Pages

Friday, March 29, 2013

Bingka keledek


Bismillahirrahmanirahim.

Ya Allah Ya Tuhanku, di hari Jumaat yang barakah ini aku pohon kepadaMu agar Kau berkatilah kehidupanku, ibubapaku, suamiku, anak2ku, adik beradik dan saudara maraku serta sahabat2ku... Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari segala kekeliruan...

Ya ALLAH, jika ada di antara hati tersimpan rasa benci, ENGKAU ubahlah menjadi cinta. Sekiranya ada di antara kami hatinya kotor sucikanlah ya ALLAH. Sekiranya ada hati yang terluka ENGKAU sembuhkanlah lukanya itu. Ya ALLAH aKu memohon keampunan dan kebahagiaan daripada MU ya ALLAH dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."...

Amin ya rabbal 'alamin


Pagi ini kita layan kuih Melayu lama... kuih bingka keledek... ada juga yang menggelarnya kuih bakar... boleh saje kan Bundo... bak nak sikit bingka labooo Bundo yang ngancam tu... hehehe... bingka den ni dah solosai Bundo... gambar jer yang tinggal laiee....



BINGKA KELEDEK

Bahan-bahan :

250 gm keledek - direbus dan lecek halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
4 cawan santan pekat + 1 cawan air santan pekat
½ sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning (jika suka)
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi

Cara:

Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, esen, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 50 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.



Jemput jamu mata saje lah yer...

Wednesday, March 27, 2013

Layan tekak


Wah! nyamannya tekak dapat minum ice belnded di petang hari yang panas begini.... segar dari ladang you... aaarghhh... nikmat nyaaaa 


nah! ambil lah segelas....



MELON BLENDED


Bahan-bahanya

1 cawan tembikai yang dibuang biji (k.gee guna tembikai kuning)
2 sudu besar gula
1/2 cawan kiub ais
cara-caranya

1. Tembikai dipotong kecil dan dibuang biji, masukkan tembikai, gula, air dan kiub ais ke dalam blender.

2. Blender bahan tadi hingga semuanya hancur dan tuang ke dalam gelas.  Kalau suka boleh perahkan sedikit limau kastuir.  Sedia untuk dinikmati.



yummeh...!!

Tuesday, March 26, 2013

Bulat..bulat... cucur serunding ikan


Assalamualaikum... anak-anak di rumah sudah bangun ke? Jom cepat-cepat sediakan sarapan... bila bangun nanti gerenti senang hati mereka... tambah tambah ada makanan kegemaran... pasti senyum sampai ke telinga... sambil makan sambil memuji ibu yang pandai memasak... heeeee kembang hati ibu, kann...


Menu k.gee hari ini cucur badak inti serunding ikan... asalnya serunding ikan ini dibuat atas request hb nak cicah dengan nasi impit... jadi bila alang-alang buat k.gee buat sekilo ikan... memang banyklah dapat nya dan macam-macam menu boleh dibuat menggunakan inti serunding ini... itu hari buat popia, selepas itu buat karipap bakar, pulut kepal, kuih paung dan hari ini buat cucur badan pulak... kalau nak makan dengan nasi pon boleh... pendek kata serba boleh lah serunding ikan ni... janji rajin dan kreatip sikit... kannnnn




CUCUR SERUNDING IKAN

BAHAN BAHAN


4 biji (300g keledek kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
sedikit garam
Serunding ikan (rujuk di SINI)



Caranya:
1. Rebus keledek sehingga empuk.  Tos dan lenyekkan. Biarkan sejuk seketika.

2. Masukkan garam dan gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan uli hingga mendapat doh yang senang dibentuk.

3. Ambil sikit doh lebih kurang sebesar bola ping pong dan leperkan. Masukkan serunding di dalamnya. Tutupkan dan bulatkan kembali doh tersebut. Tekan supaya leper sedikit. Buat sehingga habis.

