Thursday, July 1, 2010

KHASIAT BUAH NENAS:

Berasal dari keluarga Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nenas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

Amalan minum jus nenas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nenas boleh meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan (meningkatkan energi). Mengandungi 11mg vitamin C/100ml.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015