Sunday, November 21, 2010

kah..kah..kah

Punya lah semangat konon2 nak buat mexican bun, balik aje dari kenduri di rumah Maz semalam terus aje bancuh. Si cilik aku tu pun sibuk nak buat jugak...hehehe... mari kita tengok...

mula2....waaah nampak tu, bulat jer...

haaaiiii si cilik aku ni...sibuk je dia nak jadi chef

haaa....lepas tu kasi 'topping'... ok lagi

tapi bila keluar aje dari oven....
huwaaaaaaa......nape jadi cam gini...?????

Selepas diselidiki dari chef2 kat internet, rupanya aku tersilap buat topping nya....Wadduhhhhh..!!!!

Friday, November 19, 2010

Doa Pengasih

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

arghhhhhhhhhh...



hari ini = bad mood....

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada kami sekeluarga... Inilah juadah hari raya korban kami... air tangan, ahaks :)

Tuesday, November 16, 2010

Puasa Arafah

Hari ini 9 Zulhijjah sunat berpuasa Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibdah haji iaitu sempena hari Wukuf. “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)
Bagi sesiapa yang berkesempatan, jangan lupa untuk berpuasa pada hari Arafah!
Wukuf di padang Arafah merupakan puncak pelaksanaan ibadah haji bagi setiap umat Islam dengan hadir di padang arafah untuk berdoa kepada Allah. Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti di situ walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
semoga mak dan semua jemaah haji dipermudahkan urusan mereka dan memperoleh haji yang mabrur... ameen...

Pencinta makanan

Oppppsss....nampak macam tajuk tak relevan jer... hehe sebenarnya sengaja hendak beritahu bahawa selain daripada suka memasak dan suka makanan aku juga suka bunga orkid... inilah orkid yang aku sempat 'snap' pagi ini..yuhu

ala2 chicken puff

Hari ini ada operasi membuat karipap bakar pulak. Mari kita tengok sama-sama yer...

ini intinya ~ kentang + ayam
kulit karipap @ pastry
kuning telur untuk di 'cat' atas karipap supaya nampak berkilat
ini lah tukang 'cat' nya haaa....sudah sedia untuk dibakar
ummmmpphhhh....gebusss
yummy jemput makan...!!
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015