Tuesday, September 4, 2018

Ayam Kung Pao


Selamat pagi semua... pagi ini terasa ceria dan fresh sangat... alhamdulillah... syukur rezeki kesihatan yang Allah kurniakan... 

Hari ini k.gee nak kongsikan resepi Ayam Kung Pao yang mudah, lazat dan menyelerakan... masakan yang ringkas begini selalu menjadi pilihan k.gee bila mood malas datang... haha..!  godek apa sahaja yang ada dalam stok... hidangkan panas panas bersama nasi putih... sedaaaap...

Resepi AYAM KUNG PAO

Bahan-bahan:
400 gm ayam – potong kecil
2 sudu besar sos tiram
½ sudu teh lada sulah
1 sudu tepung jagung
100 gm kacang gajus
5-6 tangkai cili kering
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 biji lada capsicum
½ sudu teh minyak bijan
1 tangkai daun bawang
Garam
Minyak masak

Cara-cara :

Gaul ayam bersama tepung, sos tiram dan lada sulah.  Goreng seketika dan angkat.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan sos cili. Tambahkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan kacang gajus, capsicum dan daun bawang. Gaul rata. Sedia dinikmati.

1 comment:

FHA Selemak Santan said...

aduii. dah kecap kecap dah ni...telior.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015