Sunday, July 8, 2018

Nasi impit sambal ikan


Tak habis-habis lagi beraya... ? hamboiii.... 
Belum lagi kak... sanak saudara kan ramai... utara selatan timur barat semua ada... sahabat handai lagi... ipar duai lagi.. saudara belah suami lagi.. haa! itu sebabnya beraya sakan sampai 30 hari taw... ha..ha..ha..! 


Nasi impit sambal ikan ni juadah popular di sebelah Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan... sambal ikan ni ala-ala serunding cuma rasanya lebih manis kerana dimasukkan gula kerek atau nisan dalam resepinya... maklumlah orang Pantai Timur memang gemarkan masakan yang manis-manis semanis orangnya... ahaks...



Sambal Ikan aka serunding

1 kg ikan selayang/ kembong -  rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk
1 sudu cili kisar
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 ulas bawang putih
5 batang serai

Cara2

1. Panaskan kuali dan tumis bahan2 kisar.
2. Masukkan ikan dan kelapa yg sudah ditumbuk hancur.
3.Masukkan juga cili kisar. Kacau rata
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya.  kacau rata menggunakan api sederhana sehingga kering.  
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.


Selamat Hari Raya...
syukur alhamdulillah... selesai menunaikan puasa sunat di bulan Syawal...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015