Monday, September 29, 2014

Roti jala


Assalamualaikum...
Menu roti jala untuk juadah sarapan pagi hari Sabtu lepas... kebetulan ada jemputan program solat hajat di sekolah anak dara k.gee si Ain yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 13 Oktober ini.  Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama berdoa dan bersolat hajat demi kejayaan anak-anak.  Sewaktu sesi bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa maka bercucuran lah airmata memasing... sebagai ibu bapa kita harus berlapang dada mengampunkan anak-anak dan berdoa agar diberikan kejayaan yang cemerlang buat mereka di dunia dan akhirat... k.gee bekalkan sedikit roti jala dan kari ayam untuk Ain.. 


Sedikit info mengenai STAM...

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan SPM atau semasa di Tingkatan Enam.  Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. 

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal



Jom layan roti jala pulak...

ROTI JALA


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :
1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.


2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6. Sedap dicicah bersama kari ayam.

 

Moga Allah jayakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan STAM bermula 13 Oktober 2014 ini... Amin amin Ya Rabbal Alamin...

5 comments:

Unknown said...

asalam gee, terliur agak tengok kari ayam yg merah pekat berminyak2 tu bila dicicah dgn roti jala adoiii ckp pun tak guna.

semoga anak gee akan mendapat cemerlang dalam exam nanti ya ameeen

Gee® said...

Bicara Kak Noor > Terima kasih k.noor... sy kalau masak lauk ayam mmg suka masak lama-lama sampai dagingnya lembut dan kuah jadi pekat...baru ngam cicah dgn roti atau pulut...kan

hazila said...

As Salam kak Gee...
Meh saya hantar roti rentung. Boleh tukar ngan roti jala.

rahel said...

Salam Gee...
hulur sikit kuah kari n roti jala tu,kita nak rasa...hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pagi2 nampak roti jala dgn kari tu lapor dibuatnya....

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015