Saturday, July 30, 2016

Putri 2 Sebilik


Ahai... tetiba tekak ini teringin nak makan kuih muih tradisional pulak... kuih zaman dulu-dulu yang ada inti nyior dan ada aroma daun pisang yg harum... maklumlah asyik makan kukis moden ajer, kan...

Asalnya nak buat kuih badak berendam... tup tup kuih putri 2 sebilik pulak jadi nya... walaupun rupa paras sang putri agak debab dan hodoh sikit... haha! Layan aje lah yek...


PUTERI DUA SEBILIK  
Sumber : Ita Masam Manis

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran 

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah 
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.




Untuk Inti Kelapa  
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.

Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B

Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 


Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau).  Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)  Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan... Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya. Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais. 

Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  


Hehe... puteri debab dan hodoh...



1 comment:

Nooriah Abdullah said...

alahaiii Gee serius akak tk pernah buat lagi puteri2 ni
tengok kedua puteri yang debab dan hodoh ni(bukan kaknoor ckp tau, tapi Gee Hehe)bekenan lah mcm nak try je

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015