Pages

Friday, August 31, 2012

MERDEKA !!


MERDEKA..!!  MERDEKA..!!  55 TAHUN MERDEKAAAA...!!!!!

p/s anakanda Amirul Asyraf di usia 5 tahun....

Thursday, August 30, 2012

Rebung masak lemak


Selepas raya ni nampaknya dapur blogger suram saje... sunyi sepi... tak sehebat Ramadhan baru-baru ni, setiap hari ada saja sajian iftar yang ditayangkan... masih letih ke? atau masih berada di luar kawasan... rindu pulak pada sajian sedap rakan2 blogger...


K.gee pon tak berapa rajin sangat... tapi gagahkan juga diri ini menghapdet walaupun menu yang biasa-biasa saje... Juadah hari ini masak lemak rebung wif udang hidup, selera kampung... heeee.... sedap sungguh makan, bertambah2 nasi...



REBUNG MASAK LEMAK


1 bungkus rebung jeruk
300gm udang basah
5 biji cili padi  (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang merah
1inci kunyit hidup
sebatang serai dititik
sebiji kelapa diperah santannya
Serai dan daun kunyit
garam secukup rasa
Asam keping

Cara menyediakannya :-

Tumbuk cili padi, kunyit hidup, bawang merah hingga lumat.  Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk campurkan rebung dan sedikit air.  Masak sebentar.  Kemudian masukkan santan, serai, daun kunyit dan udang.  Masukkan asam keping dan garam secukup rasa . Kacau selalu supaya santan tidak berketul. 

Selamat mencuba...


Wednesday, August 29, 2012

Tauhu sumbat


Assalamualaikum... masih dalam mood hari raya lagi ke? ermmm... mestilah... esok lusa ni ada 2,3 jemputan rumah terbuka kan... syukur alhamdulillah, bolehlah jimat sikit poket ni... tak payahlah cari kedai makan untuk sarapan dan lunch kan... silap2 dinner pon ada jemputan juga... heeee makan preeeee!!!!


Tapi kalau berkemampuan, jangan lupa puasa sunat Syawal yer... ada ganjaran berganda yg Allah janjikan... umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.” (Riwayat Muslim)


Menu berbuka puasa k.gee dengan hb hari ini ~ Tauhu sumbat yang ringkas... Jom !!

TAUHU SUMBAT

3 ketul tauhu putih
Timun dihiris kecil2

Tauhu digoreng hingga kekuningan dan potong dua.  Belah ditengahnya dan sumbatkan timun atau sayuran ditengahnya. 
Sos :
2 biji cili merah
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 cawan air
Garam, gula, cuka secukup rasa

Kisar semua bahan dan masak hingga pekat.  Sejukkan dan sedia dimakan bersama tauhu sumbat tadi.  Simple kan...!

Monday, August 27, 2012

Sesuci Lebaran


Salam 10 Syawal... sana sini sibuk nampaknya dengan jamuan rumah terbuka hari raya... tak kurang juga yang berpuasa sunat Syawal... dan tidak ketinggalan ada yang mendirikan masjid sempena Syawal yang mulia ini... syukur alhamdulillah...



Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baru
dari k.gee dan family...




Thursday, August 23, 2012

Mee rebus Atok


Salam Syawal dan salam ceria semua... apa khabar... masih mood raya lagi yer? Pastinya sedang bergumbira beraya di kampong halaman bertemu sanak saudara... riuh rendah rumah emak kan... seronoknya meriahnya...


K.gee sudah kembali ke rumah sendiri... 5 hari beraya di kampung sambil ziarah sanak saudara dan jiran tetangga... hari ini anak-anak pulak nak beraya dengan kawan-kawan mereka... Inilah juadah masa kawan Along datang beraya pagi tadi... mee campak2 jer tapi kami namakan Mee Rebus Atok sempena mengingati mee fav arwah ayah mertua... kata hb ayahnya memang suka makan mee ini... senang dan sedap... Jom lah cuba kot2 boleh hidangkan untuk tetamu yg datang beraya nanti...



MEE REBUS ATOK

1 kg mee kuning
200 gm daging segar - hiris nipis
4 ulas bawang putih
1 biji cili besar
2 batang sawi
Garam

1. Mula2 celur mee kuning seketika.  Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan masukkan daging.
3. Gaul dan tambahkan air.  Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam, sayur dan cili merah. 
5. Masukkan mee kuning tadi dan gaul rata.
6. Siap dan sedap dimakan bersama sambal kicap.

SAMBAL KICAP

10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap dan gula

Kisar cili padi dan bawang putih hingga hancur.  Tambahkan kicap dan gula. Kacau rata dan sedia dicampur ke dlm mee rebus tadi.  Cubalah.

Friday, August 17, 2012

Cornflakes coklat dan jom balik kampong...


Sambil-sambil mengemas kain baju untuk balik kampung, sempat juga k.gee godek-godek cornflakes coklat ini dan anak-anak tolong masukkan dalam cup... berebut masing2 nak buat...  seronok pulak tengok gelagat mereka... taklah sorang-sorang berdondang sayang di dapor kannn....


Kukis mudah ini memang fav anak-anak... kalau setakat 1, 2 kilo memang tak cukup... Inipon dah luak  separuh balang... rasanya lepas raya nanti memang kena buat semula untuk bekalan mereka balik ke asrama.... 



CORNFLAKES CHOCOLATE
Resipi : K.Nor Secubit garam 

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair

Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.

Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.

Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.

*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.

Cubalah.. insyaALLAH sedap..

*Jika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA... JOM BALIK KAMPUNG!!!



Thursday, August 16, 2012

Minal aidin wal faidzin


Mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran dan kesilapan tutur kata dan bicara... yang sengaja atau tidak disengajakan. Serta mohon dihalalkan segala makan dan minum, resipi, petua, idea dan info yang diambil. Semoga silaturrahim kita kekal abadi sentiasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada Kak Gee sekeluarga... Kami berhari raya di Bentong, kalau sudi jemputlah bertandang ke rumah.

Tuesday, August 14, 2012

Oreo black beauty


Sayunya rasa hati.... Saat perpisahan semakin hampir... Ramadhan akan meninggalkan kita...  apakah masih ada Ramadhan untuk kita nanti....?


Ya ALLAH...
Ampunkan lah dosa-dosaku...
Ampunkan dosa kedua orang tua ku...
Ampunkan dosa anak-anakku
Ampunkan dosa adik-beradikku...
Ampunkan dosa sanak saudaraku...
Ampunkan dosa sahabat-sahabatku...
Ampunkan dosa umat islam di dunia ini...
Hanya Engkau Maha Pengampun..Lagi Maha Mengasihani..

semoga kita dalam keampunan dan keredhaan ALLAH hendaknya... aminnnnn


BISKUT OREO BLACK BEAUTY

by: Citarasawan
Resipi di ambi di : Blog Azlita Masam Manis & Yatie's Cooking


Bahan A

280 gm mentega
200 gm gula castor


Bahan B

250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder


Hiasan

Putih telur - saya ikut cara kak Ita
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - saya pun ikut cara kak ita, tak letak


Cara2 membuat mengikut Citarasawan:

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paipkan dengan coklat putih.

Cara2 membuat ikut Kak Ita (saya ikut Kak Ita, mudah):

Doh yang telah siap gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian golek2kan atas oreo hancur.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Pesanan dari Kak Ita:

Biskut ni masa masak dia naik cantik & membulat. tapi bila dah keluarkan dari oven dia akan turun.. jangan panik dan ingat tak jadi pulak..



Monday, August 13, 2012

Biskut pasir


Bila sebut biskut pasir tentu ramai yang terkejut kan... pelik lah nama biskut ni... Tapi bagi keluarga k.gee di kampung biskut ini memang menu wajib setiap kali hari raya.... Emak dan adik2 k.gee gemarkan rasanya yang enak, lembut dan bercoklat... bila dipegang pasti ada tertinggal deraian habuk2  biskut di hujung jari... barangkali itu sebabnya biskut ini digelar biskut pasir...



Biskut ini agak unik... ia tidak menggunakan butter sebaliknya menggunakan shortening atau lemak sayur sebagai bahan utama di samping menggunakan tepung self raising.... Acuannya juga unik... ia menggunakan kaedah tekan dan potong... acuannya boleh tengok di sini... tekstur biskut ini tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras bagi mendapatkan rupanya yang berkedut2... Jika terlalu keras akan pecah dan jika terlalu lembut tidak akan berkedut... huh! nampak macam susah tapi sebenarnya mudah saje... janji.... "masak dari hati masak dengan iman" kata Chef Ammar di dalam rancangan Hidangan Baraqah TV Al Hijrah...



BISKUT PASIR


1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adunan lembek tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Ambil satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna coklat.  Bentukkan memanjang dan lekatkan keduanya. Masukkan ke dlm acuan dan tekan potong sehingga habis....


