Sunday, June 21, 2015

Kuih sagu @ bronok


Kuih sagu atau juga dikenai sebagai bronok di Pantai Timur.  Sedap kuih ini dan mudah membuatnya... asalkan ada kemahuan... ops! kalau tak rajin boleh beli di Bazar Ramadhan... macam2 jenis kuih ada... pilih saje ikut kemahuan memasing, kan??! 


K.gee lebih suka kuih air tangan sendiri untuk hidangan keluarga... lebih puas hati dan boleh makan puas-puas... sambil itu boleh juga kita kongsikan sepiring kuih untuk jiran tetangga... sharing is caring... 


KUIH SAGU @ BRONOK

1 cawan sagu biji mata ikan (basuh dan toskan irnya)
2-3 cawan air
1/2 cawan gula
Pearna meah
Sehelai daun pandan
Kelapa parut (yang muda sikit)

Caranya :

Mula-mula didihkan air bersama pandan dan pewarna merah. Maskkan gula.  Apabila air mendidih masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih dan pekat.  Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.  Sejukkan. Apabila hedak menghidang, potong kuih sagu kecil2 dan lumurkan dengan kelapa parut yg digaul sedikit garam.  



Nah! seketul bronok untuk anda...


2 comments:

Rina Audie said...

minta sepiring untuk buka puasa ya kak

zana fahmi said...

Lamanya tak mkn kuih ni. Kakpb pun suka buat sendiri. Beli kat bazar, keras la, tawar la, mcm2 hal.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015