4. Gorengkan di dalam minyak penuh sehingga keperangan kedua2 bahagian. Toskan dan buat sehingga habis. Siap dihidang.



Selamat bersarapan...



Monday, March 25, 2013

Ikan lampam tempoyak


Lunch apa tu? amboiii... sedapnya makan ketam telur masin yer... nak sikit.... mentang-mentang lah cuti sekolah rajin la pulak ke dapur yer... anak anak mesti suka dapat makan yang best best kan... hehehe... yang penting anak suka ibu bahagia...


Anak-anak k.gee suka menu yang pedas pedas... sama macam emak dan ayahnya... kalau tak pedas tak sah makan... hantu podeh!! Hari ini kami layan masak tempoyak ikan lampam.... first time makan... sedapnya... isi ikan lampam ini sangat lembut dan halus tapi  harus berhati-hati yer sebab ikan ini banyak tulangnya... bimbang anak anak tercekik pulak nanti... sambil-sambil tu hirup kuah tempoyak yang masam-masam pedas tu... adoyaii!! pendek kata ibu mertua lalu pon tak nampak... hehehe... hampir-hampir fengsan... kekenyangan !!




IKAN LAMPAM TEMPOYAK

1 ekor ikan lampam
4-5 sudu tempoyak
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Daun kunyit dn daun kesum
garam dan gula secukupnya

Cara:

Bersihkan ikan dan potong 2 bahagian.  Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.  Campurkan tempoyak dan gaul rata.  Masukkan ke dalam periuk bersama ikan tadi.  Tambahkan air, garam, gula, daun kunyit dan daun kesum.  Masak hingga mendidih. 



Jemputlah...

Sunday, March 24, 2013

Jus janji ditepati...


Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada anak-anak sekolah... cuti cuti Malaysia yok..!!  Kami sekeluarga bercuti-cuti di rumah saja.... k.gee kena bertugas di program Jelajah Janji Ditepati...


Sambil berehat melayan anak-anak tu jom kita layan tekak yang sedang kering ini dengan jus laici aiskrim soda.... senang saje nak sediakan jus ini... sediakan gelas dan tuang aiskrim soda, laici dan sirap... tambahkan ais dan sedia di slruppp... nyamaaaan sekali....


Jom jus....

Thursday, March 21, 2013

Jus epal yang nyaman


Assalamualaikum.... ada sesiapa yang dahaga tak? saya..saya..saya.... mestilah dahaga k.gee sebab saya puasa hari ini... kan hari ini hari Khamis...  melampau tau pepagi lagi k.gee dah hidang jus epal dengan asam boi... nasib baik iman saya kuat lagi... tapi berbuka puasa nanti saya nak try lah buat air ni... 


hehehe... minta maaf yer kalau ada yang terliur tengok jus epal k.gee ni.... musim panas sekarang ni kan... apa kata kita banyakkan minum air dan jus buah-buahan... sekurang-kurangnya dapat menyamankan tekak serta menyegarkan badan... kalau boleh kurangkan manis dan ais... guna buah yang fresh dan air suam-suam kuku.... ermmmmm.... syedaapppp......



Terima kasih kepada Izanman D'cuppies yang beri k.gee petua untuk kekalkan warna hijau epal tu... katanya semasa epal di slice tu.. gaulkan dgn sedikit jus lemon.. ratakan dan kisar.... jadi epal tidak jadi kusam.... thanks for sharing dear...
  


JUS EPAL ASAM BOI

BAHAN-BAHANNYA


1 biji epal hijau
2 biji asam boi
1 sudu besar sirap gula (kalau tak bubuh gula lagi baik...)
1 gelas air masak
Air batu hancur secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2

Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak

Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya

Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas

Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati...


Jangan tension tension tau...
jom nikmati jus epal yang nyaman....


