Pages

Monday, September 29, 2014

Roti jala


Assalamualaikum...
Menu roti jala untuk juadah sarapan pagi hari Sabtu lepas... kebetulan ada jemputan program solat hajat di sekolah anak dara k.gee si Ain yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 13 Oktober ini.  Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama berdoa dan bersolat hajat demi kejayaan anak-anak.  Sewaktu sesi bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa maka bercucuran lah airmata memasing... sebagai ibu bapa kita harus berlapang dada mengampunkan anak-anak dan berdoa agar diberikan kejayaan yang cemerlang buat mereka di dunia dan akhirat... k.gee bekalkan sedikit roti jala dan kari ayam untuk Ain.. 


Sedikit info mengenai STAM...

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan SPM atau semasa di Tingkatan Enam.  Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. 

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal



Jom layan roti jala pulak...

ROTI JALA


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :
1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.


2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6. Sedap dicicah bersama kari ayam.

 

Moga Allah jayakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan STAM bermula 13 Oktober 2014 ini... Amin amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, September 24, 2014

Kuih Keria


Selamat Pagi...! Sarapan apa hari ini..? K.gee makan kuih keria bersama kopi-o panas... keledek dibawa balik oleh encik hb dari Cameron Highlands... bertimbun dibelinya... terpaksalah diagih-agihkan kepada adik beradik... ada yang dibuat cucur badak, rebus dan goreng... yang ada di rumah k.gee buatkan kuih keria... sedap betul keledek oren cameron highlands ni... manis sungguh...!  


Kuih keria mudah saja menyediakannya... cuma bab nak menyira tu k.gee selalu fail... kadang-kadang gula tehangus kadang-kadang tercair... nasib baik ada Bdaria yang sudi berkongsi ilmu menyira gula... Jom kita buat kuih gelang @ kuih keria...


KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)

1 cawan tepung gandum

1/2 s/k garam

Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.

2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan

3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.

4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

 

Sedap tau makan kuih keria...
jemputlah....!


Tuesday, September 23, 2014

Terung goreng bilis


Salam.
Ops...! cop...cop... jangan salah faham yer... bukan k.gee yang dapat menantu tapi orang lain... rakan-rakan k.gee di opis ni... k.gee tumpang gembira jer bila tengok memasing yang dapat menantu datang ke opis dengan muka yang berseri-seri... tersangat gumbira..! k.gee cuma berseri-seri dapat makan kuih seri muka.... menantu lambat lagi kot... hehehe...  


Sudah makan tengahari ke? lauk apa hari ini...? Hari ini k.gee nak kongsikan resipi senang saja... sayur terung goreng bilis... menu fav k.gee tau...


TERUNG GORENG BILIS
 Resipi : Dapur Ibundo
Olah rasa : gee-hut

Bahan:

4 biji terung panjang dibelah dua dan potong ditengah

2 genggam ikan bilis dibersihkan, rendam dan tumbuk kasar

8 biji bawang kecil ditumbuk

3 ulas bawang putih ditumbuk

20 biji cili api di tumbuk atau diblender

4 biji cili api di potong dua

1 sudu besar cuka (k.gee ganti asam keping)

1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis

1 sudu sos tiram (k.gee tambah)

garam secukupnya


Caranya:

1. Bilis digoreng garing. Ketepikan.


2. Terung digoreng sehingga masak. Ketepikan.

3. Kurangkan minyak dikuali. Tumis bahan tumbuk hingga masak dan wangi.

4. Masukkan cili api. Goreng garing.

5. Tambah garam, stok ikan bilis dan cuka.

6. Sebelum padamkan api, masukkan terung dan ikan bilis goreng.

7. Padam api segera untuk pastikan ikan bilis kekal rangup.





Selamat menjamu selera...!


Monday, September 22, 2014

Kuih Seri muka


Hamboiiiii... berseri-seri muka pagi ini... al maklumlah anak dara sudah naik pelamin... melirik senyuman lebar sampai ke telinga... walaupun badan penat, lenguh sana sini dan rumah tonggang langgang macam tongkang pecah namun dalam hati tetap ada taman... taman bunga berwarna warni... seronok dan bangga dapat menantu... sedih dan terharu pun bercampur baur... terharu melihat ramai tetamu datang bertandang dan sedih bila anak bakal meninggalkan kita... Begitulah lumrah kehidupan... kan?


Baiklah... itu kisah orang kenduri kahwin.. Tahniah lah yer... ! k.gee pun tidak mahu kalah mahu 'berseri' juga... tapi kuih seri muka laa.. bukan seri dapat menantu... hehehe... Kuih seri muka yang lemak berkrim ini memang kuih kegemaran k.gee... hari-hari makan pun tak pernah jemu... Jom layan resipinya...    



KUEH SERIMUKA LAPIS

Resipi : Chef hanieliza
Ubahsuai : gee-hut


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]

3 cawan santan cair

1 s/k garam


Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit (k.gee tak masak)

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/4 cawan tepung kastad (k.gee ganti t.jagung)

1/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan jagung cream

sedikit garam



Lapisan Atas... gaulkan semua

2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan jus pandan

1/4 tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad (ganti t.jagung)

1/4 cawan gula

sedikit garam



Cara

1. Masukkan pulut dalam loyang dan kukuskan.

2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.

3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]

4. Masakkan anggaran 15 minit.

5. BIla dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.

6. Bila dah masak, sejukkan baru dipotongkan dan hidang.

 

Sambil masak sambil senyum... baru muka beseri-seri...
kaan...!

