Pages

Saturday, April 30, 2011

Sweet sour ikan bayan

Sweet sour ikan bayan...waaaa....1st time makan ikan bayan.  unik sikit ikan ni sebab ada lorek biru di wajahnya...sebab itu ada orang tak lalu nak makan kaler biru tu tapi akak ok aje. Rasa ikan bayan ni seakan-akan ikan kerapu...tambah pulak dapat semalam yang fresh so memang sedap rasnya...
 
 Inilah rupa ikan bayan dengan lorekan biru di wajahnya....hensem kan?

Jom tengok resepi Sweet sour ikan bayan.


2 ekor ikan bayan segar – digoreng dgn garam kunyit, jika suka letak sedikit tepung jagung utk rangup
1 inci halia – diketuk
1 biji bawang besar Holland- dihiris bulat
7-9 biji cili padi  – tumbuk kasar
1 biji capsicum merah dan hijau
1 tomato
3 sudu besar - sos tiram, sos cili, sos tomato
2 sudu kecil air limau nipis
sedikit air – kepekatan ikut suka

Bahan tumis:
3 biji bawang putih – ketuk dgn belakang pisau jer
garam, gula

Cara masak:

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili api. Bila naik bau dan agak garing, Masukkan air, air limau nipis, capsicum dan 3 jenis sos- biar mendidih. Masukkan tomato dan bawang holland. Tunggu sebentar tapi jgn sampai bawang layu sgt. Masukkan garam dan gula. Curah ke atas ikan yg digoreng tadi.  Siap untuk dhidangkan.Kalu suka boleh tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng. 

Pegedil

Salam Sabtu semua dan selamat berhujung minggu.  Apa agaknya menu istimewa di hari cuti ni ye? Mesti ada yang mengambil peluang balik ke kampung...boleh merasa masakan air tangan bonda...seronok dapat berkumpul ramai2 di kampung...Akak bercuti di rumah saja sambil2 berkemas rumah...masak pun simple saja maklumlah penat berkemas....menu hari ni pegedil dan sambal kicap.... 


Pegedil ini sedap dimakan dengan soto ayam atau mi sup..kalau nak makan dengan nasi boleh juga...janji tekak boleh terima...ok jom tengok resepi pegedil

Resepi Pegedil Daging

Bahan-bahan:

5 biji ubi kentang - potong dan rebus/goreng
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar - mayang dan goreng
daun sup/daun bawang - dihiris halus
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul

cara:
1.  ubi kentang di lenyek dan digaul bersama dengan daging cincang,
2.  masukkan daun sup/daun bawang yg dihiris, bawang goreng, garam dan serbuk lada hitam.
3. gaul hingga sebati
4. bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
5. panaskan minyak, celupkan pegedil di dlm telur dan goreng hingga keperangan.

Sambal kicap :
10 cili api
2 ulas bawang putih
Kicap
Gula
Limau nipis

Cara:
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau.

Friday, April 29, 2011

Bingka roti lagi

Sangat2 tidak berpuas hati dengan gambar yang blur ni...apakan daya....sori la yek... Kuih bingka roti ini menu sarpan pagi ini...selalu sangat beli roti tapi tak habis makan...daripada membazir lebih baik buat kuih kan..? Ituhari kuih bingka roti berjagung, kali ini bingka roti gula perang...

BINGKA ROTI GULA PERANG

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
5 keping roti gardenia (potong kecil dan rendam dlm susu/air suam)
1 cawan gula perang
2 biji telur
20 gm butter (cairkan)
Esen venila
Bijan (jika suka)

Cara :
Masukkan telur dan gula dalam bekas dan pukul sedikit.  Masukkan butter yg dicairkan.  Masukkan tepung dan santan, kacau rata. Masukkan pula roti yg direndam tadi, esen vanila dan sedikit garam. Kacau sebati.
Tuang ke dalam bekas bingka yang telah dilengser dan tabur bijan di atasnya.  Bakar 180`c selama 1 jam.

Thursday, April 28, 2011

Anggur M'sia

Alahai....ketandusan idea la hari ni...Bukan apa, bila kamera tak ada ni tak dapat nak merakam adegan masak memasak...2,3 hari ni gambar2 pun blur aje maklumlah guna kamera cap ayam...huuuu.  Nasib baik juga ada gambar pokok anggur ni....boleh juga tayang adegan2 menarik...

 Pokok anggur ni ditanam oleh mak sedara akak di tepi rumahnya di bukit sekilau kuantan...panjang betul umur pokok ni, rasanya masa zaman akak sekolah lagi dah ada pokok ni sampai la ni anak akak pon sudah tingkatan 5 masih ada lagi...lebat pulak buahnya...hmmmm rezeki gamaknya...

 Tengok la tu model akak malu-malu kucing pulak bila disuruh posing dekat pokok anggur....
 Inilah pokoknya....nampak subur sekali....jom tanam anggur ....
Waaaaah.....lebat sungguh buahnya, bergugus2....belum masak lagi ni, kalau dah masak nanti warna nya purple....tapi sayang rasanya masam banget.... Takat jamu mata aje laahhhhh....