Inilah acuan tekan potong yang k.gee maksudkan... gambar mengukis tahun lepas... tahun ini terlupa nak snap gambar... masukkan adunan ke dalam acuan dan tekan sehingga keluar di atas dan potong menggunakan pisau kecil gambar di belakang tu... Selamat mencuba!

Saturday, August 11, 2012

Biskut snow almond


Salam hujung minggu... Apa khabar semua? K.gee sihat-sihat saje... yeehaaa.... baru hari ini k.gee dapat mengukis... inilah biskut pertama k.gee tahun ini Biskut Snow Almond... si kecik k.gee tu yg minta buatkan kukis bentuk senyum.... ye tak ye juga kan... sambil mengukis sambil tersenyum barulah ceria kan....


Kebetulan hari ini k.gee tinggal seorang diri di rumah... hmmm barulah senang nak menembak... klik sana klik sini.... nasib baik puasa kalau tidak sudah kena ngap dah biskut snow ni... geram nyaaa...!! Tapi.... kenapa ada bau busuk yer....? Lorrrrr.... bunga taik ayam rupanya... heheheeeee....



BISKUT SNOW ALMOND
Oleh: Resipi Medan Selera

Bahan-bahan :


Bahan A/
110 gm mentega

1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur


Bahan B/

110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/

serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara Penyediaan :

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

 

Jom mengukis...


Friday, August 10, 2012

Cucur roti


Salam Jumaat dan salam ceria buat semua... Sedang buat apa tuuuu? waaaa.... nak mengadun biskut raya yer... ? rajinnya mengukis pepagi ni... Alhamdulillah... kalau ada kesempatan nanti bolehlah k.gee & famili datang beraya yer... ialah, asyik jamu mata setiap hari dengan biskut2 yang berbagai rupa dan gaya...dah bengkak mata k.gee.. sesekali nak juga jamu perut pulak kan.... boleh ke k.gee datang beraya ke rumah...? heeeee....  


Kalau ada yg sudi nak betandang ke rumah k.gee, silakan lah... k.gee jamu dengan cucur roti ni haa... aik!? tak sudi ke.... asyik makan kukis jer kekadang tekak tu nak juga merasa yang masin2 kan... inilah juadah yang paling simple dan menambat selera... lebih2 lagi makan beramai2.... sedapppppp....!



CUCUR ROTI

Sumber : Bebola Roti Wana

14 keping roti ( plain white bread)- potong menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) – saya tambah
minyak
Cara penyediaan

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang, perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.

2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .

3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Thursday, August 9, 2012

Iftar gaya letih


Semakin hari semakin hampir kita meningalkan Ramadhan... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan kita yang sebelumnya... InsyaAllah


Semalam di pejabat K.gee ada menganjurkan program memasak bubur lambuk... seharian kami berkampung beramai-ramai memasak 3 kawah bubur lambuk untuk diberikan kepada kakitangan dan orang ramai di sekitar Kompleks Teruntum.... penat memang penat tapi seronok sangat... macam kenduri kahwin... dan bubur lambuk pon sedap sesangat...  


Nasi goreng berlaukkan ayam pedas ini k.gee masak untuk anak comel k.gee si eQa tu sebab dia tak gemarkan bubur lambuk... masak yang ringkas2 saje sebab badan letih sangat memasak bubur lambuk... nasi goreng resuipi biasa2 saje....


NASI GORENG 

nasi goreng resipi campak2 saje... nasi, bawang merah, cili padi, belacan, ikan bilis dan telor.  Godek2 ajelah...

AYAM PEDAS

4 ketul ayam ~ gaul garam kunyit dan goreng

Bahan kisar
2 biji lada besar/merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar

Bahan lain:
2 sudu sos tiram
Secubit Garam
Minyak menggoreng

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik baunya.  Tambahkan sos tiram dan garam secukupnya.  Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.  Angkat dan hidangkan.  Senangkan...!
 

Tuesday, August 7, 2012

Semudah abc...


Buka tin dan tuang ke dalam kuali...
tambahkan cili padi dan bawang besar


Tambahkan asam garamnya...


Siap !!


Tomyam bebola ayam


Bertemu lagi di 18 Ramadhan... syukur alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan yang mulia ini... marilah bersama-sama kita pertingkatkan amalan moga-moga kita terpilih bertemu lailatul qadr malam yang penuh keberkatan... InsyaAllah.... 


Pastinya sudah ramai buat biskut raya kan... sudah bersusun barangkali balang2 kuih di rumah dan untuk dibawa balik ke kampung rumah bonda dan rumah mertua... Buat masa ini k.gee belum berkesempatan lagi nak buat biskut raya... InsyaAllah sehari dua lagi la kot... apapun juadah iftar tetap macam biasa... yang simple, mudah dan sedap dek tekak kami sekeluarga...


