Pages

Tuesday, April 30, 2013

Panas ke?


Panas...panas...panas...!!! grrrrrrr...... ada yang panas hati... ada yang panas vontot dan ada yang panas baran... ISTIGHFAAAAAR bebanyak yer... Allah sudah tentukan rezeki kita setakat itu sahaja... tapi jangan gusar jangan gundah gulana.... perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya.... apa yang kita tak dapat hari ini kemungkinan Allah SWT sediakan dengan rezeki yang lebih baik di masa depan... bersabarlah yer...




Nah...nah !! ambil air sirap selasih ini seorang segelas... kot kot boleh sejukkan hati dan menurunkan suhu badan yang tengah panas membara tu... kik! kik! kik...! jangan marah-marah yer... mari kita bersenda gurau... senda gurau bawa bahagia, kannnn...



SIRAP SELASIH

1 cawan gula
Sedikit pewarna merah (k.gee guna esen rose jenama Mak Andam)
1 helai daun pandan
1 sudu biji selasih
Air secukupnya
Ais kiub

Cara :

1) Masak air bersama pewarna merah rose, gula dan daun pandan sehingga mendidih. Sejukkan.
2) Rendam biji selasih di dalam air suam sehingga kembang. 
3) Tuang air secukupnya ke dalam jag, masukkan sirap rose dan biji selasih.  Kacau.
4) Masukkan ais kiub secukupnya.  Sedia untuk diminum. 
    Mmmmm...nyamannya tekak...


Monday, April 29, 2013

Jangan membazir roti


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin... Diharapkan semuanya dalam keadaan baik-baik belaka baik tubuh badan mahupun mood untuk memulakan minggu yang baru... minggu terakhir bulan April you... pantasnya masa berlalu kan... Pagi ini k.gee sampai awal ke pejabat sebab semalam bos sms minta sediakan bahan-bahan untuk dia bermesyuarat hari ini... mujur mood baik pagi ini... segalanya berjalan lancar... syukur alhamdulillah.... 


Ok, mari kita cerita pasal makan pulak yer... kalau sebut pasal roti tentu ramai suri-suri rumah yang suka sediakan menu roti kan... tak kiralah roti buat sendiri atau beli yang ready made... k.gee pon memang selalu ada stok roti di rumah untuk memudahkan menu sarapan pagi... kadang2 tu tak sempat nak godek2 menu sarapan jadi roti lah jadi penyelamat... roti bakar ke, makan dengan kaya ke, roti telur ke atau buat sandwich... memang macam2 boleh buat dengan roti kan? Cuma kekadang tu, roti tak menjadi pilihan... orang buat tak kisah jer... haaaa... time tu terpaksalah si ibu cepat2 reka menu special sebelum sampai tarikh luputnya... mujur ada orang yang kreatif yang mencipta resepi yang boleh pelbagaikan menu roti... terima kasih kepada mereka... Resepi kali ini k.gee ambil dari dapor Kak Ummi HSH dan ikut stail Ita Masam Manis gulung2kan roti sebelum dikukus... hehehe


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, Ita Masam Manis


Bahan:-

•8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
•200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
•200 ml air
•1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
•4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
•1 sudu teh garam halus
•1/2 sudu teh pes pandan
•2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-

1.Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.

2.Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

3.Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.

4.Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.

5.Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).

6.Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe

Kalau nak ikut stail Ita Masam Manis pon boleh :

Roti tu canai nipis dulu, kemudian gulung.


Lepas tu masukkan dalam bekas yang berisi adunan tadi biar terendan 10 minit

Angkat perlahan dan pindahkan ke dalam loyang

Ita guna loyang empat segi.

Pas tu ita taburkan buah2 coktail yang telah ita toskan airnya terlebih dahulu

Kemudian kukus.



Sedap dimakan sejuk...  nyum2x


Friday, April 26, 2013

Terung goreng berlada


Salam Jumaat dan salam penuh keberkatan... Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik, kesenangan, ketenangan dan diberi hidayah dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan akhirat...