Wednesday, April 27, 2011

Selera kampung

Menu makan malam semalam ikut selera kampung...Sambal Podeh Bunga Kantan...Memang dah lama tak masak sambal ni sebab di sini bunga kantan mahal harganya... kalau di kampung pakat petik jer tak payah nak beli tak berabis makan pon, banyak pokoknya di tepi rumah...
Biasanya bunga kantan digunakan dalam kuah laksa penang... tapi kalau buat sambal podeh macam ni sedap juga... memang betoL2 punya podeh...berapi ko...!!


Sambal Podeh Bunga Kantan

# 3 kuntum bunga kantan (yg belum kembang)
# 10 ulas cili padi - tumbuk
# 2 ulas bawang merah
# 1 biji bawang besar
# 1 cwn ikan bilis
# Minyak masak
  1. tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
  2. tumbuk ikan bilis separuh lumat
  3. tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
  4. masukkan bunga kantan yang dimayang halus. 
  5. masukkan garam, asam keping dan sedikit air.
  6. gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.
  7. Sedap dimakan dengan ikan goreng atau ikan pekasam....Cubalah....
Ops : ralat sebab pic kurang memuaskan...kamera cap ayam...huuuuu

Tuesday, April 26, 2011

De bom...

Apa? kuih bom anak pak itam...? Siapa pulak la pak itam tu... kenapa pulak kuih bom dia masuk n3 disini.  Sebenarnya kuih bom pulut hitam...hehehe... dapat idea semalam masa merewang2 kat blog citarasawan... memang hebat la K1 ni, respect sama lu.. sebelum ni tak terfikir pulak pulut hitam boleh buat macam2 kuih, yang akak tahu buat bubur aje... nasib baik la ada chef yang terer dengan idea2 kreatif memasak kan...? boleh la kita tumpang semangkok...tumpang cedok idea orang... weeee jangan marah aaa...

Kuih ni sedap tapi masalahnya suka meletup kan....? (Laaa...nama pun bom, memang kerja dia la meletup-letup tu...) Kata orang ada petuanya supaya tidak meletup...campurkan tepung gandum sedikit dalam adunan dan perapkan sebelum digoreng...insyaAllah selamat... Untuk resepi kali ni alhamdulillah tak meletup....tapi bukan guna petua tadi guna resepi K1...memang tak meletup dan sungguh sedap....tabik K1....!!!

Jom tengok resepinya...Kuih Bom Pulut Hitam
  
Bahan-bahan
150gm tepung pulut
50gm tepung pulut hitam (rendam pulut hitam semalaman dan blender)
20gm tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu teh garam halus
170ml air
Bijan secukupnya

Inti Kacang Merah
100gm kacang merah rebus
100ml santan pekat
1 helai daun pandan
60gm gula pasir
1 sudu besar tepung pulut

Akak buat inti kelapa
1 biji kelapa yg agak muda
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah
Sehelai daun pandan
Cara : Masukkan semua bahan ke dlm kuali dan dan masak hingga agak kering dan kental.  Sejukkan

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Ambil satu sudu besar adunan dan gentel bulat seperti membuat buah melaka. Letakkan inti kacang merah atau inti kelapa di tengahnya dan bentukkan bulat.
3. Golek dengan bijan dan goreng terendam dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Balik-balikkan hingga masak.

Monday, April 25, 2011

Salam rindu...

Salam Isnin semua...lamanya dapur tak berasap, rindu pulak...maklumlah sibuk dengan program Karnival Usahawan Pahang 2011 di Pekan, YAB PM rasmi... sibuknya mengalahkan YB akak ni... 2,3 hari berulang alik ke Pekan Bandar DiRaja...syukur alhamdulillah program dah selesai...

N3 hari ini bubur pulut hitam...ermmm pulut hitam yang beli di KB ituhari tak habis2 lagi...selang 2,3 hari buat bubur...ikutkan memang rasa dah jemu tapi dek kerana stok banyak kena perabih juga lah... Untuk sedikit kelainan akak makan bubur pulut hitam dengan aiskrim perisa vanila coklat...slruppppp slrupppp nyamannya...

Thursday, April 21, 2011

Cucur kurma

Ahlan wa sahlan... apa khabar semua...? Ada yang berpuasa sunat Khamis ke..? Alhamdulillah...jangan lupa berbuka puasa nanti makan buah kurma yer, baraqah.... Sebut pasal kurma, nak bagitau menu sarapan pagi ni cucur kurma...ermmmm enak...

Resepi cucur kurma

10 biji kurma (dibuang biji)
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
Sedikt marjerin
Garam dan minyak masak

Bancuh tepung, garam dan marjerin.  jadikan batter seperti tepung goreng pisang.  biarkan pekat sedikit.  Celupkan kurma dengan batter dan goreng garing.  Angkat dan sedia untuk dihidang.


