Tuesday, June 30, 2015

Kuih Tepung Pelita Azie


Anak kecil k.gee si Eqa gemarkan kuih tepung pelita... biasanya k.gee beli di Pekansari berdekatan rumah k.gee setiap hari Khamis... k.gee akan belikan 5 ketul untuknya supaya dia dapat makan dengan puas... cuma kekadang kuih ini tidak menepati citarasanya...mulalah dia merungut... keras lah... tawar lah... tak sedap lah... kasihan pulak bila hajat nk makan kuih kegemaran tidak kesampaian... maklumlah kuih tak sedap macam mana nak makan kan...


Baru2 ini Eqa request nak makan kuih tepung pelita untuk menu iftar... pagi2 lagi k.gee menggugel untuk dapatkan resepi dan cara membuat kotak acuannya tu... maklumlah tak pernah buat lagi kuih ini... mujur Ita masam Manis ada ste-by-step cara buat kotak pisang... puas jugaklah k.gee keras tangan membuat acuannya itu... terima kasih Ita atas perkongsian ilmu... Kalau ada sesiapa yang berminat nk belajar buat kotak pisang boleh semak di SINI ya..

Untuk resepinya pula, k.gee terpikat dengan resepi asli dari Azie Kitchen... nampak menyelerakan dan terserlah keasliannya...  aroma daun pisang berserta gula cair yang berada di bahagian bawah kuih tu sungguh umph bila disuap ke mulut... lebih-lebih lagi bila disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu... wah! sedapnya... yummy...yummy!!



Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:

1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan

Cara cara:

Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.


Lapisan Santan

1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam

Cara cara;

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.



Memang sangat sedap... memang puas hati... 
terima kasih Azie Kitchen....


3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajin betul gee ye..
Puas lah dak adik makan ye..
Selamat berpuasa gee

Amie said...

Rindunya nak makan tepung pelita yang begini.... susah nak cari sekarang ni, jawabnya kalau nak makan kenalah buat sendiri.... kena tutorial dengan Gee...hihihiii.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015