Sunday, November 28, 2010

Ayam panggang putis...

Konon2 nak try buat ayam panggang ala kenny rogers (...ahaks) macam chef kat bawah ni... sungguh menyelerakan ...i like...

ermmmm.....sedap nyer

Ini projek aku... ayam diperap dengan rempah ratus siap ada kentang lagi... ala2 western gitu..ahaks

ahai....sudah siap dipanggang...
rasanya boleh tahan gak tapi kenapa putiss jer...? Tak apa lah janji hb suka kan..kui..kui..kui

Friday, November 26, 2010

♫ ♥ ♫ An An An tottemo daisuki DORAEMON ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♫

Doraemon berasal dari kata “dora-neko” yang berarti “kucing tersesat”, sementara akhiran -emon merupakan suatu akhiran nama yang umum di Jepun. Makanan kesukaannya ~Dorayaki... Jom kita tengok dorayaki yang doraemon suka tu...

Dorayaki ke ni...? Aww

sedapppp nyer..

Saya makan dorayaki tapi saya bukan Doraemon tau...

Duhai muslimah...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.

Thursday, November 25, 2010

Yeeba2x...andre...

Sukanya hati....rasa nak melompat bila roti mexican bun sesi ke2 sudah menjadi dan sedap banget...yaahooooooo....!!!!!

huuu....cam spiral...

tapi..... untuk makan sendiri aje lahh...tak bape comeyyy..ahaks

Wednesday, November 24, 2010

Hepi besday AiN

Semalam operasi dapur berasap 3 in 1... 1~ Kek belang 2 ~ Mufin nenas 3~ Mufin coklat... hehehe... walaupun penat dan mata mengantuk tapi seronok sangat dapat buat juadah2 ni sempena hari jadi anak remajaku Nurul Ain 14 tahun...
resepi ni dapat kat http://yateasybakes.blogspot.com/ terima kasih tuan tanah...sedappp
belang2 kuda belang...kik kik kik yang ni untuk food tester...mr. hubby yang ini dak AiN yang tolong buatkan... rajin anak emak... yang ini untuk naga2 kat KDM.... hahaha yang ini pulak...menu breakfast pagi ini... homemade punya.... selamat menjamu selera la yer hubby, anak2 & ayah bonda kat rumah tu...

Tuesday, November 23, 2010

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan, saudara kita.
Wasallam. Jazakallah khairan

Sunday, November 21, 2010

Melepak@cuti sekolah...

mari psg khemah...hai..!! jom mandi laut...hahaha...ayah jatuh...obes la tujemput makan...
uik..!!.roti tak menjadi ikut gak...ayah...eQa nk swimming yeah.. ayah tak dapat kejar papparazi... star la konon...ewaaahhh..!!
apa yang menarik tuh...?waaaa ada twin tower...owww..ini toke nyer yer..? eQa pon ada KLCC juga..
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015