Kuih melayu

Salam semua...N3 kali ini adalah kuih melayu lama namanya kuih getas.  Kuih ni buat minum petang semalam... emak yang buat akak tolong ngap saja....hihihi
Bahan-bahan :

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut- kelapa muda sikit...
130 ml air
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn air
sehelai daun pandan


Cara-cara
Campurkan tepung pulut, kelapa, garam dan air, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak gula, air dengan daun pandan hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
Sedia utuk dimakan.


Wednesday, April 20, 2011

Spagheti kampong style

Selamat pagi sayang...ops lagu Noor Kumalasari la pulak... pagi rabu yang sangat ceria...mulakan hari dengan bismillah dan senyuman...insyaAllah diberkati Allah selalu...

Minggu ini demam western tau... 2 hari lepas buat macaroni dan hari ini spagheti pulak...tapi spagheti ala2 kampong laaa...ikut selera tekak akak yang kampong ni...makan mesti mau podehhh....

Aha...yang ini macam biasa acara tapaw utnuk rakan2 ofis...diorang tu jadi akak punya food tester..kena paksa rela...hahahaaaaaa tp diorang suka sebab makan freeeeeee.....

Resepinya akak skodeng di sini tapi akak derhaka sikit guna rempah piza segera...

 Bahan:

300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Leegos
400 gm daging kisar
3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara:
Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba...

Tuesday, April 19, 2011

Masak lemak peria & sotong munger2


Sudah makan ke? Apa menu makan malam hari ini? Akak menu satu lauk aje Masak Lemak Peria Bersotong...sotong munger2 pulak tu....ahai bikin gempak la kunun... dah cover lauk dan sayur sekali, senang...malam2 malas nak masak bagai2...lagipun makan 2 orang aje...

Jom tengok resepinya :

Bahan-bahan:

250g sotong
250g santan pekat
250ml air
6 biji cili padi (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 batang peria (dipotong kecil)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit
Garam

Cara Membuat:

1.Sotong dibersihkan dan potong ikut suka.  Ketepikan.
2. Masukkan peria, santan pekat, air serta bahan kisar ke dalam periuk.
2.Nyalakan api dan masukkan serai bersama garam dan asam keping.
3.Setelah menggelegak masukkan daun kunyit dan sotong yang telah dibersihkan.
Kacau hingga masak. Hidangkan.


Roti cinoni

Selamat pagi selasa...senyum senyum...tak perlu kata apa2...kalau saya senyum awak mesti senyum sekali...kalau kita senyum semua orang berjangkit...bila semua orang senyum...dunia tiada penyakit...senyum tak perlu kata apa2... ahai terhibur hati dengar lagu ni...

Yeehaaa....sambil tersenyum sambil bersarapan roti kismis cinoni...sedap kan? resepi roti ni cedok daripada resepi roti prune hanamemories...cuma roti si hana sangat cumil dan model dia pon cumil... akak derhaka sikit buh kismis saki baki buat nasi tomato masa kenduri baru2 ni...jangan membazer kan....tak cumil pun tak apa janji dapat sarapan berkhasiat...

~ minta izin yer hana & CMG share resepi di sini...
 
RESEPI ROTI PRUNE (akak guna kismis)

source : matgebu@dapurtanpasempadan

Bahan-bahan
250 gram tepung roti
70 gram tepung gandum
6 gram instant yeast
1 camca besar susu tepung
30 gram gula halus
50 gram mentega
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
130 ml air
70 ml whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
100 gram prune, hiris kasar

Cara Membuatnya :))

Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga lembut dan anjal, jika melekat tabur sedikit tepung. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan on, biar hingga siap.

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh tadi pada 10 bahagian. Ambil satu dan bentukkan bulat seperti bola, susuh dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.

Perap 45 minit hingga kembang. Bakar dalam oven yang telah dipanasan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti dari oven dan sapu mentega atas permukaannya. Kalau suka boleh tabur sedikit gula halus sebagai hiasan.

Monday, April 18, 2011

Macaroni bakar perisa piza..?

Selamat pagi Isnin... hari yang sungguh ceria dan cergas...syukur alhamdulillah atas kekuatan dan nikmat yg Allah beri kan... Ayuh!! marilah kita menikmati juadah bersarapan hari ini.

Macaroni perisa piza.. ahai...memandai derhaka resepi chef hanieliza...ampon ye kak... selepas membelek2 Buku Resepi 1 Hari 1 Resepi...zass!! teruja nak buat macaroni bakar..tapi derhaka sikit sebab ada stok sos dan rempah piza nak kasi perabih...hantam la labuuuu.... 

Jom layan resepi MACARONI BAKAR PERISA PIZA

Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti
500 g daging cincang ( boleh juga diganti dgn ayam )
30 gm mentega
2 biji bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah piza
2 sudu tomato puri
2 biji tomato buang biji, potong dadu
Sedikit daun saderi – potong halus
2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu
4 putih telur
200 ml susu segar
125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato puri rempah piza, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega


Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan tabur pula capsicum yg sudah dipotong dadu.  Tuang susu segar dan telur dan akhir sekali tabur keju parut. Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 40 min atau sehingga keju keperangan.