Sunday, August 9, 2015

Gulai ikan senangin... rindunya


Sejak bermulanya musim raya, baru hari ini k.gee dapat meluangkan masa berada di rumah sambil memasak lauk favourite... menu ikan lah makanan kegemaran k.gee... haha... Maklumlah duduk di Pantai Timurlah katakan.. Musim raya selalunya ayam, daging, rendang dan segala bagai mee dan kuih muih yang menjadi juadah istimewa buat tetamu... jarang sekali hidangan berlaukkan ikan disajikan... Itulah yg buat terasa rindu nak makan ikan tau... 


Hari ini terubat rasa rindu bila 'jumpa' ikan... nampak saja ikan senangin dijual di pasar pagi tadi terus rembat 2 ekor yg sederhana besar... seekor dibuat gulai lemak dan seekor lagi digoreng begitu saja... sedapnya meratah panas-panas...lemak dan lembut... pergh...puas hati mak...!


GULAI LEMAK LENGKUAS IKAN SENANGIN 

1 ekor ikan senangin (dibersihkan dan dikerat 3)
1 cawan santan pekat
2-3 sudu minyak masak
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit muda (hiris halus)
Garam
Asam keping

Bahan ditumbuk/kisar:

5 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

Cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga naik minyak.  Masukkan serai, ikan dan kacau rata.  Masukkan santan, garam dan asam keping.  Boleh tambakan sayur seperti kacang panjang, timun atau terung jika suka. Boleh juga tambahkan sebiji buah tomato... Biarkan sehingga mendidih dan agak pekat. Taburkan daun kunyit yg dihiris halus.  Kacau dan sedia utuk dihidangkan.  


Jemput makan ikan....

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

lma akak tak jumpa ikan senangin, mmg selalu masak lemak jugak kalau terjumpa ikan ni selain dari kukus mmg sedappp bangat ni

tun_telani said...

Salam kak gee.. tun xkenal ikan ni. hahahaha.. lemah betol bab species ikan nih.. setakat ikan pari cencaru bawal kembong tun tun kenal la..
tp lauk masak lemak ikan ni mmg sedap, mkn pulak ngan ikan goreng.. fuhh.. 2pinggan habis.

Azlita Aziz said...

malam-malam menjenguk ke sini buat lapar perut kita wak.. berselera sungguh nampak hidangan yg di sediakan

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015