Aduh mak aiiii.... time hujan begini tarik selimut lagi best, kan... sebelum itu, k.gee nak kongsikan resipi kari sotong ala mamak untuk tatapan peminat... biasanya kari mamak tanpa santan tapi k.gee masukkan sedikit santan pekat untuk rasa yang lebih lemak dan berkrim... dan lebih kolestrol... huhu... Kalau suka boleh dimakan bersama roti, roti canai atau nasi hangat yg pastinya menjadi pilihan nombor satu k.gee....jom kari...!
KARI SOTONG ala MAMAK
Bahan-bahan
·
2 ekor sotong saiz besar
·
1/4 cawan santan pekat
·
3 ulas bawang merah *
·
1 ulas bawang putih *
·
1/2 inci halia *
·
2 sudu cili kisar
·
1 tangkai daun kari
·
2 sudu besar serbuk kari
ikan/udang - bancuh dengan sedikit air
·
1 sudu kecil serbuk
ketumbar
·
½ cawan air asam jawa
·
Sayur bendir atau tomato –
jika suka
·
garam, gula secukup rasa
·
minyak untuk menumis
Cara
1. Sotong dibersihkan dan
dipotong kecil. Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang
putih dan halia ditumbuk/kisar lumat. Panaskan
minyak secukupnya dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah kari dan cili
kisar hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air
dan biarkan bahan rempah hingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk
ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan
air. Kacau rata.
5. Masukkan sotong,
sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah.
6. Masukkan santan, sayuran
dan masak seketika lagi biar mendidih dan pekat.
7. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment