Pages

Wednesday, July 31, 2013

Biskut Nestum Nutella


AsSalam...! cik2 puan sedang mengukis ke? mmmm....semerbak harum baunya... wah! sudah berderet balang kuih tu nampaknya... jangan lupa satu balang buat bonda dan mertua di kampung yer... tentu bahagia mereka bila anak menantu buatkan kuih raya untuknya... tambah2 kuih kegemaran... mertua k.gee suka biskut samperit dan putu kacang.... bonda k.gee pula sukakan biskut oat dan rempeyek... InsyaAllah weekend nanti k.gee akan buatkan biskut fav bonda2 sekalian... ahai...sayang bonda!     


Ini kukis pertama k.gee... biskut nestum nutella ini cedok dari resipi Biskut Nestum Coffee Nut oleh K1 Citrasawan... bile tengok bahan2nya terus k.gee terpikat cuma k.gee derhaka sikit ikut kesesuaian citarasa sendiri... hehehe minta izin yer K1... Biskut ini memang sedap dan berbaloi2... sebab itu sudah habis setengah balang... nampak gayanya kena buat lagi esok lusa... biasalah anak2, kan...  



BISKUT NESTUM NUTELLA 

Adaptasi : Biskut Nestum Cofee Nut dari Resepi Citarasawan

Bahan A

200gm mentega
20gm shortening
70gm gula icing
60gm peanut butter  (k.gee guna nutella)
2 sudu kecil coffee emulco

Bahan B

230gm tepung rose (k.gee guna tepung gandum)
40gm tepung jagung
60gm nestum di kisar halus

Hiasan : Chocolate masakan cair dan Chocolate Rice


Cara-cara :

1. Krimkan bahan A, masukkan bahan B dan uli menjadi doh.

2. Canai dan terap dengan acuan disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris.

3. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.

4. Biarkan biskut sejuk baru dipaip dengan chocolate masakan dan ditabur dengan chocolate rice.




Terima kasih K1... sangat2 sedap kukis ni...
mabeles..mabeles...


Tuesday, July 30, 2013

Maaf Zahir & batin


Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri...



Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.



Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan si anak kera
Ketupat rendang bakal tersedia
Jemputlah semua ke teratak hamba...

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA....

Monday, July 29, 2013

Talam kacang merah


Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ini kita sudah melangkah masuk ke 10 terakhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan... marilah kita berdoa semoga Allah beri peluang untuk kita beramal dan bertemu dengan malam Al-Qadr... Amin...


Hari ini tak dapat nak bercerita panjang sebab tuan rumah kurang sihat... ditambah dengan cuaca di luar sana yang sangat terik panasnya... terasa longlai seluruh anggota... Jom terus saje ke dapor dengan menu klasik gaya feminin... pink color..! boleh kan derhaka sikit... hehehe



TALAM KACANG MERAH
Resepi : KakAsma
Olah rasa : gee-hut

*1 cawan tepung beras
*2 sudu besar tepung gandum
*4 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan kacang merah (kacang kidney bean dlm tin)
*sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:

1.Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah. Kacau rata. Tapiskan.
2.Masukkan kacang merah dan kacau hingga sebati.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Bahan Lapisan Atas:

*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:

1.Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
2.Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
3.Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang merah.
4.Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
5.Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan hidangkan.


Selamat berbuka puasa...

Thursday, July 25, 2013

Rezeki Ramadhan


Alhamdulillah... di bulan Ramadhan yang mulia ini Allah kurniakan rezeki buat k.gee dan famili... terima kasih Ya Allah... dan terima kasih buat majalah Aroma serta Editornya, Cik Siti Dimiati... terkejut k.gee bila Cik Siti hubungi dan nak interview k.gee... panik sekejap dengan soalan2 yang ditujukan... nasib baik dapat mengimbau kembali beberapa memori indah di aidilfitri yang lalu... hehehe 


Kisah nostalgia beraya k.gee beserta gambar keluarga dan 13 resipi tersiar di dalam Majalah Aroma keluaran bulan Ogos... resipi2 yang tersiar bukanlah hak k.gee tetapi resipi yang telah k.gee cuba, rasa dan k.gee abadikan di dalam dapor maya gee-hut.blogspot.com... terima kasih kepada tuan punya resipi dan k.gee minta halalkan yer....


Inilah antara resipi dan gambar2 yang tersiar... tak sabar-sabar nak tunggu Majalah Aroma sampai dr pihak penerbit, petang semalam terus intai2 kat kedai dan rembat 2 naskah sekali... hehehe... punyalah excited!


Terima kasih kepada semua.... muah...muah... sayang semua!


Jom beli Aroma keluaran Aidil fitri yok..

