Pages

Tuesday, December 31, 2013

Sayonara 2013


Hep... hep... huray...!! hep... hep... huray...!! esok hari raya... esok hari raya...!! ops... esok cuti laaa...!! jangan marah yer... tuan rumah meroyan... hahaha... terover pulak pagi ini sebelum tutup diari 2013... 

Subhanallah... terlalu banyak kisah suka duka cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang tahun dan beribu-ribu nikmat yg dikecapi tetapi kadang2 kita terlupa bahawa setiap tahun usia kita makin meningkat tetapi amalan kita masih sama... astaghfirullah.... Ya Allah... ampunkan dosa2 kami Ya Allah...  


Sebagai penutup tirai 2013 dapur gee-hut hidangkan menu paling ringkas dan mudah... nasi goreng ikan pekasam.... Jom layan...   

NASI GORENG IKAN PEKASAM

1 mangkuk nasi sejuk
10 biji cili padi (kpd yg kuat pedas saje)
2 biji bawang merah
1 biji telur
Perencah ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
3 ekor ikan pekasam

Cara :

Goreng ikan pekasam hingga garing.  Hancur2kan ikan dan tambahkan bawang hiris dan beberapa biji cili padi.  Angkat dan ketepikan. 

Tumbuk cili padi dan bawang merah.  Panaskan kuali dan tumis bahan2 ini menggunakan minyak menggoreng ikan pekasam tadi.  Tambahkan sedikit serbuk ikan bilis. kemudian pecahkan sebiji telur dan biarkan telur beku sedikit baru dikacau.  Jika suka boleh tambahkan sayur seperti kobis atau kangkung. Masukkan nasi dan ikan pekasam yg digoreng tadi dan gaul hingga rata. 

*Tak perlu tambahkan garam kerana ikan pekasam sudah masin.


Jom nasi goreng... dan
  

Welcome babeh...


Monday, December 30, 2013

Kuih talam ubi


Assalamualaikum dan salam pagi Isnin 30 Disember 2013... tinggal berbaki sehari saje lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014... bertambah lah usia kita setahun lagi yer... apa agaknya azam tahun baru ini? alahai... azam tahun lepas pun belum terlaksana lagi... hehehe... Semoga Allah rezekikan kita kebahagiaan, kasih sayang, kejayaan dan kesihatan yang baik serta dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah... amen... 


Sajian k.gee pagi ini kuih talam ubi... musim2 hujan ni memang banyak orang jual ubi kayu... k.gee memang gemarkan kuih muih klasik yang berasaskan ubi kayu baik kuih talam, bingka, getuk, lepat dan kadang-kadang ubi kayu k.gee buat lauk dimasak asam rebus dengan ikan... macam2 boleh buat dengan ubi kayu ni tau! makan ubi rebus cicah sambal tumis pon sodap... !   



KUIH TALAM UBI

Bahan-bahan:


Lapisan bawah :

1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Lapisan atas :

4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

Lapisan bawah :

Panaskan kukusan.

Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.

Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Lapisan atas :

Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.

Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama ½ jam.

Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.



Jemput lah sarapan...


Thursday, December 26, 2013

Mi Siam Melissa Saila


Kenapa sekarang dapur gee-hut sudah tidak aktif? asyik tenggelam timbul jer... alahai... kelu lidah nak menjawab soalan cepu emas itu... hehehe... biasalah hujung tahun ini ada banyak aktiviti keluarga kan... ada jemputan kenduri kendara majlis sana majlis sini ziarah menziarah sambil2 bercuti dan melancong layan anak2... jangan risau sebab dapor gee-hut masih beroperasi macam biasa... cuma ada sedikit slow sebab... siap masak hidang dan aik...! licin sudah... hehehe... tak sempat shooting dah langsai...


Nasib baik ada koleksi lama dalam lappy... bolehlah dapor gee-hut berasap pagi ini... Mi Siam ini resipi dari Koleksi Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly dimasak oleh aktres Melissa Saila... K.gee pernah merasa makan mi siam serupa ini semasa kami sekeluarga berkunjung ke rumah sahabat lama hb di Air Baloi, Pontian... pertama kali makan terus terpikat... Kali ini k.gee mencuba resipi dari Melissa Saila pula... memang sedap..! 