Hari ini menu yang simple saje... boleh buat lauk tengahari ini...

TERUNG GORENG BERLADA

Bahan:


3 biji terung panjang- hiris menyerong
1 sudu sos tiram
Garam secukupnya
Segenggam ikan bilis
1 keping asam gelugor

Bahan kisar/tumbuk kasar:

1 biji bwg besar saiz kecil
2 ulas bwg putih
3 biji cili merah + 10 biji biji cili padi

Cara :
Panaskan minyak. goreng terung agak2 layu skit je.  ketepikan

guna minyak yg sama, goreng sejemput ikan bilis sampai garing, ketepikan

buang skit minyak bg tinggal agak2 3 sudu je...

tumis bahan2 kisar/tumbuk td

masukkan garam, sos tiram dan asam gelugor.  gaul sebati.
boleh curahkan ke atas terung yang digoreng tadi atau boleh juga digaulkan bersama kesemua bahan2 gorengan tadi.



Best tau.... cubalah!

Thursday, April 25, 2013

Kek Zebra UTC


Ya Allah jadikan permulaan hari ini penuh kebaikan...  pertengahannya membawa kejayaan... dan akhirannya suatu keberuntungan... Ya Allah Jadikan awalnya rahmat... pertengahannya nikmat dan penghujungnya penuh berkat..
 
Amin Ya Allah


Assalamualaikum... hari ini k.gee bersiaran langsung dari Pusat Transformasi Bandar Kuantan (UTC).  Hari ini giliran k.gee bertugas di sini.  Sambil2 menunggu pelanggan di kaunter, sempat curi-curi masuk dapor gee-hut sekejap... hehehe
 
" UTC menjadi pusat sehenti untuk penduduk Bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta.  Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ia dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu.  Antara agensi yang terdapat di UTC termasuklah PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara serta Majlis Perbandaran. Ini adalah satu kemudahan terbaru untuk rakyat membuat urusan tanpa perlu menghadapi masalah lagi dengan kesesakan jalanraya dan sebagainya."
 


Ok... jom ke dapor gee-hut pulak... ada kek zebra tau... kek ini k.gee buat atas permintaan anak dara k.gee si eQa untuk bawa bekal ke sekolah semalam... katanya teacher nak bawa berjalan ke Telok Chempedak semasa subjek Jawi untuk mengenali alam semulajadi... so murid-murid disarankan membawa bekalan makanan... eQa bawa bekal separuh saje yang separuh lagi emaknya bawa bekal ke UTC... sambil duduk sambil ngap kek zebra... gebu, lembut dan sedaaapp...!!



KEK ZEBRA
Resipi : Ma Salykitchen
 
 
200gm tepung gandum
13 sudu makan gula
6 biji telur
1 sudu baking powder
1 gelas minyak masak (150 ml)
1 sudu kecil ovalet
2 sudu makan susu tepung

Cara:

Gaul kesemua bahan d atas kecuali minyak masak.
Gaul adunan sampai menjadi putih dan gebu.
Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
Bagi adunan kepada 2 bahagian
1. Coklat
2. Biasa
Masukkan adunan ke dalam acunan berselang seling sampai habis.
Bakar pada suhu 160 selama 1 jam/sampai masak.


Jom zebra...
 
 

Wednesday, April 24, 2013

Pasta koboi


Sesekali teringin juga nak hidangkan menu western...tapi bukanlah purely western... maklumlah tekak orang Melayu manakan sama selera mat saleh kan... hajat di hati nak masak pasta carbonara ala chef Ismail tapi lain pulak jadinya... pasta goreng koboi... main campak aje serupa mee goreng mamak... ha ha ha ha.... Layan ajelah yer...