Wednesday, July 24, 2013

Kuih lapis cendol


Jangan marah yer pepagi sudah tayang makanan itu ini... bulan puasa memang seronok kalau bercerita pasal makanan...cerita menu berbuka menu bersahur dan yang paling best menu tak bangun sahur... huuuu tak terkejut tidur!! kesiaaan.... hehehe...


KUIH LAPIS CENDOL
Rujuk Dapor : CTDelima
Resepi asal : CMG
Suairasa : gee-hut


Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
Sedikit garam

Bahan Lain:
1/2 cawan air gula merah (masak gula merah bersama 1 cawan air)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi dua sama banyak.
2. Satu bahagian dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.

3. Satu bahagian lagi dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi sama banyak. ketepikan.

4. Panaskan kukusan dan lenserkan loyang 8x8x3 inci dengan sedikit minyak. Kemudian tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah perlahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan).

5. Lakukan lapisan seterusnya dengan 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah. Kukus selama 10 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.


Bulan puasa kena banyak bersabar yer...
heeee.... peace!


Tuesday, July 23, 2013

Bubur kacang


Syukur alhamdulillah... dua minggu kita berpuasa... tinggal baki lagi dua minggu untuk kita melaksanakan ibadah secara maksima di bulan Ramadhan yg mulia ini... Subhanallah, Alhamdulillah Allahu hu akbar... Moga Allah menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita..


Satu hari satu menu dari dapor gee-hut... hari ini k.gee kongsikan resipi mudah saje bubur kacang hijau dan merah...  buat lebih sikit dan biarkan sejuk dalam peti ais... masa berbuka makan semangkuk dan bakinya simpan sejuk untuk moreh selepas terawih.... pergh!! kalau ada roti atau biskut 'osborne' lagi sedap, kata CMG, kannn....



BUBUR KACANG

Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau
1 tin kacang merah (red kidney beans)
1 daun pandan
1 senduk gula merah
1/2 cawan gula pasir
4 cawan santan
1 sudu makan biji sagu
Secubit garam

Cara Penyediaan:

Rebus kacang hijau hingga kembang. 
Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan. Kacau hingga mendidih.
Masukkan biji sagu dan kacang merah. Kacau sebati dan tutup api.

Sedia dihidangkan.


Aduhai sedapnya bubur kacang... yummy!!


Monday, July 22, 2013

Cucur rangup delima zamrud


Alhamdulillah... kita sudah berada di fasa maghfirah fasa keampunan...  marilah kita sama-sama perbanyakkan meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada kita sedar atau tidak...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, dosa suami dan anak-anak ku, dosa kedua ibubapaku...

Ya Allah Ampunkan mataku, Ampunkan Telingaku, Ampunkan Lidahku, Ampunkan Tanganku, Ampunkan Seluruh Jasadku.

Ya Allah peliharalah diriku daripada dosa Zahir dan batin,
Ya Allah Ya Rabbal Alamin.




Hari ini layan cucur udang rangup delima zamrud.... hamboiii!!! mewahnya cucur k.gee siap ada batu cincin segala bagai... hehehe.... bukan delima zamrud batu cincin yer sayang.... tapi CHEF Delima Zamrud tuan punya resipi cucur rangup yang sedap ini... kalau tak percaya cuba tanya Mas, Izah, Noorsha dan mereka2 yang sudah mencuba dan merasainya... memang best kannnn.... !!!



Cucur Rangup Delima Zamrud

Sumber : Mas Duniaku
Resepi : Delima Zamrud

Bahan :

*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 .

Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINI, jangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.

Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar.

Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.

Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.


Cucur udang rangup cicah sambal tumis semalam....
sedaaapppp.....

Friday, July 19, 2013

Onde-onde buah melaka


Bismillahirrahmanirrahim...
 
Salam Jumaat dan salam Ramadhan yg mulia... sudah 10 Ramadhan rupanya... alhamdulillah syukur... mudah-mudahan puasa dan ibadah kita diterima Allah hendaknya...
 


Menu apa hari ini ? Buntu ? memang betul tu.. k.gee pun selalu fenin cari idea nak masak untuk iftar... kalau ikutkan selera anak2, macam-macam pula kehendaknya... yang satu nak ayam yang satu nak nasi goreng yang satu nak mee... haisy!! fenin...fenin... yg mana satu idaman kalbu? Layan onde-onde aje lah yer...

 

ONDE-ONDE BUAH MELAKA
 
Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
1 cawan air pandan
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut
2-3 keping gula Melaka- potong dadu
 

Cara:

Masukkan tepung pulut, sedikit garam ke dalam mangkuk.  Masukkan air pandan sedikit2dan uli sampai menjadi doh sebati dan tidak melekit.  Ambil sedikit doh dan jadikan seperti bola kecil, buat lubang ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka. Didihkan air danmasukkan bebola tadi.  Apabila timbul angkat dan toskan dan golekkan di atas kelapa parut yg dicampur sedikit garam. 
Buat sehingga habis.  Siap menu iftar.  Selamat Berbuka !!
 