Wednesday, March 20, 2013

Selera kampung


Assalamualaikum... sedang buat apa tu? garu garu kepala nampaknya ? tak tahu nak masak apa yer ? Alahai... kesiannya... itulah masalah orang perempuan kan... setiap hari kena fikir nak masak apa, nak buat kuih apa, nak beli apa... selera pulak berubah-ubah setiap hari.. lain orang lain pulak citarasanya... kadang2 buntu fikiran dibuatnya...


K.gee bernasib baik sikit sebab emak tinggal bersama k.gee.... jadi bab2 memasak ni tak ada masalah besar sangat... kalau k.gee tak ada idea nak memasak tanya saje pada emak... biasanya emak dengan selera kampungnya lah... air tangan emak gerenti best... dan yang paling paling best lagi emak yang memasak kita tahu makan jer... hehehe.... sayang emak! 


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Bahan-bahan


1 biji jantung pisang besar
1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)

Bahan kisar/tumbuk
*5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi...)
*1 labu bawang besar
*segengam ikan bilis
*seketul kunyit hidup

sebatang serai & secarik daun kunyit
1 keping asam gelugor  
garam secukup rasa

Cara-cara

Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Celur sekejap dan toskan airnya.
Masukkan jantung pisang yang dicelur, santan cair dan bahan2 tumbuk tadi dan serai ke dalam periuk. Jerang di atas api sambil dikacau.

Bila hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit, garam dan asam keping.  Kacau supaya tidak berketul.

Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas...   

Buah tembikai di hujung tanjung
Masak sebiji di atas titi
kalau teringin nak makan jantung
sudi-sudikanlah ke dapor kak gee-hut ini...


Tuesday, March 19, 2013

Popia Serunding Ikan


Selamat pagi semua... matahari sudah terik memancar di pagi hari... kadang-kadang cuaca yang panas begini membuatkan kita cepat letih dan badan terasa lemah... nak buat kerja pun tak ada mood... yang ada mood malas aje...  apa kata kita berehat sebentar sambil menikmati nescafe beng di kedai kopi, nak?


Hehehe... jangan minum lama lama tau di kedai kopi... kerja dalam tray yang bertimbun tu siapa nak buat... minggu depan sudah cuti sekolah... compem nak bawa anak-anak bercuti-cuti Malaysia... lagi pun undangan kenduri kahwin pun banyak... so jom kita siapkan kerja hari ini jugak...!! (hehehe...sebenarnya ini warning untuk diri sendiri...)


Oklah... kita ke dapor gee-hut pulak yer... Popia serunding ikan ini menu minum petang semalam... kebetulan ada belen serunding ikan atau sambal ikan yang dimakan dengan nasi impit hari minggu lepas... k.gee ubahsuai sikit dan godek2 jadikan inti popia... sedap juga layan popia dng sos cili bermadu... tapi yang dalam pic tu bukan sos cili yer... itu hiasan semata-mata... hehehe


POPIA SERUNDING IKAN
Idea dr resipi Popia Satar Ikan dari Majalah MIDI

Bahan :

1 pkt kulit popia
2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili merah - hiris nipis
2 ulas bawang butih - tumbuk kasar
3 tangkai daun bawang - potong kecil
minyak untuk menumis
Sedikit tepung gandum dan air untuk dijadikan gam

1 mangkuk serunding ikan  (resipi bileh rujuk di SINI yer...)

Cara :

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.  Tumis bawang putih hingga garing, masukkan bawang besar yg didadu, cili dan daun bawang.  Gaul rata
2. Masukkan serunding dan gaul lagi. 
3. Angkat dan sejukkan.
4.Letak sedikit inti atas kepingan kulit popia, lipat dan gulung untuk menjadikan popia gulung. Buat sehingga habis. 
5. Goreng popia dengan api perlahan sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
6.  Sedap dihidangkan dengan sos cili atau sos kegemaran.

* Untuk gamkan kulit popia, bancuh tepung gandum dgn sedikit air dan sapu dibahagian hujung gulungan popia supaya ia nampak kemas. 



