Wednesday, October 14, 2015

Lidah buaya Ma'al Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah buat semua umat Islam di mana jua berada srta salam kemaafan jua dipinta... Semoga kita semua mampu berhijrah ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah swt dan junjungan Nabi Rasulullah saw..


Menu snek yang ringkas sempena cuti tahun baru Ma'al hijrah... Kuih lidah buaya atau juga dikenali sebagai kuih tiram di setengah tempat... ada juga yang menggelarnya kuih lidah kucing... Bila belek2 album pagi tadi terpandang gambar kuih ini sewaktu bercuti ke negara gajah putih tahun lalu... rupanya kuih ini juga popular di Thailand...   hampir setiap hari kami membelinya untuk kudapan dalam kereta... memang sedap hingga menjilat jari kan.... 



KUIH LIDAH BUAYA
Resepi : Fiza Nordin

Bahan-bahan 

* 500gm tepung
* 1 biji telur
* 2 sudu margerin
* sedikit garam
* 160ml air
* **6 sudu tepung jagung**
* **6 sudu minyak**


Cara-cara

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.





Sambil menonton TV jom kudap-kudap lidah buaya...sedaaap....



3 comments:

Unknown said...

salam maal hijrah Gee
kuih lama mmg best ni buat kudapan
kaknoor yang lama ni pun belum pernah buat kuih ni
nak kena try jugak ni macam sangat sedap nipisss je

Azlita Aziz said...

Salam maal Hijrah Gee, lama tak makan kuih ni. Dulu masa kecik kalau raya kuih ni lah yg di carik dulu

Amie said...

Teringat arwah MIL... suka buat kuih lidah buaya ni, kami tukang makan!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015