PASTA GORENG

500 gm pasta shell - rebus bersama sedikit minyak dan garam sehingga lembut
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu cili kisar
100 gm sotong/udang
1 kiub ayam maggie
i biji telur
1 sudu oregano
1 sudu serbuk lada hitam
1 biji capsicum hijau - potong dadu
Garam
Minyak masak - kalau ada olive oil lagi bagus

Cara-cara:


Tumiskan bawang putih dengan minyak sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan sotong/udang.  kacau.

Kemudian masukkan telur dan biar seketika.  Kacau lagi sambil masukkan capsicum, garam dan serbuk lada hitam. 
Masukkan pasta shell dan serbuk oregano. 

Goreng hingga rata.  Angkat dan hidangkan panas-panas...


Well done..!!


Tuesday, April 23, 2013

Kampung stail...


Musim belimbing buluh sudah tiba... Apa kata hari ini kita layan menu kampung nak... sambal ikan belimbing buluh ini ala-ala sambal gesek... kalau masak kuah lemak putih sayur kobis atau masak gulai lemak cili padi ayam ke daging ke memang sesuai sangatlah ada sambal ini... jom buat!


SAMBAL IKAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan : 

10 biji belimbing buluh
2 ekor ikan goreng - ambil isinya
10 bij cili padi
garam secukup rasa
Cara-cara :-   1. Hiris belimbing dan buang empulur tengahnya. 2. tumbuk cili padi hingga hancur, masukkan ikan tumbuk pecah2. masukkan belimbing, tumbuk pecah2 juga. tambah garam secukup rasa. gaul sebati dan boleh lah dihidangkan.  

 

haisyyyy....kecur air liur

Monday, April 22, 2013

Lepat labu


Assalamualaikum... Selamat pagi Isnin yang penuh syahdu... hahaha syahdu apa nyer k.gee oiii... kesunyian ditinggalkan rakan kongsi tau! Rindunya pada dia yang berada nun jauh di mata... Semoga Allah permudahkan segala urusan mu di  sana sayang...  


Pagi ini entri laju laju yer... biziiiiiiii....!!!  


LEPAT LABU

Bahan-bahan;

1 biji labu  – kupas kulit, potong dan rebus hingga empuk campur sedikit garam
1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu tepung gandum
1 cawan kelapa parut - putih
1 cawan gula
Daun pisang secukupnya - dibersihkan dan dilayur atas api

Caranya;

1. Labu dilenyek dan gaul dengan kesemua tepung, kelapa parut dan gula.
2. Kacau sebati.
3. Bungkus dalam daun pisang
4. Kemudian kukus dalam masa 20 minit ke 30 minit
5. Angkat dah sejuk (kalau ada bungkusan terbuka tu, betulkan semula bungkusan bagi kemas)


Sabaaaarrr... jangan gelojoh... panas lagi tu...
ermmmm.... sedapnyaaaa.....


Saturday, April 20, 2013

Laksam ~ MFF Kelantan Dish


LAKSAM - makanan popular di Kelantan... bagi k.gee ini merupakan cubaan pertama membuat laksam... biasanya k.gee beli saje kalau terasa nak makan... sejak mendapat pelawaan dari K.Nor Secubit Garam dan Gert My Kitchen Snippets  untuk memeriahkan Malaysian Food Fest Kelantan Month ini, hampir setiap hari k.gee memikirkan masakan Kelantan untuk dikongsikan di sini... walaupun k.gee bukan orang Kelate tapi menu Kelantan banyak yang menjadi peberet k.gee... seronok pulak dapat mempelajari dan mencuba menu negeri orang...  secara tidak langsung MFF ini dapat menambahkan lagi stok resepi k.gee... terima kasih Nor dan Gert...  


Resepi laksam ini k.gee selongkar dari cik gugel... banyak dapor juga lah yang k.gee ronda... resepinya ringkas dan mudah cuma ada sedikit masalah sebab k.gee tak ada tudung periuk... masa ronda2 dapor orang tu nampak ada orang gunakan acuan 'loose tin... jadi k.gee pon tiru macam tu... nasib baik menjadi... hehehe... orang kata hendak seribu daya kan...!!