MI SIAM
Resipi : Melissa Saila ~ Ketuk-ketuk Ramadhan 

1 paket mihun (rendam / celur sampai lembut
4 biji bawang besar (dikisar)
½ cawan taucu
4 ulas bawang putih (cincang halus)
Udang kering (ditumbuk lumat)
Gula merah
Asam jawa
Cili kisar
Tauhu basah (goreng & hiris nipis)
Udang hidup
Daging (potong kecil)
4 biji telur rebus
Daun kucai
Limau kasturi
Minyak masak
Garam
Air secukupnya

Cara membuat kuah :

Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau sebati. Masukkan pula daging, taucu, udang hidup, asam jawa, sedikit air, garam dan gula. Biarkan mendidih. Siap kuahnya.

Untuk membuat mihun :

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, udang kering dan taucu. Tumis hingga naik baunya. Masukkan mihun, gaulkan.

Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.

Letakkan mihun yang siap digoreng tadi di atas pinggan dan tuangkan kuah di atasnya. Hidangkan bersama tauhu goreng dan telur rebus.


Tobat sedap tau...!!
cubalah....



Tuesday, December 24, 2013

Terima kasih AROMA


Assalamualaikum...
Sudah dapatkan majalah Aroma edisi pertama 2014? Cantik kan cover dia... isi kandungannya juga semakin hebat dengan resipi dan foto2 yang sangat menarik... transformasi dan inovasi!! Syabas Aroma... terbaek!!
Alhamdulillah sekali lagi k.gee dilamar majalah Aroma oleh wartawannya Faris ElAzhar untuk memuatkan resipi dan gambar2 masakan di persada media... waa! k.gee sangat teruja walaupun sebenarnya tak berkesempatan nak memasak 10 resipi... nasib baik Faris setuju untuk memuatkan resipi walaupun yang sudah tersiar di blog gee-hut...  hehehe... terima kasih Faris


Ada juga blogger lain yang bersama k.gee dalam Aroma edisi terbaru 2014 ini seperti Ayu Singapore tuan punya blog Curlybabesatisfaction dengan resipi2nya yang best2 belaka terutama Nasi beriani ayam hydrebad dan Orange chocolate chunk cake...

Blogger Sabar Dubai atau nama sebenarnya Sabariah Musa juga ada... k.gee paling suka resipi Ayam lada hitam Sri Lanka dan Sambal tumis kupang sama petai... wow! mengancam... boleh lawat blognya di SINI


Blogger dari Thailand Poonthana juga ada... k.gee selalu juga bw blog Pook ni di blognya Dailydelicious...  dessert dari blog Pook memang mengancam... hubby k.gee dah oder satu sajian yang namanya Inoubliable armour chocolate, berries dan kirsch entremets... memang menggoda tau!


Yang paling k.gee respect blogger yang ini... muda belia lagi tapi hebat di dapor.. tabek laa Alif...!! Scent of Kitchen nama blognya... k.gee selalu bw blog Alif ni dan pernah mencuba resipi kek span warna biru sewaktu celebrate birthday hb bulan lepas... best !! 


Dan tidak ketinggalan blogger dari Indonesia yang sangat kreatif dalam bab sajian masakannya.... Maya Efendy atau nama sebenarnya Hikmahyanti tuan punya blog pawonayu.blogspot.com...


Jom dapatkan Aroma Januari 2014... !!!


Monday, December 23, 2013

Wajik...cuti-cuti Malaysia


Alhamdulillah... percutian 10 hari 10 destinasi k.gee dan keluarga berakhir semalam.... percutian bermula 13 Disember 2013 dan tepat jam 3.00 petang 22 Dis 2013 kami selamat sampai ke rumah... sangat gembira dapat bercuti bersama suami dan anak-anak ke sebelah utara.... pakej percutian 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi dan disusuli dengan beberapa destinasi lain seperti Cameron Highlands, Wang Kelian, Sg Petani, Alor Setar, Pendang, Teloi Timur dan sempat singgah ke KL seketika... seronoknyaaaa cuti-cuti Malaysia.....!!


Hari ini tuan rumah kena pergi shopping barang-barang dapur sebab semuanya sudah kehabisan stok... maklumlah 10 hari gantung periuk kaaann...!! hehehe.... nak mulakan kerja di pejabat pun agak liat sikit... masih terkenang-kenang pengalaman menaiki cable car di Langkawi hari tu... pergh! kecut perut dibuatnya tapi orang kata kalau tak cuba tak tahu kan... ngeri tau....!!