Monday, September 15, 2014

Nasi goreng bunga kantan


Bila mood malas memasak, layan nasi goreng pon ok jugak... kan?! hehehe... dulu zaman tok nenek dan emak-emak kita, nasi goreng menjadi menu apabila banyak nasi tak habis dimakan... berbeza sekarang nasi goreng sudah diberi nafas baru dengan berbagai-bagai aksesori dan nama yang dikomersialkan... ada nasi goreng ayam, nasi goreng daging merah, nasi goreng cina, nasi goreng kerabu, nasi goreng antarabangsa dan macam-macam lagi... nasi goreng bunga kantan ada jual tak kat mana-mana restoran?  Di restoran gee-hut ada... heeeee


NASI GORENG KANTAN

Bahan:

3 cawan nasi

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

5-10 biji cili api

bunga kantan hiris halus

kiub ikan bilis

1 biji telur

garam

minyak utuk menumis


Cara-cara:

-tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.... tak perlu hancur sangat.... tumis hingga kekuningan

-masukkan kiub ikan bilis dan bunga kantan hiris... pecahkan telur dan biar beku sekejap baru dikacau...

- masukkkan nasi... gaul rata....

- perasakan dengan garam.  siap! 



Zass...! jom sapu...


Wednesday, September 10, 2014

ALif dan Kek Lamington


Assalamualaikum... rindunya lama tak bersiaran... seminggu gantung periuk tau! tuan tanah rewang-rewang ke kota metropolitan sambil menjalankan tugas rasmi... balik ke rumah kelmarin kami dikejutkan dengan berita yang sungguh menggembirakan...Ya Allah! terharu dan sangat bersyukur... anakanda k.gee yang ke3 telah hafaz 30 juzuk AlQuran... Subhanallah...! terima kasih Ya Allah... Kau berikan kami anugerah yang sangat berharga... ALif Arsyad AlHafiz... 


Alif sengaja tidak memberitahu kami tentang majlis itu... katanya ada surprise bila kami melawatnya minggu lepas... Selepas solat Asar petang Isnin, hb terkejut dengan panggilan dari Ustaz yang mengajarnya dan menjemput kami ke sekolah dengan segera... sangkaan kami ALif sakit atau ada hal kecemasan sebab jarang sekali ustaznya menghubungi kami di waktu petang... rupanya kami diundang ke sekolahnya untuk sama-sama meraikan kejayaan ALif... berjurai airmata kami sambil ayahnya memeluk erat ALif lalu  menciumnya berkali-kali... terkenang kami kenakalan ALif sewaktu mula masuk ke Tahfiz dulu... macam-macam hal yang berlaku... tak sangka rupanya dialah permata dalam keluarga kami... syukur alhamdulillah...
   


Bercerita mengenai kek Lamington, sudah lama k.gee buat sebenarnya... ala-ala derhaka gitew... malu nak tunjuk... resipi asalnya ada gunakan lemon curd tapi k.gee tak buat pon... selepas tekap kek bentuk bulat terus k.gee salutkan dengan coklat cair dan taburkan kelapa kering... kerjanya agak leceh...lebih-lebih lagi bagi tangan yang tak berseni macam k.gee ni... comot sana sini... hehehe... kalau berminat boleh juga mencuba resipi dari dapor Masam Manis... compom cantik!!



KEK LAMINGTON
Sumber : Gil Ra Im

(A)

4 large eggs, at room temp (dalam tv tadi pakai 3 je)

70g fine sugar

1/4 pure vanilla extract

1/4 t cream of tartar

(B)

120g cake flour, sifted


(C)

60g melted butter (or corn oil)


Other ingredients

lemon curd (see recipe below)

70g dessicated coconut


1. Set oven at 170 C. Line bottom of 8" (20 cm) square lamington pan with paper, and grease it lightly.

2. Whisk A ingredients with a strong mixer (Kenwood, KitchenAid) till soft peaks form when you lift up your whisk. This method is more testy because the yolk has fat and the trapped air can be lost easily so do not overbeat. You have to work quickly. Another method, adding the yolks to B ingredients and whipping the whites without the yolks, will ensure a lighter cake but I personally feel lamingtons shouldn't have a chiffony texture.

3. Sift in B quickly n thoroughly. Using your hand is the best.

4. Add C and again mix quickly with your hand. Pour into prepared pan, level the batter and bake at 170 C for 15 to 20 min. Test with a thin wooden skewer the middle of the cake. If any batter sticks to the skewer, cake isn't done yet.

5. When cake is cool, trim away the brown crust and cut into 2" (5 cm) x 2" squares (or 1.5" squares, cuter!)or rectangles. Using a fork, dip cake quickly into the dip (to prevent crumbs getting into the bowl of dip, you can place cakes on a wire rack and spoon dip over. Or, you can leave cake to harden in fridge first), let excess drip off and roll it into a plate of dessicated coconut. Chill, take out 10 min before serving.

Lemon Curd

This is my *hungerhunger* lemon curd recipe. It may be too sour for you so do add more sugar if like. You can use store-bought lemon curd (not the same!), and dilute it because a runnier dip will coat easier.

Finely grated rind and juice from 1/2 lemon

1 egg, beaten

70g unsalted butter

70g fine sugar

Put everything into a small saucepan set over a pot of simmering water (double boiler) and stir till sauce thickens enough to coat back of spoon before running off. Let cool. If it gets too thick, blend in some water.


 

Apapon kita harus bersyukur dan banyak bersabar kan... samada dalam mendidik anak-anak atau apa jua yang dilakukan... segala yang berlaku adalah ujian dan ketentuan dari Yang Maha Kuasa...


Thursday, September 4, 2014

Sirap selasih


Jom nyamankan tekak dengan sirap selasih buah kabung yang sejuk.... ermmmm



Sambil minum sambil kunyah-kunyah buah kabung yang kenyal...


Aaaarghhh....legaaa....