Wednesday, September 24, 2014

Kuih Keria


Selamat Pagi...! Sarapan apa hari ini..? K.gee makan kuih keria bersama kopi-o panas... keledek dibawa balik oleh encik hb dari Cameron Highlands... bertimbun dibelinya... terpaksalah diagih-agihkan kepada adik beradik... ada yang dibuat cucur badak, rebus dan goreng... yang ada di rumah k.gee buatkan kuih keria... sedap betul keledek oren cameron highlands ni... manis sungguh...!  


Kuih keria mudah saja menyediakannya... cuma bab nak menyira tu k.gee selalu fail... kadang-kadang gula tehangus kadang-kadang tercair... nasib baik ada Bdaria yang sudi berkongsi ilmu menyira gula... Jom kita buat kuih gelang @ kuih keria...


KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)

1 cawan tepung gandum

1/2 s/k garam

Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.

2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan

3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.

4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

 

Sedap tau makan kuih keria...
jemputlah....!


8 comments:

Miz Eija said...

kuih fav saya... thanks kak gee bg resepi.. ada kelapangan saya cuba.. ~salam perkenalan dari eija :),,

Tina Othman said...

Sedapnya, tak penah berjaya buat keria ni

joceline lyn said...

So Nice ~ i like this kuih. Yummy !

aTieYusof Family said...

wahh..sedapnya..Kuih Keria ni peberet sy juga..klu jumpa mesti beli..blm pernah buat sendiri..hehe..
salam kenl ya. follow sni..jemput jalan2 ke blog sy:)

Rohah said...

Sedapnya mkn kuih ni time suam2 lagi..

zana fahmi said...

Keledek oren mmg Mani's Gee, Kat sink agak mahal. beli yg kopek je...

rahel said...

Lama tak buat kuih keria ni...kena cari keledek nampaknya...cantik kejadiannya..

zila norazila said...

Tmpt zil keledek oren susah nk jumpa..mmg tringin nk mkn sedapnye kak.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015