Friday, December 26, 2014

Gulai nangka muda...


Syukur alhamdulillah... 12 hari berkonvoi meninggalkan Malaysia akhirnya semalam sampai ke tanahair dengan selamatnya... rindu rumah, rindu Malaysia, rindu lauk pauk kampung yang tak ditemui sepanjang melancong ke negara orang... k.gee rindu masakan Melayu... hampir 2 minggu asyik mengadap tomyam, somtam dan nasi komok saje... rindu masak lemak cili api... !!



Bak kata Cik Mat Gebu, musim tengkujuh begini agak tak sesuai nak tayang menu dan segala bagai makanan terutama sebagai menghormati keadaan mangsa banjir di Negeri Pantai Timur yang agak kritikal...kami hanya seorang blogger tidak bertujuan menyinggung mana-mana pihak... kami memahami keadaan mangsa dan bersimpati atas apa yang berlaku... Maafkan kami...




GULAI NANGKA MUDA


Bahan-bahan :

½ ekor ayam – bersihkan dan potong kecil
100 gm nangka muda – bersihkan dan celur seketika dan tos
1 mangkuk santan
1 batang serai – dititik
1 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
garam dan gula
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar/tumbuk

10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
½ inci lengkuas

Cara penyediaannya :-

1-panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak..

2- masukkan ayam, kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan empuk... masukkan juga serai dan sedikit air jika perlu.

3-biarkan sebati dulu dlm 5 minit... kemudian masukkan nangka celur tadi beserta santan, daun kunyit, garam, gula dan asam keping secukup rasa.

4-kacau sehingga mendidih dan masukkan kerisek.

5- kacau lagi dan apabila kuahnya sudah nampak terbit minyaknya dan agak pekat bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.



Wallah... baru puas hati dapat layan selera melayu...
eeerk... alhamdulillah

3 comments:

Anonymous said...

Salam gee,nampak sedap gulai tu.nanti sharela pengalaman gee sekeluarga bercuti. Ke Bangkok ke

Kak zainab KL

Nur Masliza Muda said...

Salam ukhuwah. Wahh nampak sedapnyaaa lah gulai nangka tu Gee. Jemput singgah dan ziarah ke blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

tun_telani said...

ya Allah.. sedapnyer kakkkk.... nak nangis tengoknyer.. tun mmg xleh lgsg sentuh nangka, angin satu badan sampai muntah2 kalau termakan TT

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015