Pages

Monday, February 28, 2011

Lapis kacang merah

Alahai ... kuih lapis kacang merah la pulak. Alhamdulillah, menjadi juga kuih lapis akak ni walaupun taklah sehebat kuih orang lain. Setakat untuk makan suami dan anak2 bolehlah.... InsyaAllah nanti cuba buat yang terbaik dan boleh ambil oder...ahaks teringin nak bisnes la pulak....

Resepinya akak skodeng kat sini. Cubalah memang sedap...

Kepada rakan fb En. Md Daud, harap berpuashati dengan juadah yang tak seberapa ni...saya budak baru belajar kalau tak sedap jangan marah eks...hehehe

Sunday, February 27, 2011

Budak bucuk...

Jangan terkejut pulak dengan tajuk ini. Budak bucuk mana pulak nih...? heheh si jering ni lah yang namanya si budak bucuk. Makan memang sedap tapiiii...lepas tu mulut dan air k*****g tersangat 'harum' baunya...hati2 yer...

Resepi ini diberi nama Sambal Jering Gunung Berapi...sebab lepas makan gunung berapi akan meletus sampai mata, hidung, mulut semua berair macam gunung berapi menumpahkan larvanya.....huaaaaaa pedas giler!!!! Jom layan resepi...

20 biji jering tua - kat kampong akak panggil jering cambah/tanam
2 biji bawang besar
20 biji cili api - dikisar - ikut suka nak pedas macamana
1/2 inchi belacan
Segenggam ikan bilis

Garam dan Gula
Asam keping
Minyak untuk menumis

Cara-cara : Jering dipotong nipis2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah lepastu masukkan cili api dan belacan.. masak sampai pecah minyak. Masukkan jering, kacau..masukkan ikan bilis, asam serta garam dan gula.. Gaul sampai sebati. Masak sampai pecah minyak. Masukkan bawang potong. Terpulang kalau nak kering atau nampak basah sambal tu. Sedia dimakan dengan nasi panas.

Bubur lambuk

Di hari cuti2 ini hajat hati nak masak yang special sikit, maklumlah anak2 yang tinggal di asrama ada balik. Tapi hajat tak kesampaian nampaknya, seharian berkemas rumah dengan barang2 hubby yang angkut dari Kedah ituhari, buku2 sekolah anak2 tahun lepas, barang2 jualan eQakukis...kussssemangat. kalau dihimpun agaknya boleh buka supermarket. Punyalah banyak khazanah... Dek kerana dah penat dan malas nak ke kedai, so lunch hari ni pekena bubur lambuk aje... Kepada yang teringin nak salin resepi silakanlah....

Bahan2nya:
2 cawan beras
3 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
segenggam udang hidup
2 cawan santan drp sebiji kelapa
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
6 cawan air
Garam & gula secukup rasa
2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun pandan disimpul
2 cawan pucuk paku merah
2 helai daun kunyit dimayang halus
3 tangkai daun kesum dimayang halus

Cara-cara Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana. Masukkan santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak. Tambahkan garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api. Boleh dihidangkan. Hubby gemar makan bubur ni dengan sambal cili padi dan ikan masin jeruk...mmm sedappp

Nasi lemak sambal telor


Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kasih hamba turutkan...

Berpantun pulak pagi2 minggu ni...hehehe. Ok jom jengok dapor akak hari ini...ada nasi lemak, sambal tumis telur, ayam goreng berempah, timun dan popadam. Pergh..!! sakan sarapan kami hari ini....makin montel lah akak nampaknya.... Akak nak kongsi resepi sambal tumis telur.
Bahan:
3 biji telor rebus
1 senduk cili giling
1 biji bawang besar - kisar
1 biji bawang besar - potong bulat
Asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara:
Mula2 goreng telor rebus sehingga kekuningan. Kupas kulit dulu yer...jangan goreng kulit pulak. Angkat dan ketepikan. Tumis cili giling dan bawang besar yang dikisar hingga agak garing. masukkan garam, air asam jawa dan gula dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur yang digoreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat. Apabila sudah naik minyak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi dan apa sahaja yang digemari.

Saturday, February 26, 2011

Roti sardin sedap

Sekejap jer sudah hari Sabtu. Rasanya baru lagi posting roti 3R minggu lepas. Hari ini sarapan roti 2S pulak ~ roti sardin sedap...layannnnnn

Sediakan roti, sardin, bawang besar, cili merah, tepung gandum, marjerin, garam & gula dan minyak menggoreng. Bancuh sardin bersama bawang besar dan cili merah yang dihiris. Gaul sebati. Kemudian bancuh tepung, marjerin, air, gula dan garam. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan sardin dan potong ikut citarasa. Caranya lebih kurang seperti membuat sandwich. Celupkan di dalam tepung gorengan dan goreng hingga garing.

Sedia untuk dihidangkan. Marilah kita sarapan...

