Petang hari layan cucur bilis memang ngam kan... walaupun ia menu simple dan biasa-biasa saje tapi kalau kena dengan seleranya dan dimakan beramai-ramai... memang berbaloi2 lah bancuh sekilo tepung... lawan kan dengan secawan kopi-o panas... aduh mak aii..!! mabeles....
CUCUR BILIS
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan taugeh
2-3 batang daun kucai
1/2 cawan ikan bilis
2 biji bawang merah
2 biji cili padi
Garam
Minyak masak
Air secukupnya
Cara membuatnya :
Masukkan kedua-dua tepung dan garam ke dlm mangkuk. Panaskan sesenduk minyak masak dan curahkan ke dalam mangkuktepung tadi. Ratakan. Masukkan air, bawang, cili dan ikan bilis yng ditumbuk terlebih dahulu. Kacau rata. Masukkan pula taugeh dan daun kucai yg dipotong kecil. Kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan sudu dan masukkan adunan ke dalam kuali satu persatu. Buat hingga habis. Goreng hingga kekuningan dan garing.
Hidang bersama sos cili kegemaran.
Jemput lah...
No comments:
Post a Comment