Masakan Kelantan memang power....memang sedap... jom Kelantan...!!


LAKSAM

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam
 
1.Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.
 
 

 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Friday, April 19, 2013

Kuih lapis pink pucat...


Ini menu ketiga dari k.gee menggunakan produk jenama Mak Andam selepas sup tulang dan sos cili... Kuih lapis pucat ini k.gee gunakan sirap ros Mak Andam cuma mungkin sikit sangat k.gee bubuh sirapnya menyebabkan kuih jadi warna pucat... eQa anak dara k.gee suka sangat makan kuih ni... dia siap tanggal selapis demi selapis dan lapisan warna pink yang paling digemarinya... wangi bau bunga, katanya... hehehe... bau sirap ros Mak Andam la sayang....   



KUIH LAPIS

Resepi : Rinnchan

Bahan-bahan:

1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:

(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.

(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.

(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh...

Terima kasih Mak Andam dan Rinnchan... resepi yang sedap dan sirap ros pon sedap...

Thursday, April 18, 2013

Singgang ala Kelantan - MFF


Lauk singgang memang sinonim di Negeri Pantai Timur baik di Kelantan atau Trengganu dan sebahagian Pahang... cuma mungkin variasi masing-masing yang agak berbeza... malahan di Negeri Pahang sendiri pun menu yang menjadi favourite juga berbeza mengikut kawasan... kalau di sebelah Pahang Timur seperti Kuantan, Pekan dan Rompin kebanyakannya menu masakannya lebih cenderung kepada citarasa orang Trengganu dan Kelantan... manakala di sebelah Pahang Barat seperti Bentong, Raub dan Lipis menu mereka lebih cenderung kepada citarasa Melaka dan Negeri Sembilan.... of course yang podeh berapi punya laaa....


Berbalik kisah singgang ini, semenjak menetap di Kuantan lah k.gee pandai makan singgang samada singgang ikan atau daging... dulu tak kenal pon singgang.... bila kenal dan sekali makan terus saje jatuh chenta dan kerap pulak buat hidangan keluarga...  singgang memang masakan paling senang, ringkas dan lauk orang malas macam k.gee... hehehe.... semua bahan main campak aje dalam periuk, rebus dan bila sudah masak terus makan... nak sedap lagi makan bersama nasi putih panas2 dan sambal belacan... fuhh!! gerenti tiga pinggan youuu....!!!!  Cubalah....


SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

Bahan-Bahan:


300 gram daging batang pinang
3-4 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:

2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk kasar:

1 camca besar ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering
Cara penyediaan:

1 Masukkan semua ingredients bahan yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2 Renehkan hingga daging empuk. Sesuaikan rasa dan siap untuk dinikmati.



Kalau nak diikutkan pic kali ini semua kabur dan blur tetapi k.gee post juga untuk memeriahkan MFF Kelantan... maaf lah yer tangan akak terketar-ketar tak sabar nak makan nasi kuah singgang... ha ha ha

 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "
 

Wednesday, April 17, 2013

Agar-agar kelapa pandan... sejuk tekak sejuk mata


Panas panas begini memang best kalau dapat layan agar-agar kan... terutama agar-agar kelapa pandan yang sungguh sedap dan harum baunya... buat lembut sikit biar bergegar-gegar macam jeli... bila disudukan ke mulut... waaaa..... nyamannyaaa.... Terima kasih CMG kongsikan resipi agar-agar yang sedap ini... cuma k.gee derhaka sikit... hehehe 


AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
Resepi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)


5 gram serbuk agar2 (mat guna cap swallow)
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau
1 cawan santan pekat (k.gee tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.

2.Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata. (bahagian warna asal k.gee tambahkan santan pekat).

3.Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna (santan), biar mengeras dan toreh2 permukaanya. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi (mat buat guna 2 bekas yang sama). Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..