Friday, February 25, 2011

Dah ada cop mohor...

Pengumuman semua...!! akak sudah ada cop mohor sekarang...tengoklah sendiri cute kan... terima kasih cik adik yg design watermark ini untuk akak...sukeee..... Yang ini kek span segera. Sengaja beli ituhari standby kot2 ada tetamu. Kek segera ni senang sangat weh cuma tambah telur, air dan minyak jagung dan kalau suka tambahkan warna dan perisa yang digemari, bakar dan siap untuk dihidangkan.

Pandan layer ~ 1st trial

2,3 hari ini oven tak berasap sebab tuan tanah puasa, bolehlah relax sikit si oven tu... Hari ini dia kena godam lagi..hehehe tuan tanah mengidam pandan layer pulak... Dah lama berhajat nak buat kek ni cuma tak berpeluang sebab ada saja projek lain...ahai macam chef pulak... Jom jamu mata...

Pandan layer ini asasnya kek span dan disalut dengan kastad. So mula2 kita buat kek span dulu yer... resepi boleh tengok kat sini atau sini atau sini.... Yang ni dah siap pakai baju...terlupa pulak beli kelapa kering so hantam aje mekap2 dengan gula halus, maklumlah nanti nak posing tak cantik pulak....Taraaa...sepotong pandan layer untuk hubby...percubaan pertama, kira ok lah kan... nak oder? heee...nanti sudah expert baru boleh ambil order...macam biasa...tapow untuk naga kat opis...hahahahaha
Mmmmmmm....sedap..... tak sia2 belajar kat Kelas Masakan Linn, terima kasih bebanyak tok guru...muaaahhh!!

Thursday, February 24, 2011

Buka pose 3

Malas nak menulis sebab mata dah tersangat berat cam ada batu tapi nak juga share menu berbuka puasa hari ni dengan kawan2..

Singgang ikan aya aka ikan tongkol...resepi yang amat mudah main campak2 jer lengkuas, bawang merah, kunyit, cili padi, asam dan garam...rebus bersama ikan sampai mendidih. Kalau nak lagi sedap, makan sekali bersama ulam-ulam dan budu..terangkat..hehehe...
kailan ikan masin...
pengat pisang pencuci mulut..yummy!!

Gulai ayam belimbing buluh

Masa duduk di kampung dulu, belimbing buluh ini memang popular. Ada sahaja resepi yang mak buat menggunakan belimbing buluh ini. Ada sambal hitam, sambal belacan, halwa, masak asam, masak kari, acar, kerabu dan kadang2 tu belimbing buluh adik2 nyonyot dengan asam boi... Pendek kata macam2 la buat dibuat dengan belimbing buluh ni... Lagipun mak memang ada tanam pokok belimbing buluh di belakang rumah...

Selain boleh dibuat bagai2 menu dalam masakan, katanya belimbing buluh boleh mencuci dan mengilatkan kuku, boleh buat ubat batuk dan macam2 lagi... Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika direbus pula, ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Banyak sungguh khasiat belimbing buluh kan...
Hmmmm... panjang pulak syarahan hari ini. Sebenarnya cuma nak kongsi resepi gulai ayam belimbing buluh yang akak masak semalam. Resepi dari mokcik Esoh, rakan sepejabat akak. Sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga.

Bahan:
1/2 kg ayam-dipotong kecil
2 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas

1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili padi
5 ulas belimbing buluh
1 mangkuk santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara 1. Kisarkan bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili padi 3. Masukkan ayam, santan cair serta bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk 4. Perasakan dengan garam dan gula. 5. Apabila ianya telah mendidih masukkan santan pekat. Tambahkan sedikit air jika ianya terlalu pekat. 6. Setelah ayam masak, masukkan belimbing buluh sekejap dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, February 22, 2011

Eskrem goreng vs pisang goreng

Wah..!! selera nampak? Sejuk jer tekak makan eskrem special nih... di luar rangup di dalam slruuupp... mmm lemak berkrim tau...yummy!! Sebenarnya baru 2,3 hari lepas n3 aiskrim goreng ni, ni pon yang buat itu hari la tak habis goreng.. Nak? senang jer meh nengok ramuannya di sini...
Ini satu lagi juadah akak buka pose hari ni.. (syyy...pose ganti...ahaks). Sekali sekala pekena goreng pisang panas ni memang sedap kan? akak memang suka pisang nangka, rasanya masam2 manis dan liat2 sikit, kalau buat pengat pisang ditambah dengan sagu mata ikan, perghhh...!! mak mertua lalu pun tak sedar...dah tu makan pulak eskrem goreng yang dah meleleh2 tu, sah..!! sape lalu pon tak nampak... hehehe....bertuah nyer menantu!! jangan mare ye buk...gurau aje...

