jika suka)



Cara-cara:


1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan esen.

3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian.

4. Satu bahagian warnakan ungu dengan 1/2 camca teh pewarna ungu, satu bahagian lagi tambahkn 8 titis warna ungu, satu lagi 4 titis warna ungu dan satu bahagian lagi tanpa warna.

5. Masukkan lapisan demi lapisan. Setiap lapisan dikukus selama 6min hingga 8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Lakukan hingga habis.

6. Selepas masukkan lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit.

7. Angkat dan sejukkan baru dipotong dan hidangkan.



Taraaaa.... kuih lapis ombre...
cubalah....

Wednesday, September 11, 2013

Kek merdeka pandan layer


Salam siaran dan salam hari Rabu semua...  dah petang baru dapat ke udara... 
La la la la laaa.... senangnya dalam hati, kalau dot dot dot... ops! bukan seronok pasal beristeri dua macam cerita P Ramlee tu tapi senang hati pasal sangat gembira dapat bertemu seseorang yang sangat diminati.... nak tau tak? semalam k.gee terserempak dengan chef Kak Ummi Home Sweet Home sewaktu pulang dari pejabat... Subhanallah.... terkejut dan terus k.gee peluk Kak Ummi chef idola k.gee tu.... walaupun kami sama-sama tinggal di Kuantan tapi tak berpeluang nak bertemu... alhamdulillah semalam Allah pertemukan kami tanpa dirancang.... walaupun sebentar sahaja pertemuan kami tapi k.gee sangat gembira.... terima kasih Kak Ummi.... seronoknyaaaa..... nanti kita jumpa lagi yer...    


Ok... jom cerita pasal kek pandan layer pulak... kek ini k.gee buat sempena hari kemerdekaan baru-baru ini... k.gee dan adik beradik buat  jamuan potluck... k.gee kena buat dessert...  so k.gee buatkan kek pandan layer, kek lapis kukus cream cheese, puding tembikai dan agar-agar santan... manakala adik2 pulak dengan menu masing2... ada yang bawa kari kambing, nasi dagang, sambal tumis sotong, ayam goreng berempah, dan macam2 menu lagi... pendekata jamuan merdeka raya sakan lah kami hari itu...


Sebenarnya k.gee tak mahir bab mendeko kek ni... hehehe... tengoklah kek k.gee tu comotnya... hahahaha.... kena pergi kursus dengan Azlita masam Manis lah nampaknya... pakar kek dan mendeko... kann...? tabik Ita...!!
  


KEK PANDAN LAYER

(Resepi : Kelas Masakan Linn Kuantan)

Kek Span Pandan

125 gm tepung kek
15 gm ovellete
115 gula castor
5 biji telur (250 gm tanpa kulit)
40 gm air
70 gm minyak jagung
1/2 sudu teh pandan flavor
1/2 sudu teh pewarna hijau epal

Caranya :

- Satukan ovellete, gula, telur & tepung. Pukul hingga gebu.
- Perlahankan kelajuan,masukkan air+pewarna+flavor. Pukul lagi kelajuan tinggi.
- Maukkan minyak jagung dan kacau sebati
- Masukkan dalam tin pembakar dan bakar 35-40 minit 170`C.

Kastad Pandan


Bahan A.

180 gm gula castor
500 gm air daun pandan
10 gm halal instant jelly powder
Bahan B

400 ml santan
85 gm tepung hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau
Secubit garam
Hiasan : 1/2 cawan kelapa kering

Caranya :

- Kek span dibelah 3.
- Untuk kastard : Campur Bahan A ke dlm periuk, masa atas api sederhana dan kacau.
- Apabila mendidih masukkan pula bahan B. Kacau hingga pekat.
- Angkat dan kacau sehingga suam.
- Gunakan acuan loose tin atau spring form. Masukkan 1 lapisan kek dan tuang kastard atasnya.
- Buat hingga habis 3 lapisan.
- Tuang kastatd hingga tutup keliling kek, hentak sedikit.
- Masukkan dalam peti ais.
- Keluarkan dan hias dengan kelapa kering.



 Kek comot ku....
ha ha ha haa....


Monday, September 9, 2013

Sambal petai Cameron Highlands


Selamat petang dan salam siaran semua... hari ini k.ge bercuti dan sambil bersantai ni sempat lah k.gee berkemas rumah sikit... nasib baik cuaca redup jadi tidaklah terasa penat sangat... kalau tidak sure peluh berjurai2 turunnya... selesai berkemas barulah k.gee ke dapor dengan menu makan tenghaari ala kadar sahaja....sambal petai cameron highlands bersama ikan goreng dan celur sayur bendir muda... ringkas tapi menyelerakan... !! 


Petai  ini encik hubby beli swaktu singgah di cameron sekembalinya dari Gurun tempohari... buahnya nampak segar dan besar... memang sedap buat sambal yang pedas-pedas...k.gee masak dengan kulitnya sekali... kikis sikit kulit luarnya dan hiris nipis-nipis.. kemudian goreng sekejap baru ditumis dgn cili padi... sedap tau..! kata orang petai ada zat besi, vitamin dan juga boleh awet muda! haaa...itu yg best tu... nak muda? Jom petai.....


SAMBAL PETAI

Bahan:


Petai, cili padi, ikan bilis, bawang, garam, gula, asam keping dan sedikit belacan

* Tumbuk cili padi, belacan dan bawang.  Ketepikan.  Ikan bilis digoreng dan ketepikan.  Petai yag dihiris bersama kulitnya digoreng dan ketepikan.

* Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi. Masukkan garam, sedikit gula dan asam keping. Biarkan sehingga garing dan naik baunya.... masukkan bilis dan petai goreng tadi...kacau rata.... dah siap....


Jemputlah awet muda....