Oklah kita tinggalkan dulu kisah cuti-cuti Malaysia tu... hari ini k.gee hidangkan wajik sebagai menu pembuka tirai setelah 10 hari dapur berhabuk... hehehe... Wajik ini adalah satu lagi resipi k.gee yang dimuatkan dalam majalah Saji Disember 2013... memang sesuai untuk majlis kesyukuran, kenduri kendara,  dan sebagainya.  Ini resipi turun temurun dari bonda k.gee...

RESIPI WAJIK

1 kg beras pulut
1 kg santan kelapa
400 gm gula pasir
200 gm gula merah - masak bersama semangkuk air
Secubit garam
Daun pandan

Caranya :

1.  Pulut direndam semalaman, toskan. Kukus selama 15-20 minit. Ketepikan.
2.  Sediakan kuali, masukkan santan, air gula merah, gula pasir, secubit garam dan daun pandan.  Masak sehingga pekat.
3.  Apabila sudah pekat, tuangkan pulut yang sudah dikukus tadi dan gaul sebati. kacau sehingga pekat dan likat. 
4.  Tuang ke dalam bekas atau acuan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidangkan.



Jemput makan wajik...


Thursday, December 12, 2013

Daging lada hitam


Salam pagi Khamis dan salam ceria semua... Menu simple dari dapor gee-hut hari ini... daging goreng lada hitam... ini menu hari raya korban itu hari... hehehe sudah terperap lama baru nak post.. sebenarnya ini antara resipi yang rersiar dalam majalah Saji baru-baru ini dengan tema majlis kenduri kendara.... menu daging memang sesuai untuk majlis kenduri kan....


K.gee memang gemarkan daging dimasak begini... bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi, pulut atau roti pun boleh... nak digandingkan dengan nasi impit ke ketupat ke boleh juga... kadang2 tu boleh meratah lagi... walaupun pedas sedikit tapi sesuai dengan citarasa k.gee dan keluarga lebih2 lagi encik hb yg memang 'hantu'pedas...



DAGING GORENG LADA HITAM


300 gm daging lembu
3 sudu makan minyak masak
1 tangkai daun bawang
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih
2 inci halia muda dimayang
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis

4-5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa

Cara :

Daging dibasuh dan direbus hingga empuk. Angkat dan ketepikan dan simpan air rebusannya. Potong daging nipis-nipis.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia.

Masukkan daging dan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kacau rata. Masukkan air rebusan daging secukupnya.

Apabila telah pekat dan rata masukkan garam, gula, sos tiram dan kicap manis. Taburkan daun bawang dan cili padi. Angkat dan bolehlah dihidangkan.



Pedas tapi lazat.... cubalah


Tuesday, December 10, 2013

Donut tragis...


Syukur alhamdulillah keadaan banjir di Kuantan semakin pulih....cuma ada satu dua tempat air masih belum surut sepenuhnya... mangsa banjir pun sudah kembali ke rumah masing2 walaupun keadaan selepas banjir tak sama seperti sebelumnya... sehari dua ini sepanjang jalan di kawasan banjir bertimbun2 harta benda yg asalnya tersusun rapi di dalam rumah kini berlonggok menggunung umpama pusat pelupusan sampah di luar rumah memasing... YaAllah Subhanallah Allahu Akbar.... tak sanggup nak melihatnya.... bercucuran airmata kami... hanya padaMu kami memohon Ya Allah... ampunkan dosa2 kami.... tunjukki kami jalan yang benar.... agar kami menjadi hambaMu yang bertaqwa... 


Dalam suasana yang tragis begini, sebenarnya mood untuk berblogging pun tenggelam timbul... tak sampai hati nk tayang makanan segala bagai sedangkn mereka di sana ada yg kelaparan kebuluran kesejukan... anak kecil menangis dahagakn susu sedgkn si ibu menggelupur mencari air untuk bancuh susu anak... ada yg bergaduh bertumbuk berebut bila bekalan makanan tiba... setiap waktu mereka disuap nasi berlaukkan sardin terus dari tin... tidur bertilamkm lantai sekolah dan berbantalkan lengan sendiri.... Ya Allah... kasihan mereka...

Tapi hari ini k.gee terpanggil untuk mencoretkan sesuatu sebagai tanda ingatan k.gee di masa hadapan... walaupun k.gee terselamat dari gelombang 'tsunami kecil' yang melanda warga Kuantan tetapi kesannya begitu menyentuh perasaan k.gee dan perasaan ramai orang yg bersimpati... inikah UJIAN Mu YaAllah?? Subhanallah Allahu Akbar...