Jemput..jemput semua...
ambil sorang sebatang yer...



Monday, March 18, 2013

Jazakallah...



Assalamualaikum dan salam pagi Isnin semua.... Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang menggembirakan...

Dikesempatan ini k.gee nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat seluruh sahabat, kenalan, handai taulan dan sanak saudara yang telah memberi ucapan dan iringan doa sempena hari jadi k.gee kelmarin... terharu sangat.... Semoga keikhlasan serta doa kalian diberkati dan dimakbulkan Allah jua... Terima kasih banyak-bnayak dan hanya Allah yang mampu membalasnya ...

Terima kasih bunga melati... kamu semua dekat di hati.



Friday, March 15, 2013

Kek Pelangi Arora


Salam Jumaat yang indah dan penuh keberkatan... Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.aw...

Ya Allah... Aku Memohon kepadaMu ya Allah.. Kau tetapkanlah Imanku di sepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku di antara hambamu yang Solehah, Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan dan kemegahan dunia.. Kau peliharalah zuriatku dan keturunanku dari segala tipu daya syaitan dan jadikanlah anak2ku di kalangan mereka yang soleh dan solehah dan Kau ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....

Amin amin Ya Rabbal A'lamin



Assalamualaikum...  lewat k.gee bersiaran hari ini... alasan yang biasa biasa lah... busy dan yang sedihnya lappy rosak.... terpaksa tunggu berjam-jam sebab nak pinjam laptop hb... maklumlah hb pon busy juga... Hari ini tayang kek berwarna warni lagi lah nampaknya... selepas buat kek marble strawberi ituhari, ada pulak orang mengidam kat opis k.gee ni... siap nak tempah kek kononya... tak sampai hati pulak nak hampakan orang sedang mengandung... esoknya godek2 kek lagi... tapi kali ini k.gee guna resepi kek batik arora dari Dapor Azita Zain... kalau tak silap k.gee kek ini pernah popular di tahun lepas... sedap kek ini dan cantik kan...  


Kepada rakan k.gee yang mengidam tu, diharapkan berpuas hati dengan kiriman kek yang comot dari k.gee ini... semoga baby pon suka dapat makan kek pelangi untie gee yer...


KEK PELANGI ARORA

Sumber : Dari Dapor Azita Zain
Suai rasa oleh : gee-hut
Bahan-bahan :

•250gm mentega
•100gm gula kastor
•1 sudu kecil cream of tartar - saya tambah sendiri
•1/2 cawan susu pekat manis
•6 biji telur
•250gm tepung gandum
•2 sudu kecil baking powder
•5 jenis pewarna / perisa

Cara-cara :

1.Panaskan oven pada suhu 170C.

2.Lenser loyang dengan marjerin dan taburkan dengan tepung. Ketepikan.

3.Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan cream of tartar. Ketepikan.

4.Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.

5.Masukkan telur satu persatu (pastikan telur tu dah sebati barulah dimasukkan sebiji lagi hinggalah habis) dan pukul hingga rata.

6.Tutp mixer. Masukkan campuran tepung dan gaulkan adunan secara kaedah kaup dan balik.

7.Bahagikan adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak. Masukkan pewarna / perisa ke dalam setiap bahagian dan gaul rata.

8.Sudukan adunan satu persatu ke dalam loyang sehingga semua adunan habis.

9.Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api bawah selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.

* K.gee taburkan serbuk koko bagi setiap sudu adunan yang dilapiskan ke dalam loyang.


Sesuai untuk minum petang,
cubalah....


Wednesday, March 13, 2013

Bukan kerana nama...


 Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu


Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan


Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini


Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Resipi boleh rujuk SINI atau SINI yer...

Tuesday, March 12, 2013

Yang simple lagi...


Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa semua... pagi ini layan roti bakar aje lah yer... tuan rumah kebizian tahap gaban.... hehehe

daaaaa... insya Allah jumpa lagi esok yer....