Ikan goreng taucu

Menu berbuka puasa yang paling paling simple, ikan goreng taucu dan bubur pulut hitam.. alahai berjimatnya... Bukan apa udah lama tak makan taucu terlioq pulak. Bubur pulut hitam pun sama memang dah lama tak membubur. Ermmm...puas hati dapat makan dua2 yang diidamkan...memang mabeles!!

Mudah saja menyediakannya. Ikan dibersihkan dan digoreng garing. Tumis bawang besar yang dipotong bulat bersama bawang putih, cili padi dan sedikit halia. Masukkan taucu, air asam jawa dan sedikit gula. Biasanya taucu ni masin, so tak perlu tambah garam. Biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Siap sudah....jom bismillah

Sunday, February 20, 2011

Bingka roti

Roti lagi...itu hari kemaruk buat roti, ini kemaruk kerak roti pulak...hahaha... Jangan tak tahu orang melayu ni memang kaya dengan resepi2 yang kreatif...yelah semua benda (ops yang halal lah yer...) boleh dijadikan makanan janji ada idea, kreatif sikit dan rajin pulak...

Al kisahnya hari ni kami minum teh o dengan juadah Bingka Roti, maklumlah kerak roti lebih2 buat aiskrim goreng semalam ada lagi dan sayang pulak nak buang so berbingka lah pulak.... sedap jugak jamu kuih tradisional petang2 begini kan...cuma kuih akak ni terlembik sikit...hehehe chef amatur la katakan....
Resepi akak tengok di sini ... mekacih cikizah, cedap kuihnya.

Savoury potato pancake

Assalamualaikum.. Apa program di hari minggu ni yer? Nak berjogging..? Waaah, bagus la tu, bila dah makan banyak ni kena la exercise lebih sikit, kasi cair lemak2 dalam badan tu baru badan sihat kan....?
Sudah sarapan ke? Jom ikut akak ke dapor kita buat baek punya sarapan...ala2 lempeng gitu...cam biasa nama kasi gempak..!! Savoury Potato Pancake, jom layannnn..!!
Resepi nya :
1 cawan kentang lecek
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang dibuang kulit
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili merah
Daun bawang/sup
Sedikit garam
Air
Minyak menggoreng
Cara :
Gaulkan tepung, kentang lecek, udang, daun bawang/sup, garam dan air. Bancuh agak pekat. Masukkan bawang yang ditumbuk beserta cili merah. Gaul sebati. Panaskan kuali/pan dan masukkan satu senduk bancuhan tadi. Goreng hingga garing. Senag kan? Sedap dimakan panas2...yummy!!

Saturday, February 19, 2011

Jangan membazir...

Selamat pagi semua...akak bukan nak bersyarah pasal membazir cuma nak berkongsi satu resepi yang mudah, murah dan sedap dengan menggunakan kerak roti... Haaa biasanya budak2 tak suka makan kerak roti kan, sayang kalau dibuang. So apakata kita jadikan resepi ala2 french fries yang diberi nama ''spicy crust'' cam ini .

Resepinya hasil sumbangan kakak ipar.. mekacih kak
Bahan2:)
1 mangkuk kerak roti
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
Ikan bilis )
Lada merah ) tumbuk lumat
Bawang )
Sedikit garam
Air
Minyak menggoreng
Cara:)
Campurkan semua tepung dan bahan2 yang ditumbuk halus. Bancuh dengan air macam tepung goreng pisang. Masukkan garam. Bancuh sedikit pekat supaya melekat pd roti. Celupkan kerak roti dan goreng hingga garing. Ok siap....senang kan? Jom kita cuba.....

Crispy Roti Kaya

Puas juga mikir nak sarapan apa hari Sabtu nih.. Hmmmm.... jom ronda2 blog tukang2 masak yg pemes kat internet tuh...yess!! dapat pun idea. So hari ni akak sarapan pagi gengan roti kaya rangup...opps nama akak kasi kaw sikit ek...Crispy Roti Kaya...

Akak minta izin cnp resepi kat sini, minta halal yer chef Hana

Bahan-bahan :)
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.

Friday, February 18, 2011

Melapis pulak

Banyak-banyak hari tidak semulia hari Jumaat, banyak2 nabi tak semulia Nabi Muhammad... ahai berpuisi lah pulak di pagi Jumaat ni... Selamat pagi semua... salam Jumaat..hari ini ofis akak ada gotong royong so akak bawa bekal kuih lapis untuk kengkawan ....sedap juga sesekali makan kuih tradisonal untuk sarapan pagi yer... Jom usha...
tapaw untuk kengkawan kat opis...

Jom layan resepinya....

Bahan2:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • Pewarna ~ merah dan hijau
Cara:
Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dgn api sederhana. Campurkan bahan2 dlm pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian tapiskan. Asingkan bancuhan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna pada satu2 bahagian. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih, biarkan dlm 5 minit. Masukkan bancuhan berwarna merah pula. Lakukan langkah ini hingga habis. Setelah habis semua lapisan, kukus lagi selama 20 minit. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.