Ya Allah... sekali lagi aku terima dugaanMu...anakku demam panas dan muntah2...aku bergegas ke KMC untuk mendapatkan rawatan dengan harapan eQa dimasukkan wad dan segera terima rawatan... malangnya aku diberitahu kesemua bilik KMC (wad) telah penuh dan aku hanya boleh mendapatkan rawatan pesakit luar... aku kembali ke rumah selepas dibekalkan ubat demam dan anitibiotik... sepanjang malam aku terpaksa berjaga'sponging' seluruh badan eQa kerana temperaturenya terlalu tinggi 40 darjah c. Kasihan badannya mengggigil2 ...
Paginya aku terus membawa eQa ke KSH pula untuk segera mendapatkan rawatan ...sekali lagi malang bagi aku, doktor yg sepatutnya merawat eQa ada mesyuarat pula dan terpaksa menunggu sehingga ke petang... sementara itu, eQa menjalani ujian x-ray dan diambil sample tisu di tekaknya... kasihan sungguh anakku eQa...dia nampak lemah longlai...kelopak matanya nampak begitu berat sekali hingga hampir2 menutupi matanya yg bundar itu...amat terharu melihatnya...
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, keputusan pun keluar dan... Ya Allah ya Tuhanku... seluruh anggotaku lemah longlai...menggigil tangan dan kakiku... gelap duniaku seketika... air mataku bercucuran.... anakku positif H1N1..." hubby!!!!!!! balik lah segera, anak sakit ni..." tak tertahan airmataku... aku memeluk eQa seeratnya...
Aku diminta membawa anak ke HTAA untuk rawatan lanjut... aku kebingungan... tak berdaya...aku tersangat lemah...lemah seluruh anggotaku, lemah semangatku, lemah...lemah dan lemah.... namun aku gagahi juga demi mendapatkan rawatan untuk anak kecilku... aku hubungi rakan sepejabat minta hantarkan aku ke hospital... terketar2 aku mendukung eQa sambil membawa x-ray dan keputusan rawatan di tangan... sesampai di hospital, aku diminta menunggu di bilik rawatan khas di Unit Kecemasan HTAA... dap dup dap dup...berdebar2 jantungku...terasa senak dadaku menahan degupan seolah2 dihentak seketul batu besar... kuusap rerambut eQa sambil kukucup dahinya... dia merenungku dengan matanya yg redup itu... airmataku tertumpah lagi... ohhh anak... Ya Allah ampuni dosaku...YaAllah kau sembuhkanlah anakku...YaAllah kau berikanlah petunjuk dan hidayahMu agar aku tabah menghadapi apa jua ujianMu....hanya padaMu aku berserah YaAllah....
Tiba2 aku dikejutkan apabila nama Nurin Afiqah dipanggil... doktor memeriksa eQa dan membelek2 laporan perubatan dan x-ray yg aku bawa dari KSh tadi... lama juga dibeleknya... aku berdebar2... beberapa soalan diajukan padaku tentang tahap kesihatan eQa... aku hanya mampu menjawab ya dan tidak... terasa halkum ku sempit sekali.... selepas beberapa ketika... doktor pun berkata...
"saya rasa paru2 anak puan ni ok, dia demam sebab tonsil bengkak bukan sebab jangkitan paru2, saya akan bagi ubat demam dan antibiotik dan puan boleh bawa dia balik rumah..."
"haaaa...anak saya tak perlu masuk wad ke?? tapi doktor KSH kata anak saya positif h1N1? "
Doktor muda itu menambah lagi...
"macam ni puan, kalau anak puan ada didapati sesak nafas atau demam bertambah kuat, puan bawa semula dia ke sini, sementara itu puan berilah dia ubat2 ni dulu ya..."aku tak tahu...aku bingung... namun aku bersyukur.... anakku masih selamat.... aku kembali ke rumah... aku hubungi hubby... YaAllah hanya engkau yang Maha Mengetahui....
No comments:
Post a Comment