4.Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...



Ermmmm....yummy!!



dan terima kasih buat mama vogue NaSya yang sudi kasi award pada dapor gee-hut... sorrry yer terlewat angkut award sebab kren rosak... hehehe

Tuesday, April 16, 2013

Layan mak andam lagi...


Produk jenama Mak Andam dari Pahang ini boleh tahan juga rasanya... K.gee sudah beli 3 jenis produk keluaran mereka... sup bunjut, sos dan sirap ros... kesemuanya k.gee sudah cuba dan memang ada 'class'... kira-kira 99% sedap di tekak k.gee lah... ok lah tu... semoga usahawan-usahawan Bumiputera dapat meningkatkan kualiti produk mereka dan mampu bersaing di pasaran global... cewah! macam YB lak k.gee berkempen hari ini.... hehehe terpengaruh dek demam pilihanraya lah bang....


Sup memang kegemaran kami sekeluarga lebih-lebih lagi cik abang k.gee... kalau makan di kedai hb selalu oder bagai-bagai sup... kadang2 sup puyuh, sup belut, sup sayur, sup ayam dan yang paling peberet sup tulang laaa... kalau menghirup sup tulang memang sedap... lebih-lebih lagi dapat tulang yang fresh dan ditambah pula rempah ratusnya yang  beraroma... lagi sedap kalau ada sambal kicap cili padi yang kaw.... fuhh!! berpeluh dibuatnya.... Untuk kali ini k.gee buat sup tulang menggunakan ramuan rempah sup jenama Mak Andam yang k.gee beli di Pameran MIHAS baru-baru ini... sedaaaapppp...!!



SUP TULANG

Sumber : Potret Kasih
Resepi asal : Nor Secubit garam
Bahan:

1 kg tulang lembu
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus (saya guna 4 ulas bwg putih )
2 in halia diketuk
1 rempah sup Mak Andam
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :

5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.
Hidangkan ke dalam mangkuk bersama sambal kicap dan taburlah bawang goreng dan daun sup.



Jom hirup sup mak andam....

Monday, April 15, 2013

Bubur jagung keledek oren


Assalamualaikum dan salam pagi Isnin... semoga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu... alhamdulillah hari ini kesihatan k.gee semakin baik dan sudah boleh bekerja semula setelah 4 hari bercuti... Hari ini kena buat entri xpress sebab kerja berlambak sedang menunggu... hehehe


Enti kali ini bubur jagung bersama keledek oren... Bubur ini k.gee buat petang semalam... kebetulan ada baki sebiji keledek oren selepas buat pengat pancawarna untuk penggambaran dengan majalah Saji hari Jumaat kelmarin... Biasanya jagung manis kurang berkanji jadi k.gee kahwinkan jagung dengan keledek dan sagu mata ikan supaya kuahnya lebih pekat dan lemak berkrim... ermmm.... sedap dapat slrup bubur di petang hari... kena pulak tekak tengah rasa payau ni dapat makan yang manis-manis memang ngam lah... 


BUBUR JAGUNG KELEDEK OREN

Bahan-bahan


2 tongkol jagung manis - dihiris
1 biji keledek oren - dipotong dadu
250ml santan pekat
1 senduk gula pasir
air secukupnya
1 sudu besar sagu - cuci dan toskan
Secubit garam
sehelai daun pandan

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali sagu dan masak sehingga mendidih.  Kacau sentiasa supaya tidak pecahminyak.  Masukkan sagu dan rasakan manisnya.  Tutup api.  Siap utk dhidang.




Dikesempatan ini k.gee nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Zana dari majalah Saji yang sudi berkunjung ke dapor gee-hut yang baru setahun jagung usianya dan masakan pun biasa-biasa sahaja.... dan tidak lupa jutaan terima kasih juga buat Kak Ummi cayang (HSH) yang membuka peluang kepada k.gee bertemu mereka... sayang you all... muah muah...