Tuesday, November 16, 2010

Puasa Arafah

Hari ini 9 Zulhijjah sunat berpuasa Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibdah haji iaitu sempena hari Wukuf. “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)
Bagi sesiapa yang berkesempatan, jangan lupa untuk berpuasa pada hari Arafah!
Wukuf di padang Arafah merupakan puncak pelaksanaan ibadah haji bagi setiap umat Islam dengan hadir di padang arafah untuk berdoa kepada Allah. Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti di situ walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
semoga mak dan semua jemaah haji dipermudahkan urusan mereka dan memperoleh haji yang mabrur... ameen...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015