 

Thursday, July 18, 2013

Daging masak lemak cili padi


Assalamualaikum... sedang buat apa tu...? Sudah siap ke juadah untuk berbuka hari ini...? Hamboiiii... pantasnya... bolehlah goyang kaki yer... k.gee masih terkial-kial dok membelek resipi apa untuk iftar hari ini... pagi tadi ada hb cadangkan makan roti canai saje cecah kuah dhal katanya... ermmmm... bagus juga idea hb tu... lagipun masak lemak daging semalam pun masih berbaki... bolehlah digandingkan sekali... nampak gayanya emak lah yang kena menguli doh roti canai... anak2 memang suka roti canai yang wan (nenek) mereka buat.... lazat kata eqa... garing di luar dan lembut di dalam... lemak pulak tu... gerenti berkeping-kepinglah untuk k.gee seorang.... hehehe...



Masak lemak cili padi ini memang favourite k.gee dan famili... sengaja buat lebih sebab bukan saje sesuai dimakan dengan nasi malah boleh dimakan bersama roti, roti canai, roti jala atau lempeng kelapa pun boleh... so, kalau ada kuah lebih jangan dibuang yer... kitar semula!!  



DAGING MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan:

500 gm daging batang pinang
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Segenggam cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam gelugor
2 batang serai
3 biji kentang
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-Cara Memasak:

1. Daging dihiris nipis-nipis. 

2. Blend cili api, bawang merah, b. putih, halia dan kunyit hidup dgn sedikit air...

3. Masukkan daging yang telah dihiris bersama bahan2 kisar ke dalam kuali.   Jika perlu tambahkn sedikit air.  Masak sehingga daging empuk.

4. Kemudian masukkan santan cair, kentang yang telah dipotong, serai dan daun kunyit.
5. Bila kentang sudah empuk, masukkan pula santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa.

6. Biarkan menggelegak dan kuahnya pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Selamat memasak dengan penuh kasih sayang
masak dari hati yer...

Wednesday, July 17, 2013

Pengat pisang


Pantasnya masa berlalu kan...? Tup..tup.. sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa... syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa dan berterawih dengan baik... dan semoga dapat meneruskan lagi ibadah puasa hingga ke akhirnya... amin


PENGAT PISANG

Bahan-Bahan :

4 biji pisang nangka (dipotong kecil)
1 liter santan
1 cawan air
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula
Secubit garam
2 sudu sagu biji (basuh dan toskan)
1 helai daun pandan


Cara-Cara:

1. Masukkan santan, gula melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  kacau2kan selalu supaya santan tidak berbintil. 

2. Masukkan pisang dan garam.  Masak seketika sehingga kuah agak pekat. 

3. Akhir sekali masukkan sagu biji. Siap.


Pengat pisang memang peberet k.gee... nyum2x

Monday, July 15, 2013

AROMA ANTARA BENUA


Assalamualaikum... alhamdulillah bertemu lagi di 6 Ramadhan setelah beberapa hari berehat dari dapor maya... tuan rumah tak ke mana-mana... hanya di rumah melayan selera berbuka anak-anak yang pulang dari asrama... sambil itu ralit menikmati buku Aroma Antara Benua sentuhan feminin Roza Roslan... Buku ini bukan sekadar memaparkan koleksi resipi air tangan Roza atau nama sebenarnya Raudzah malah dilengkapi catatan peristiwa yang dilaluinya sewaktu berkelana di beberapa negara mengikut suami tercinta.... banyak pengajaran yg boleh diteladani dari buku ini... pada k.gee tak rugi memilikinya... hehehe... bukan nak promo cuma nak berkongsi pengalaman... izinkan yer...


Resipi epal goreng snowdonia adalah antara resipi menarik dari buku ini... ini permintaan dari encik suami yang awal-awal lagi sudah 'cop' nak baca dulu buku ini... sehari semalam sudah tamat dan terus oder epal goreng snowdonia ini untuk menu iftar kelmarin... kelam kabut k.gee membuatnya sebab katanya nak makan panas-panas... so kenalah tunggu 10 minit masuk waktu berbuka baru nak menggoreng dan 2 minit pula untuk edisi menembak.. hihihi.... alhamdulillah berjaya juga akhirnya... sah!! memang sedap sehingga menjilat jari lah kiranya.... best...5 bintang !!  


EPAL GORENG SNOWDONIA
Resipi : Roza Roslan - Bukan Sekadar Resipi: Aroma Antara Benua

Bahan2:


5 biji epal hijau
1 cawan tepung serba guna
2 sudu besar tepung jagung...
2 sudu besar mentenga cair
2 sudu kecil gula
1 biji telor
Stengah cawan susu segar
Garam secukupnye...
Minyak masak secukupnya tuk mggoreng
Gula aising n serbuk kayu manis...

