Saturday, July 4, 2015

Badak oh badak...!!


Kuih muih klasik memang kegemaran k.gee terutama untuk juadah berbuka puasa... kali ini k.gee sajikan kuih badak berendam yang sangat serasi dengan selera tekak k.gee... rasa manis dari inti kelapanya dan lemak2 pula dari kuah santannya membutkan terleka sewaktu menyuap ke mulut.... se'ekor' demi se'ekor' badak terjun dalam perut... hehehe 



Resepi kuih badak berendam ini k.gee dapat dari seorang sahabat... dulu dia berniaga kuih muih... macam-macam kuih dijualnya dan sedap2 belaka... lemak, manis, lembut... haisy! memang puas hati lah memakannya... tetapi kebelakangan ini dia tidak berniaga lagi kerana nak berehat katanya... alahai...

Dek kerana 'mengidam' kuih buatannya, k.gee pun tanpa segan silu minta resepi darinya.... hehehe... terima kasih Kak Zani...   


BADAK BERENDAM
Resepi : Kak Zaini 

Bahan-bahan

Inti :

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula kerek/gula melaka - masak dengan sedikit air dan tapis
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit tepung gandum
Daun pandan

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir mask taburkan tepung gandum bertujuan sedikit demi sedikit sehingga inti pekat dan kering.  Ketepikan dan sejukkan.

Doh :

1 bungkus tepung pulut
Segenggam tepung gandum
Air secukupnya (ikut lembut)
Sedikit air kapur
Air pandan / pewarna hijau (jika suka)

Uli kemua bahan hingga menjadi doh yg lembut.  Ambil doh sebesar bola ping pong dan masukkan inti.  Gentel bulat2.  Masak di dalam air rebusan yang telah dipanaskan.  Bila timbul, angkat dan masukkan  ke dalam bekas yg berisi air masak supaya kuih tidak melekat.  

Kuah santan

1 mangkuk santan 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam

Masak di atas api sederhana sehingga santan pekat. 

Toskan kuih yg berendam air tadi dan masukkan ke dalam bekas lain.  Tuang santan ke atss kuih. 

 

Mabelesnya badak berendam... nyum.. nyum..!!


3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak satu badak tu gee...
nampak sedap berendam tu ;)

Linakhtar said...

nak juga... sedapnya... kalu saya buat..saya sorang je makan..mr.suami dan hero kecik ni tak suka... nak beli..tapi nak tgk yang sesedap k.gee buat ni.. Allahuakhbar..sedapnya... resepi tu not to bad juga nak follow tu..hihih

Amie said...

Encik Suami suka betuuuulll badak ni tau! Setakat 1/2 bulan puasa ni dia belum bersuara nak makan badak berendam ni....

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015