Bihun Tomyam Bebola Ayam ini iftar minggu lepas... kadang2 buntu juga memikirkan juadah iftar setiap hari... sudahnya masak menu sempoi ajelah asalkan kenyang dan marvelous... kannnnn...  


BIHUN TOMYAM BEBOLA AYAM

Bahan :-
1 paket bihun (dicelur dan toskan)

Tomyam:-
2 ketul ayam - dipotong kecil
2 biji bawang besar  - hiris bulat
5-10 biji cili padi
2 batang serai - diketuk
2 biji tomato - potong kecil
2 keping daun limau purut
1 keping kiub tomyam
4-5 cawan air
1 sudu air limau nipis
Sayur-sayuran (karot, bunga kobis, jagung muda dll)
Garam
Bebola ayam

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali sayur2an dan air limau nipis.  Biar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan sayur2an dan bebola ayam dan kacau sekejap.  Akhir sekali masukkan air limau nipis dan tutup api.  Angkat dan hidangkan. 


Bebola ayam

2 ketul dada ayam - ambil isinya & blender
2 batang daun bawang - potong kecil
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu tepung sagu/ubi
1 biji telur
Secubit garam

Gaul semua bahan dan bentukkan bulat-bulat.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan bebola tadi sekejap.  Angkat, toskan dan masukkan ke dalam kuah tomyam. 

Saturday, August 4, 2012

Bukan sekadar resipi


Kak gee teruja membaca Buku Bukan Sekadar Resipi, karya yang cukup menarik. Pertama kali menatap kulitnya k.gee ingatkan buku resipi yang biasa, yang penuh dengan resipi masakan seantero dunia... tapi k.gee silap rupanya... Bukan Sekadar Resipi bukan buku rujukan di dapur semata-mata... juga bukan sekadar tentang masakan dan resipi, tetapi ia lebih kepada gabungan masakan, pengalaman kehidupan, kasih sayang seorang ibu dan nikmat kebesaran Allah SWT... Setiap resipi yang dikongsi ada rahsia dan cerita tersendiri.  Sangat menarik buku ini dengan gaya penulisan yang bersahaja. Tak rugi memilikinya... Terima kasih kepada hubby menghadiahkannya kepada k.gee dan tahniah kepada Puan Roza Roslan yang mengilhamkan bahan bacaan keluarga yang sangat bermanafaat ini...


Resipi Jemput-jemput Ikan Wan Fatimah antara resipi menarik perhatian dan menggamit selera k.gee... pertama sebab resipinya ada kelainan dari jemput-jemput yang biasa, ada inti ikan di dalamnya... kedua sebab terpikat dengan nama Wan Fatimah, sama dgn nama arwah nenda k.gee yang memang gemar memasak untuk anak2 cucunya... Subhanallah...



Resipi jemput-jemput ikan ini resipi mertua Pn Roza dan nostalgia masakan emak ini beliau simpulkan dalam bukunya bahawa dapur dan resipi boleh menjadi pengikat hubungan menantu dan mertua.... menarik kan! Mari kita semak resipinya...   

JEMPUT-JEMPUT IKAN WAN FATIMAH
Resipi : Pn. Roza Roslan

Bahan A
5 ekor ikan kembung atau ikan selayang
1/2 inci halia
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 biji hirisan bawang besar

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 batang
hirisan lobak
2 tangkai daun bawang
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara :
1. Ikan direbus bersama halia yg dihiris, asam gelugor dan garam sehingga air menggelegak.  Tunggu sehingga ikan lembut dan masak.
2. Keluarkan isi ikan dr tulangnya dengan berhati2.  Lecek isi ikan sehingga lumat dan masukkan hirisan bawang besar.  Jika suka tambahkan sedikit garam dan lada sulah.
3.  Dlm mangkuk yg berlainan, bancuh bahan B sehingga adunan agak kental.
4.  Ambil 1/2 sudu adunan tepung, masukkan sedikit ramuan isi ikan ke dlmnya.  Kemudian tutupkan dengan 1/2 sudu adunan tepung.  Pastikan isi ikan berada di tengah-tengah.
5.  Dengan menggunakan sudu atau tangan masukkan ke dalam minyakpanas.  Lakukan sehingga selesai.
6.  Apabila jemput-jemput kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak.
7.  Jemput-jemput ikan sedap dimakan panas-panas dan dicicah bersama sos cili manis.