Sunday, August 5, 2018

Sambal Biji Cempedak ??


Sambal biji cempedak..?? memang k.gee tak pernah jumpa dan tak pernah tahu pun bahawa biji cempedak boleh dibuat lauk... kebiasaanya selepas buahnya digoreng biji cempedak akan direbus dan dimakan begitu sahaja... rasanya yg lemak seakan-akan mengunyah buah berangan atau kacang gajus...itu sahaja yg k.gee tahu tapi rupanya orang tua dulu dulu sangat kreatif... mereka mempelbagaikan lebihan makanan menjadi hidangan istimewa... jarang orang zaman dahulu membazir kan...? ada sahaja idea mereka untuk menginovasikan makanan... 


Kalau makan sambal biji cempedak ni... seakan-akan makan sambal jering cambah atau jering tua... rasa biji cempedak yang kenyal dan berlemak membuatkan ralit mengunyahnya... k.gee lawankan sambal ini dengan nasi goreng cina... wah! selera kami makan sambil jamu buah-buahan dari kebun jiran sebelah...  



SAMBAL BIJI CEMPEDAK
Resipi ibu mertuaku olahan oleh Geehut

20-30 ketul biji cempedak - rebus sehingga empuk
1 biji bawang besar
1 kpg asam keping
Minyak
Garam secukupnya

Bahan kisar:
Segenggam ikan bilis
20-25 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan (jika suka)

Cara:

Hiris nipis biji cempedak. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga naik baunya. 
Masukkan biji cempedak dan gaul rata.
Tambahkan garam, asam keping dan sedikit air.  Masak sehingga pekat.


7 comments:

JAMIL HASHIM said...

sedap di makan dengan nasi putih panas2

aisyah elsa said...

wah first time ni nampak. boleh try nanti. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 355

Gee® said...
This comment has been removed by the author.
Gee® said...

Tkasih dik aisyah elsa sudi singgah blog k.gee

شركة مكافحة حشرات said...



شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات بالرياض

شركة مكافحة حشرات said...


شركة مكافحة حشرات براس تنورة
شركة مكافحة حشرات بسيهات
شركة مكافحة حشرات ببقيق
شركة مكافحة النمل الابيض براس تنورة
شركة مكافحة النمل الابيض بسيهات
شركة مكافحة النمل الابيض ببقيق
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة رش دفان بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر
شركة مكافحة الحمام بالجبيل والقطيف

شركة مكافحة حشرات said...



شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر
شركة الماسة لمكافحة الحشرات بالدمام

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015