Monday, December 26, 2016

Homemade Roti Gula


Pernah makan roti gula?


Selalunya roti yang tak habis dimakan dan hampir luput hayatnya... ibu ibu akan usahakan supaya ianya tidak disia-siakan... salah satu cara menyelamatkan ia adalah tranform kepada roti gula... haa..!! rasanya yg lemak manis, rangup dan garing memang mengasyikkan... lepas satu keping satu keping masuk mulut...krap krup krap krup... aik! makkkkkk!!! roti dah habis.... hadoiii... tak sempat simpan dalam balang...dah licin...  


Tak mengapa... jom kita buat lagi roti gula.... buat banyak2 dan simpan stok untuk seminggu... hehe


ROTI GULA

Beberapa keping roti
Marjerin planta
Gula pasir

Caranya :
Sapukan marjerin ke atas roti dan taburkan gula pasir.  Susun diatas dulang pembakar.
Masukkan ke dalam oven suhu 165'C selama 15 minit.  Keluarkan dan sejukkan. 
Sedia dinikmati. Simpan di dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan pada bila-bila masa.


Daaaa.... Selamat mencuba..!


3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Dah lama akak teringin nak buat roti gula ni Gee..
Tapi roti selalu cepat habis bila cuti sekolah ni..
Pagi petang mereka mengerjakan roti..
Selalu akak buat puding roti jer..
Nanti nak cuba buat roti gula pulak :)

Gee® said...

Cubalah... sedap dan boleh simpan lama... buat stok

Amie said...

Sedapkan Gee roti gula! Lama tak makan ni.
Selamat tahun baru 2017 Gee. Senyum-senyum selalu!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015