DONUT

Resipi : Izah (Izah Muffin Lover)
Sumber : Nadz (oven kecil)

Bahan-bahan:

•2 sk yis mauripan
•1/4 cawan air suam
•1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
•3 cawan tepung gandum
•4 sb gula
•1/2 sk garam
•2 sb susu tepung
•1 biji telur
•1/2 cawan air - kurang lebih
•2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-cara:

1.Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.

2.Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

3.Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.

4.Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

5.Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:

•Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Sabar ~ solat ~ syukur... inilah kunci dalam menghadapi ujian kehidupan...
Prof Mohd Kamil Ibrahim


Friday, December 6, 2013

Kun faya kunn...


Tak terluah rasanya dengan kata-kata... sedih, sayu dan sangat terharu melihatkan keadaan banjir teruk yang melanda Kuantan... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... hanya doa dan rasa simpati yang dapat kami berikan...  Semoga Allah beri kekuatan pada kalian menempuh segala ujian ini...


K.gee kongsikan gambar2 banjir di Kuantan kelmarin... semoga Allah kurniakan nikmat yang berlipat ganda buat mereka yang bersabar dengan ujian ini...










"Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung..." (HR Baihaqi dan ArRabi'i)


Tuesday, December 3, 2013

Kuantan banjir


Selamat pagi... Kuantan sudah dilanda banjir... beberapa tempat sudah dinaiki air termasuklah kawasan di sekitar perumahan kediaman k.gee... ini kawasan rumah k.gee petang semalam...



Mujur pagi ini hujan sudah reda dan air pun sudah surut, dapatlah k.gee meneruskan perjalanan ke pejabat... kalau tidak alamat duduk diam2 di rumah sambil tarik selimut.... beradu.... hahaha!!


Menu yang ringkas pagi ini... pankek atau lempeng pisang...  biasalah bila musim hujan perut lapar memanjang... elok sangatlah simpan stok makanan banyak2 di rumah terutama stok makanan kering... maklumlah nak keluar rumah memang malas jadi godek2 aje apa yang ada..  Jom layan tekak...   


PANKEK PISANG

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan - dilecek

2 cawan tepung gandum
3 sudu pasir halus
2 sudu teh baking powder (ayak)
1 biji telur
100 ml susu cair/santan kotak
1 sudu marjerin - cairkan
Secubit garam

Cara membuat:

1.Campur pisang yang dilecek, tepung gandum, garam, gula dan baking powder.Gaul rata.

2.Masukkan pula susu cair/santan kotak dan telur.  Tambahkan marjerin yang dicairkan. Kacau rata.

3.Panaskan kuali non stick. Lengser butter sedikit dan  tuang sesenduk adunan pancake.  Masak hingga timbul lubang dan terbalikkan. biarkan sekejap masak dan angkat.
4. Boleh di hidangkan dengan coklat cair, madu atau apa sahaja jem pilihan.



Nah... nganga mulut...


Monday, December 2, 2013

Ubi goreng dan SDSI melaka


Assalamualaikum.... apa khabar semua....? Rindunya anda semua.... hampir seminggu dapor gee-hut senyap sunyi kan... tuan rumah bertugas ke luar negeri... ops Melaka jer bukan obersea pon.... hehehe... k.gee wakil jabatan bertugas di pavillion Pahang sempena Showcase SDSI (Satu Daerah Satu Industri) dan sambil-sambil itu bawa bersama anak-anak melancong ke Melaka... seronok...!!


Menu k.gee hari ini hanya menu kampung ubi kayu goreng saje... biasalah bila tiba musim hujan ubikayu jadi makanan popular la pulak.... sambil itu k.gee kongsikan gambar2 eQa cuti-cuti 1 Malaysia di showcase SDSI...  

pavillion Negeri Sembilan...


 Sebelah kiri pavillion Sabah dan di sebelah kanan pavillion Negeri Sararawak



Paviilion Pahang dan Sabah


Yang ini lupa pulak pavillion negeri mana... yg KLCC nenas tu pavillion Kementerian Pertanian.... banyak pokok sayur-sayuran di pamerkan di sini termasuklah pokok padi, kobis, tomato, cili dan macam-macam lagi... 


Anak dara k.gee tersenyum simpul bila lukisannya dipamerkan di Pavillion ICU Jabatan Perdana Menteri...  hehehe... bukan lah cantik sangat tapi biasalah... budak2 memang bangga bila hasil kerja tangannya dihargai....


Ok, jom layan ubi goreng sama air kopi-o panas pulak...