Cara2:

1.Buang empulur epal,basuh n dihiris bulat2...gaul dgn sdikit garam...

2.Masukkn tpong serba gune,tpong jagong,gula dan garam ke dalam bks adunan...

3.Buat lobang ditengah2 tepong kemudian masukkn mntega cair dan telur...Kendian curahkn susu sdikit demi sdikit.

4.Gaul adunan sehingge sebati dan tidak bergentel....

5.Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tpong dan goreng di dlam minyak panas.  Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.

6.Tuskan minyak. Sebelum mghidang, tabur gula aising dan serbuk kayu manis dgn mggunakan penapis teh ke atas gorengan epal...

7.Epal goreng Snowdonia enak dimakan bersama krim dan jem atau madu...

 
 
Selamat berbuka puasa....

Friday, July 12, 2013

Karipap pusing mak saya...


Salam Jumaat semua... apa menu iftar hari ini yer... ? Mesti yang sedap-sedap kan... maklumlah layan perut lapar... hehehe... yang penting kita sediakan makanan berkhasiat untuk suami dan anak2 tersayang... dan ahaaaa perlu ingat satu perkara... jangan membazir yer... amalan syaitan tu...


Menu k.gee hari ini menu biasa-biasa saje... karipap pusing yang rangup hasil air tangan mak... k.gee tolong sediakan bahan dan tolong gorengkan saje... hehehe... untung kan kalau mak ada di rumah... hari2 boleh makan masakan mak... Jom semak resipinya...

KARIPAP PUSING MAK SAYA

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang
Sedikit udang kering - tumbuk


Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.


Mari...mari..!! karipap panas... karipap panas... dua singgit...dua singgit...


Thursday, July 11, 2013

Samperit kedut.. aci tak?


Salam 2 Ramadhan buat semua pengunjung dapor gee-hut... Baru 2 hari puasa sudah ada biskut raya ke...? hehehe... Bukan kemaruk nak raya tau... tapi tak sempat nak tayang menu berbuka puasa... maklumlah terkejar-kejar dengan masa... masak pun serba ringkas sahaja... yang penting keluarga dapat menikmati juadah dari air tangan kita sendiri kan....



Biskut samperit kedut ini k.gee buat beberapa hari sebelum Ramadhan... masa membelek2 resipi terlihat resipi Biskut Samperit Istimewa dari marjerin Daisy... Resipinya nampak menarik sebab guna telur rebus... bila tengok bahan2 ada dalam stok so apalagi! terus aje godek2... cuma terpaksa ubahsuai sikit nama dan bahan2 ikut citarasa sendiri...nama kedut tu muncul sebab biskutnya nampak berkedut... biasalah kan, derhaka! kata CMG... hehehe


BISKUT SAMPERIT KEDUT

BAHAN A :
4 biji Kuning Telur – direbus
100 gm Gula Kastor
¾ sudu kecil Garam

BAHAN B :
150 gm Minyak Jagung Daisy

BAHAN C :
40 gm Tepung Gandum
100 gm Tepung Naik Sendiri
80 gm Tepung Jagung
40 gm Tepung Kastard
(Campur bahan C sekali)

BAHAN D
½ sudu kecil Coklat Emulco
(k.gee tukar cappucino emulco dan tambah choc rice dan esen vanila sbb nk hilangkn bau hanyir telur rebus tu...)

Hiasan
Telur Glaze
1 biji Telur
1 sudu besar Susu Cair
Badam Batang secukupnya

Cara-cara :

1. Putar bahan A selama 4 minit. Masukkan Minyak Jagung Daisy dan putar selama 1 minit, Masukkan bahan C dan putar lagi selama 1 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan di mangkuk berasingan. 1 bahagian adunan diletakkan coklat emulco dan diramas sehingga sebati untuk mendapat warna coklat, 1 bahagian adunan lagi dibiarkan warna asal.
3. Adunan coklat dimasukkan ke dalam acuan samperit dan dipicit memanjang untuk lebih kurang 5cm.
4. Kemudian, adunan berwarna asal dipicit bersebelahannya untuk menjadi satu biskut.
5. Biskut-biskut disapu dengan telur glaze dan dihias dengan badam batang.
6. Bakar pada suhu 175°C selama 22-25 minit.


Sedap dan rangup biskut ini... cubalah... Terima kasih Daisy

P/S : Ada sesiapa tak tahu macamana nak settlekan masalah ini :
Blog k.gee ada problem nk masukkan wording, cursor pon tak appear... terpaksa gunakan html... tolong yer kengkawan...